Skip to main content

Kenapa perlunya SUPPLEMENT

Assalamualaikum.....

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang kepentingan SUPPLEMENT. Kita selalu dengar orang dok mengomel2...Penting sangat ke ambik SUPPLEMENT? Ala...mak ayah kita dulu2 pun tak de ambik supplement. Ye ke tak ambik? Emak saya ambik suppliment.Emak saya dari dulu selalu dok ingatkan saya kene ambik vitamin. Kita kena sihat sebab kita nak jaga keluarga.Kalau kita sakit, anak2 cammane? Tapi dulu tak de kesedaran...Saya mula serius ambik supplemet bermulanya apabila anak saya sakit.(Boleh baca entry ni). Sejak dari itu, saya mula ambik supplement utk anak & juga utk sendiri.

Oklah tak nak ngomel panjang. Jom kita tengok KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT?

  1. Kita Sering Terdedah Dengan Pencemaran
  • Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air mislnya menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar2 bersih. Badan manusia 70% adalah air. Bagaimana nak hasilkan badan yang sihat sekiranya punca air kita tercemar dengan bahan pencemaran. Bahan kimia bertoksik yang biasanya terdapat pada asap kenderaan, asap rokok &bahan buangan sampah sarap sangat merbahaya dan boleh sebabkan kanser.Oleh itu pengambilan supplement itu penting untuk lindungi tubuh kita daripada radikal bebas & bahan penyebab kanser.

     2. Tubuh Badan Perlukan Dos Yang Tinggi Bagi Sesetengah Nutrien
  • Apabila badan tak sihat, kita perlukan lebih nutrient yang boleh bekalkan antioksidan & tingkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C & E. Sekiranya kita mengalami kecederaan , pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak &proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu yang hamil, mereka memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk tampung keperluan bayi dalam kandungan.
    3.  Buah-buahan Atau Sayuran Mungkin Tercemar
  • Kebanyakan sayuran & buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya& bahan pengawet untuk membolehkan ianya tahan lama. Apatah lagi dengan penggunaan baja kimia yang amat meluas di ladang bua-buahan @ sayuran.
    4.   Mengamalkan Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
  • Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat dan sebagainya mengundang pelbagai masalah kesihatan . Begitu juga mereka yang bekerja. Pulang lewat &kurang rehat. Tekanan di tempat kerja pula menyebabkan stress &stress membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C & B.
    5.   Kebanyakan Rakyat Malaysia Makan Ikut Selera Rasa
  • Jika dilihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia, sememangnya agak mengejutkan. Jika dulu, nasi lemak hanya dimakan pada waktu pagi, sekarang setiap waktu pun ada yang makan nasi lemak. Begitu juga dengan 'fast food'. Mereka makan ikut selera. Tetapi di sebalik kelazatannya, mereka tidak sedar bahaa pengambilan makanan berlemak, manis & makanan segera boleh rosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa mereka sedari, ianya akan mengundang kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, & buah pinggang.
    6.   Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan
  • Adakah anda penggemar kafein? Tahukah anda KAFEIN boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh? Contoh Vitamin D, Magnesium & Kalsium tidak dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minumam kafein seperti kopi & teh.
  7.    Kehilangan Nutrien Dalam Makanan
  • Adakah anda pasti anda berjaya kekalkan nutrisi dalam makanan yang anda masak? Bahan-bahan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan &penghantaran. Penyimpanan makanan dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan hilang nutrisi lagi disebabkan terlalu sejuk. Kemudian cara memsaka yang telalu lama jugak akan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Oleh itu untuk mengekalkan nutrisi janganlah dimasak terlalu lama.

# Peringatan : - Supplement yang diambil perlulah semulajadi &bebas bahan kimia

 Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
HP: 013-6859903
Email:diwanie_mnz84@yahoo.com.my

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,