January 29, 2015 0

Projek Lauk Pauk Frozen

Sejak akhir-akhir ini 'Time Management' saya agak kelam kabut..Memang semuanya kelaut. Update blog pun macam tak sempat. Hihihihi

Saya dok blogwalking tentang cara memudahkan saya cepat memasak & tak miss memasak. Saya tertarik bila terbaca entry di blog ini http://kittymuiza.blogspot.com/2012/11/freezer-meals-20-minutes-family-meals.htmltentang tentang Lauk Frozen. Dari situ saya rasa saya perlu buat tu. Saya perlu buat juga lauk frozen.Caranya saya masak pelbagai jenis lauk. Bahagian & masukkan dalam bekas yang cukup untuk makan sekali sefamily & masukkan dalam freezer untuk di frozenkan.  Setelah perbincangan dengan En.Hubby, dia pun bersetuju. Hubby saya tak kisah makan lauk frozen.Asalkan hari2 makan masakan saya. Hubby saya sanggup makan "meggi" dari makan di restoran "mamak" bila tak bawak bekal nasi dari rumah... Alahai kesiannya saya dengar....


Ok, nekad, saya perlu buat Lauk Frozen supaya setiap hari hubby & anak2 dapat makan masakan saya... Hujung minggu ini akan bermula "Projek Lauk Frozen"...


Rasa hepy dapat masakkan orang2 tersayang...


Salam Sayang, 
UmmiWawa
January 29, 2015 0

Amsyar Di Genius Qayyum

Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik dah nak masuk 4 minggu Amsyar bersekolah. Alhamdulillah, semakin hari semakin ok die ke sekolah. Dah nampak die hepy ke sekolah. Dan yang paling buat umi & abah die senang hati, Amsyar sangat rajin buat 'homework'.... Bagus Amsyar....

Tak sabar saya nak tengok perkembangan - perkembangan baru dari Amsyar setelah sekolah...

Nanti saya update ye apa yang Amsyar dah belajar sepanjang Amsyar sekolah..



Ok...caw cin caw...

Salam Sayang, 
Ummi Wawa
January 29, 2015 0

Sesi Meracun My Hubby

Ha ini semalam punya cerita....
Patapum ini buka saya punya. Ianya dipinjamkan oleh seorang kenalan alam maya. Die buat travel Patapum ini untuk bagi sesiapa yang nak try. Mulia sungguh hati Puan Dewi Zahari ni.

Ini first time bawak Ammar guna SSC. Saya suruh hubby yang gendong Ammar. Ada sebab sebenarnya saya suruh hubby yang gendong.Tujuannya nak 'meracun' hubby saya.... Hubby cakap agak sakit bahu guna patapum. Die suggest beli yang macam adik saya. Andrea sebab die try andrea hari tu selesa....

Ok, saya perlu menabung. Atau mudah-mudahan dapat bonus raya cina. Boleh beli Andrea....

Salam Sayang,
UmmiWawa

January 29, 2015 0

Cooler Bag Baru!!!!!

Yeayyyyy!!!! Alhamdulillah, dapat cooler bag baru. Dari last week nak cari cooler bag ni disebabkan cooler bag autumz saya zipnya dah rosak. Dah survey2 online. Tapi tal beli2 pun. Akhirnya semalam saya ajak hubby pergi kedai baby. Mom's Nest. Mulanya nak cari yang murah2 je n sama je macam yang dulu. Tapi biasalah bila dah banyak pilihan, akhirnya cooler bag ini jadi pilihan. Harga RM59. Hubby mintak diskaun. Tapi adik manis kedai tu cakap harga tetap. Kecuali member akan dapat less 10%. Kitorang buakan member.Tapi itulah kalau dah tertulis rezeki nak dapat diskaun, adik manis itu bagi less 10% jugak... Terima kasih daun keladi ye dik....hihihihi

Tq ye my hubby, my love,my soulmate belanja beli cooler bag VCool ini. Tapi pemberian ini atas satu pesanan. "Lepas ni kene pump banyak2 lagi susu ye"... Ok ni satau suntikan semangat untuk saya... Tq so much my love... Sayang awak sangat2...

"Menyusukan Itu Indah"

Salam Sayang,
UmmiWawa

January 27, 2015 0

Resepi Ayam Masak Kurma

Saya sebenarnya dah tak da idea nak masak apa. Apa lagi mintak pertolongan 'Mr Google' lah. Saya mencari resepi masakan ayam yang boleh dimakan oleh dua hero cilik saya tu. Semestinya yang tidak pedas. Google punya google, jumpe resepi Ayam Masak Kurma. Terfikir nak cubalah. mana tau hero2 saya termasuk superhero saya suka lauk Ayam Kurma ni nanti. Ok saya kongsikan resepi yang saya dapat hasil dari carian 'Mr.Google'


AYAM MASAK KURMA
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
  • 500gm ayam -potong
  • 1 paket sebuk rempah kurma babas-campur air jadikan pes.
  • 1000ml santan
  • 1 sudu besar kerisik(tak isi pun boleh)
  • 2 biji kentang-belah empat
  • 1 biji tomato-belah empat
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 2 biji cili hijau-belah dua
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan penumis.
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.
Cara memasaknya:-
1)Tumbuk bawang kecil,bawang putih dan halia.

2)Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis.Tumis hingga keperangan.

3)Masukkan pes kurma,kacau sehingga naik bau.
4)Masukkan ayam dan santan.Biarkan sekejap
5)Masukkan kentang dan kerisik
6)Apabila mendidih dan kentang empuk masukkan garam dan serbuk perasa.
7)Akhir sekali bila kuah dah agak pekat sedikit,masukkan bawang besar,cili hijau dan tomato.
8)Angkat dan hidangkan.



resepi ini saya dapat dari blog : - http://norziehany.blogspot.com/2012/05/ayam-masak-kurma.html

Ok, balik kerja ni nak cuba...


Salam sayang, 
UmmiWawa
January 23, 2015 0

Kalendar Cuti Umum 2015

January 23, 2015 0

17 Batang Mancis = 17 Rakaat Solat

Pagi ini semasa saya berblogwalking, saya terjumpa satu entry di blog http://rabiasensei.blogspot.com/2013_02_01_archive.html. Entry  sangat menarik untuk dikongsikan. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang membacanya.


Ibarat 17 batang mancis bersaman 17 rakaat solat


Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmi ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar diatas :
  1. Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.
  2. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.
  3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 
  4. Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.
  5. Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Wallahualam. Moga dapat manfaat dari kisah ini.
 
 
Salam Sayang, 
 
UmmiWawa.
January 23, 2015 0

Yeayyyyy!!!! Umi dah dpt Ijazah

Alhamdulillah... Ammar setahun... Maknanya sudah 50% success perjalanan penyusuan saya. Alhamdulillah saya bersyukur sangat saya dapat bertahan hingga ke saat ini. Hari ini 23.01.2105 sudah 369 hari my bf journey. Sungguh tak sangka saya dah melepasi 1/2 target. Mudah-mudahan saya terus diberi kekuatan & rezeki yang cukup untuk menyusukanar sehingga 2 tahun...amin...

My BF Journey - 369 days

" Menyusukan itu indah"

Salam Sayang,
Ummi Waaa

January 20, 2015 0

Set Lengkap Berpantang

Selamat Pagi semua... 3 hari dah saya tak update blog ni.

Dua hari lepas ada sahabat saya bertanya tentang set berpantang yang saya ambil ketika melahirkan 2 hero saya. 

Anak pertama saya menggunakan set berpantang HPA. Alhamdulillah, pada saya set berpangang HPA ini ok. Yang saya suka sangat adalah Minyak Bayi HPA (untuk bayi) & Minyak Barut (untuk umi). Dua minyak ni memang best sangat. Minyak bayi sampai sekarang saya masih gunakan untuk anak-anak saya. Alhamdulillah saya gunakan untuk Amsyar sejak lahir. Amsyar tak pernah ada masalah kembung. Untuk ibunya pulak ubatnya semua dalam bentuk kapsul. Cuma ada satu je yang kena minum. Ubat periuk.... Saya tak punya masalah sangat masa berpantang. Seawal seminggu saya dah sedikit kuat n luka dah ok.

Bila bersalin anak kedua , saya dah kenal Shaklee. Jadinya saya menggunakan Shaklee untuk set berpantang. Alhamdulillah pun serasi dengan saya. Luka cepat sembuh. Belum habis pantang saya dah balik rumah sendiri. 
 
Ini senarai Set Berpantang Shaklee yang saya makan. Cuma saya tak makan Omega. 





Add caption


 Entry akan datang nanti saya ceritakan lebih details tentang produk dalam Set Berpantang Shaklee ni...



Salam sayang,
Ummi Wawa

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my
January 16, 2015 0

10th Day - Amsyar Di Genius Qayyum

16.01.2015 - Hari Ke-10

Alhamdulillah, diam tak diam dah 10 hari Amsyar di Genius Qayyum. Hari ini mulanya Amsyar tak nak ke sekolah. Tapi setelah dipujuk dan dipujuk, dipeluk memberi kekuatan, di beri suntikan & kata2 hebat dari pakar motivasi tak bertauliah (umi le tu), akhirnya Amsyar pergi sekolah dengan rela hati.

Umi sebenarnya risau nak tahu keadaan Amsyar kat sekolah. Sekejap tadi umi call cikgu Amsyar. Nama cikgu ni cikgu Amira. Umi nak tanyakan perkembangan Amsyar. Alhamdulillah cikgu cakap Amsyar ok. Masa first week tu memang Amsyar tak ok. Diam seribu bahasa. Tapi sejak Aniq & Amsyar sekelas, Amsyar dah ok, kata cikgu. Dah mula bersuara dalam kelas. Kalau Aniq ada buat apa2, nanti die akan cakap, "Aniq, janganlah. nanti teacher marah"... hihihihi...Kalau kawan2 lain pun sama. Nanti die cakap" kawan, jangan nanti cikgu marah".... Amsyar memang takut kena marah.

Lagi satu yang merisaukan cikgu, Amsyar tak nak makan makanan sekolah. InsyaAllah umi percaya lama-lama nanti Amsyar akan ok & nak makan.

Yang bestnya & yang buat hati umi gembira bila cikgu cakap yang "Amsyar pandai, tangan die pun lembut je..."hihihihi.. " Puan jangan risau"

Alhamdulillah...Umi dah tak risau lagi.... Hepy sangat bila dah dapat tahu Amsyar ok. Semoga Amsyar akan sentiasa hepy untuk ke sekolah.



Salam Sayang,
UmmiWawa
January 16, 2015 0

Menghitung Hari Nak Dapat Ijazah

tiktok....tiktok....tiktok...   

Menghitung hari....
Detik demi detik....

Lagi 3 hari Umi nak dapat Ijazah... Ehhhhh... Bukan ke dah grade 6tahun lepas? Ini bukan grad dari mana2 Universiti... Tapi inilah kejayaan bagi seorang ibu yang sedang berjuang memberikan titisan cecair berharga buat pertama hatinya...

19.1.2015 - Muhammad Ammar Hadi akan cukup 1 tahun. Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi. Ammar kekuatan ummi untuk berjuang. Ummi bangkit dari kegagalan. Kegagalan memberikan SUSU TERBAIK DI DUNIA buat abang Amsyar. Untuk Ammar umi cuba sedaya upaya. Umi akan cuba menghadapi apa jua rintangan.

Semoga niat & cita-cita Ummi termakbul.Semoga Allah permudahkan perjalanan Umi


 

Ummi Sayang Ammar, Ummi sayang Abang Amsyar.

"Menyusukan Itu Indah"

Salam Sayang,
UmmiWawa
January 16, 2015 0

Sharing Is Caring

Alhamdulillah, semalam saya rasa hepy sangat sebab saya dapat membantu seorang ibu yang sedang berjuang menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kawan saya elin mengadu yang susu die drop sangat. Die rasa sangat sedih.... Biasalah memang ibu yang mengalami susu drop ni akan sedih bila tengok hasil perahan tak seperti biasa. 

Sebagai sahabat yang sama2 memperjuangkan susu ibu ni, saya cepat2 cakap kat die " Elin, jangan sedih. nanti ganggu emosi".... Saya tanya die, die rasa kenapa susu die drop? adakah die nak period? Die cakap die baru lepas period... Saya tanya lagi, adakah emosi die tak stabil? Sebab pada saya emosi sangat memberi kesan. Die cakap tak. Emosi die ok je.... Saya cakap lagi, "kadang kita tak rasa pun kita ada gangguan emosi, tapi kalau ada sikit pun rasa risau, mesti akan effect susu kita"... Akhirnya dia cakap, "Mungkin die ada risau sikit".... Dan saya rasalah mungkin itu yang menyebabkan susu drop.

Saya cuma boleh nasihatkan die, jangan sedih bila susu drop. Saya bila susu drop, suami saya selalu cakap macam ni:- " Wa jangan risau, susu wa cukup untuk keperluan Ammar". Alhamdulillah, saya akan bersemangat semula. So, saya ingatkan elin bahawa Allah beri rezeki susu mengikut keperluan bayi kita. InsyaAllah akan cukup untuk Anas. 

Kita sebagai ibu, kena yakin susu kita cukup untuk keperluan anak kita. Kena selalu hepy...Enjoy BF...

Sangat hepy bila Elin terus rasa bersemangat balik... Alhamdulillah...Walaupun hanya dapat membantu memberi pandangan, tapi saya sangat hepyyyyy...

"Menyusukan Itu Indah"

Salam Sayang, 
UmmiWawa.
January 16, 2015 0

9th Day - Amsyar di Genius Qayyum

15.01.2015 - Hari ke-9

Alhamdulillah semakin hari semakin baik. Walau pun belum 100%. Umi percaya Amsyar akan hepy nanti.

Hari ini Amsyar ada 'homework' lagi. Tapi kali ini Abah je yang guide Amsyar. Ummi sibuk memasak semalam.

Hari ini tak banyak cerita tentang Amsyar. Ummi pun tak tahu macammane keadaan Amsyar kat sekolah. Umi ingat nak call Tadika Amsyar. Nak tanya Amsyar macammane di sekolah..

Ok, Selesai hari ke 9 dengan Jayanya...

Kita tengok hari esok pulak...

Salam Sayang, 
UmmiWawa,
January 15, 2015 0

8th Day - Amsyar di Genius Qayyum

14..01.2015 - hari Ke-8...

Alhamdulillah semakin hari Amsyar menunjukkan mood semakin baik. Walaupun belum 100% hepy ke sekolah. InsyaAllah, umi percaya yang Amsyar akan ok n hepy jugak ke sekolah nanti.

Semalam balik sekolah rasanya Amsyar buat sikit 'homework' kat rumah 'Mak Mas'. Amsyar cakap mak ajar. Alhamdulillah, Amsyar punya pengasuh yang sayang &layan Amsyar macam anak sendiri.

Balik rumah ummi semak 'homework' Amsyar. Ada lagi yang belum lengkap. Umi n abah sama2 guide Amsyar buat 'homework'. Alhamdulillah anak umi rajin buat 'homework'....

Selesai hari ke-8...

Kita tunggu cerita hari esok pula..

Salam Sayang, 
UmmiWawa
January 14, 2015 0

Budi Bahasa Budaya Kita

Wahhhh !!!!!!!!!!! Tajuk entry tak boleh blahhhhh.....

Alkisahnya baru sekejap ni saya ada call satu Jabatan Kerajaan (Nama Jabatan Dirahsiakan).... Saya call atas arahan bos nak tanyakan tentang Prosedur Permohonan Bagi Kes Luar Dasar.Tapi layanan yang diterima sangatlah tidak patut. Saya rasa sangat kecewa dengan layanan mereka. Memang sangat kasar bahasa dan intonasinya,

Apa yang saya nak tekankan di sini, sepatutnya apabila kita bekerja berhadapan dengan orang ramai kita sangat 2 perlu menjaga cara & adab percakapan kita. Kena kawal emosi kita. Ini tadi memang saya kena marah kaw-kaw.... Itu belum saya tanya soalan yang lebih lanjut. Baru cakap dengan telefonis je.... Bos saya juga sebenarnya dah pernah kena marah dengan telefonis ni masa die call. Jadi die serah tugas tu sekarang pada saya sebab bos saya ni chinese. Lagilah dia cakap mungkin org tak faham.

Tak salah kan kalau kita bercakap dengan gaya &nada yang lebih lembut. Orang akan lebih menghormati kita bila kita ni berbudi bahasa.

Budi Bahasa Itu Budaya Kita.




Salam Sayang,
UmmiWawa
January 13, 2015 0

7th Day - Amsyar di Genius Qayyum

13.01.2015 - Hari ke-7

Alhamdulillah hari ini ada perubahan yang lebih baik. Amsyar tak nangis sangat. Tapi ada lagi riak sedih di wajahnya... Umi tgk muka Amsyar umi tahu betapa sayunya perasaan Amsyar bila nak pergi sekolah...

Sayang Umi, Abang Amsyar....

Ingatlah apa yang umi buat hari ini adalah untuk menunaikan amanah Allah... InsyaAllah bila Amsyar besar Amsyar akan lebih mengerti...

Tak sabat nak balik jumpa Amsyar...

Tunggu cerita amsyar hari esok...

Salam sayang,
UmmiWawa

January 13, 2015 0

First Homework

Semalam Amsyar dah start ada homework.... Sebenarnya makteh cakap dari Jumaat dah ade homework. Tapi Jumaat Amsyar cuti. Jadi semalam kali pertama dapat homework.

Bila tengok Amsyar buat homework rasa macam tak percaya yang buah hati umi ni dah sekolah... Dah besar rupanya Abang Amsyar...

Jom layan gambat Abang Amsyar buat homework....

Salam sayang,
UmmiWawa

January 12, 2015 2

Milk Booster - Yogurt



Tadi berwhatsapp dengan seorang kawan. Dia jugak ibu yang sedang berjuang BF anak. Die bagitahu salah satu 'Milk Booster' dia ialah YOGURT. Macam menarik kan? Saya belum pernah try lagi. 

InsyaAllah nak try esok. Mintak hubby belikan yogurt lah malam ni...

Saya ada google kenapa Yogurt ini membantu dalam penyusuan? Dan ini jawapan yang saya dapat :-
Lagipun, Yogurt ni bagus tau untuk orang mengandung. Masa check up kat klinik, nurse suggest banyakkan makan yogurt kalau tak boleh minum susu sebab yogurt juga merupakan salah satu makanan berkalsium tinggi. 
Antara kebaikan yogurt untuk ibu2 hamil ialah meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang, mengandungi serat yang tinggi dan membantu menjana penghasilan susu ibu. Selain itu, bakteria baik dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu iaitu bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan baik. - Credit

Sebenarnya setiap ibu 'milk booster' nya tidak sama. Saya sekarang mencuba macam2. Selain makan ulam-ulaman , saya sekarang konsisten dengan Alfalfa Complex. Ibu semua kita kenalah try & error ye...

Selamat mencuba!!!

Menyusukan Itu Indah,


Salam Sayang,
UmmiWawa
January 12, 2015 0

6th day - Amsyar Di genius Qayyum

12.01.2015 - Hari Ke-6

Hari ini dah masuk minggu kedua Amsyar ke sekolah... Tapi mengikut perkiraan hari bari hari ke-6. Pepagi tadi Amsyar nampak masih tak seronok nak sekolah. Bila cakap pasal sekolah je muka mula 'monyok', tibe2 akan jadi pendiam.... Oh anak, kamu buat ummi rasa sangat bersalah. Ummi cuba satu tips, ummi kena betulkan niat. Betulkan niat bahawa ummi hantar Amsyar sekolah bukan semata-mata untuk Amsyar pandai, tapi sebab umi nak laksanakan amanah & tanggungjawab umi berikan pendidikan yang terbaik untuk Amsyar.

Sampai sekolah Amsyar masih muka sedih, tapi tak delah sampai mengamuk. Bila cikgu ambil die dari kereta die ikut je turun. Siap salam dengan cikgu. Bila cikgu pimpin masuk sekolah Amsyar mula nak menangis. Dia nak lambai umi dulu.... Ummi pun lambai tangan, baru Amsyar masuk... Hati ummi betul2 tersentuh & sayu tengok mata Amsyar bergenang... Ya Allah, kuatkanlah hati ummi & Amsyar...


Hari ini 'Mak' call bagitau Amsyar terlepas van... Umi call sekolah. CIkgu cakap Amsyar masih di sekolah. Amsyar tertinggal tadi. Jadi Amsyar naik van second trip. Kesian 'Mak' tunggu Amsyar lama kat luar pagar. Dalam pukul 12.30 abah call 'Mak", Amsyar dah sampai. Abah berbual ngan Amsyar. Abah cakap suara Amsyar hepy sikit hari ini. Amsyar bercerita dengan Abah, Amsyar belajar A.B. C .Alhamdulillah... mudah-mudahan Amsyar semakin rasa seronok bersekolah...

Selesai sesi hari ini... Tunggu cerita esok..

Salam Sayang,
UmmiWawa
January 11, 2015 0

Tips Menghadapi Ujian Allah - Part 2

Seperti yang saya janjikan saya sambung lagi Tips Menghadapi Ujian Allah.

Tips Menghadapi Ujian Allah :-

7. Berlapang dada dan senyum selalu.

8. Jadilah insan paling bahagia tanpa anak. Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita. Siapa kita untuk melawan kehendak Allah.

9. Atas segala usaha dan dia. Dia masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHa TAHu apa yang terbaik untuk kita.

10. Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat dah putus keturunan.

11. Usah merungut mengapa sampau sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita bersungut dengan Allah.

12. Teruskan usaha bersungguh-sungguh dan jangan jemu, selagi kita mampu dan mahu.

13. Setiap kali bersama, bersama dengan penuh rada ghairah dan cunta,bersunguh2 dari hati untuk cari redha Allah. Doa dan yakin Allah akan beri zuriat dari hubungan bersama kali ini. Bukan sekadar pada waktu subur sahaja. Sungguh kita tidak tahu bila Allah akan mengatakan 'kun fa ya kun'. Bukan sebab subur kita mengandung,itu hanya fitrah biologi tubuh manusia, tapi hakikat iman dan akidah, kita mengandung kerana izin Allah. Fahami hakikat ini.

14. Usah bersama dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab sudah banyak kali mencuba. Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Begitu kita sangka, begitulag hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yg baik.

Semoga tips ini dapat membantu anda!!!!

Jangan putus asa. Teruskan berusaha & berdoa... InsyaAllah... Allah itu Maha Memberi , Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Salam Sayang,
UmmiWawa

January 11, 2015 0

Tips Menghadapi Ujian Allah-Part 1

Sebagai manusia, kita pasti akan diuji. Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan kepada kita pasti akan ada hikmahnya yang tersembunyi. Allah S.W.T juga akan memberikan ujian mengikut kemampuan hambanya.
Tidak dikurniakan zuriat juga salah satu ujian Allah. Allah masih belum mengurniakan zuriat kepada kita mungkin kerana kita belum sebetulnya bersedia, keadaan kita belum stabil, atau Allah hendak menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi ujian Allah ini.

Saya hari ini ingin kongsikan Tips Menghadapi Ujian Allah yang saya petik dari Majalah Anis Mei 2014.

Tips Menghadapi Ujian Allah :-

1. Alhamdulillah, saya ingin katakan :- bersangka baiklah kepada Allah dan terus bersangka baiklah kepada Allah...Allah Maha Baik...

2. Buatlah Sujud Syukur dan bersyukurlah kerana masih belum diberikan anak. Berapa ramau antara kita sanggup bersyukur apabila 'tidak memiliki' sedangkan kita kebiasaannya hanya akan bersyukur bersungguh-sungguh tatkala 'memiliki'

3. Nabi berpesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur,maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

4. Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5. Jangan fokus kenapa masih tidak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7hari/siang malam seumur hidup

6. Belajar mengawal minda kita. Kurangkan semua perasaan sedih. Alihkan semua realiti dalam hidup yang menggembirakan hati kita selama ini....

Akan bersambung part 2 di entry akan datang......

Salam sayang,
Ummiwawa

January 11, 2015 0

Water Pitcher Shaklee - Get Clean Water

Ini adalah salah satu produk yanh masuk dalam wishlist 2015 saya. InsyaAllah dalam tahun 2015 ini saya mesti dapatkan.

Jom explore apa yang bestnya produk idaman saya ni. Maklumat ini saya ambil dari SINI.

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

Keistimewaan Shaklee

Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

Pilihan Bijak: Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Berminat? Hubungi saya :-

Syazwani Mohd Noh
SID : 888841
HP : 0136859903

January 11, 2015 0

Vitamin Mata-Carotomax Shaklee

Carotomax Shaklee adalah supplement terbaik untuk mata. Jika anda mempunyai symptom seperti mata semakin kabur&power cermin mata semakin meningkat, mata silau pada waktu malam atau pada cahaya terang, doctor mengesahkan anda mengalami masalh katarak atau selaput mata, mengalami kencing manis yang tinggi, penting bagi yang bekerja di depan computer sepanjang masa.

Kenapa Carotomax Shaklee :-

- Kerana Carotomax Shaklee mengandungi bahan-bahan berikut :-
o Aplha Carotene dan Beta Carotene – Berfungsi memelihara kesihatan mata, penting untuk penglihatan malam dan menghalang degenerasi penglihatan
o Lycopene – Bersifat Anti-Oksidan dan menghalang penuaan organ
o Astaxanthin – Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL
o Lutein – menyekat katarak, glaucoma dam AMD (age related macular disessa/ penyakit macular berkaitan umur)
o Zeexanthin – Melindungi mata dan menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya.

Salam sayang
UmmiWawa,

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my sayan

January 11, 2015 0

Jelly Kelapa-Part1

Semalam lepas balik kerja sebelum balik kg,kitorang satu family (cm ramai je,4beranak je...umi+abah+amsyar+ammar) singgah makan di LC Catering. My hubby ni suka sgt makan Nasi Ayam Penyek. Kalau area majidee/jln tebrau tu rasanya LC Catering femes ngan Nasi Ayam Penyek.

Tengah duduk makan,pekerja restoran hidangkan pepes ayam.... Lps tu Jelly Kelapa. Yang ini Amsyar n Ammar nampaknya yg berminat. Bukan main lagi diorang makan. Dua bekas tu memang untuk diorang berdya..

Seperti biasa bila Amsyar suka makan sesuatu Amsyar mesti request saya buatkan untuk die. Siap request banyak2....hihihi....

Apa lagi.... Mula lah sessi menggoogle "Resepi Jelly Kelapa".... Tak susah mana pun. Bahan pun cuma guna agar2,gula,kelapa,daun pandan.

Ok, insyaAllah umi buatkan hari ini untuk Amsyar ye..

Nanti saya update hasil Jely Kelapa saya ye.. 

Salam Sayang,
UmmiWawa

January 10, 2015 0

5th day - Amsyar Di genius Qayyum

09-01-2015 - Hari ke 5

Hari ini sepatutnya hari ke-5 Amsyar di Genius Qayyum... Tapi kesihatan Amsyar tak berapa baik pagi tu. Amsyar batuk teruk sehingga memerlukan Neb. Pepagi tu abah bawak Amsyar ke Hospital Wakaf. n Dr sarankan ambik Neb. Bila tgk keadaan Amsyar macam tu, umi pun ambil keputusan Amsyar perlu cuti hari ini. Bukan sahaja Amsyar cuti umi pun perlu cuti. Ummi memang takkan hantar Amsyar ke rumah 'Mak' bila Amsyar kena athma. Kecian ' Mak' nak menjaganya....

Alhamdulillah sehingga pagi ini nampak Amsyar beransur pulih n nampak hepy sebab nak balik kg.. Satu yang saya nampak pada Amsyar ni selain alah pada kekacang & gula2 yang banyak pewarna, alah pada pewangi, Amsyar juga tidak boleh sedih... ini akan menyebabkan Amsyar mudah kena serangan athma....


Ok, tamat hari ke-5... Tunggu Isnin. Mudah-mudahan Amsyar senang nak ke sekolah

Salam Sayang, 
Ummi Wawa,
January 10, 2015 0

Performance Drink Untuk Stamina



Performance Drink memang sesuai untuk Stamina. Minuman ini memang popular di kalangan ahli sukan. Mereka sering mengamalkannya sebagai salah satu vitamin untuk bersukan. Saya telah mencuba Performance Drink ini untuk diri sendiri, ibu & suami saya semasa di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, memang saya rasa bertenaga & kurang haus semasa berpuasa walaupun saya menyusukan anak & mengepam di waktu bekerja.

Shaklee Performance Drink adalah :-

  •  Minuman ahli sukan yang mengndungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonic.
  • Membekalkan 3jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
  • Membentu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes)


Performance Drink ini sesuai diambil ketika

  • Cuaca panas melampau

  •  Badan tidak sihat (demam/selsema/cirit birit)

  •  Beriadah
  • Bersukan
  • Melakukan kerja berat seperti buruh binaan /nelayan
  • Mereka yang Aktif bersukan
  • Merekan yang berpuasa 9diambil ketika bersahur &berbuka)
  • Mereka yang mengidap gout
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik
  • Mereka yang kurang air
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Kanak-kanak yang demam
  • Menggantikan minuman ringan terutaman yang berkarbonat (Kerana Performance Drink tiada karbonat)

Salam Sayang,
UmmiWawa

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
January 08, 2015 2

Hormon Oksitosin - Hormon Kasih Sayang

Kalau Hormon Prolaktin berfungsi untuk pengeluaran susu, Hormon Oksitosin yang dirembes oleh kelenjar pituitari pula berperanan mengawal pancutan susu.

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan implus yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari merembeskan Oksitosin. Oktitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran Oksitosin merangsang sel mioepitalea mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu.


Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang! - sumber dari Baby centre-



"Menyusukan Itu Indah"


Salam Sayang,
Ummi Wawa
January 08, 2015 0

Hormon Keibuan - Prolaktin

Apa itu Prolaktin?

Prolaktin adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak dalam otak yang bertanggungjawab terhadap banyak proses fisiologi dalam badan. Ianya ada pada lelaki & wanita dan dilepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang siang & malam.

Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting dalam pengeluaran susu.

"Hormon Prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberikan kepada bayi. Prolaktib boleh membuatkan kita rasa lebih bersifat keibuan dan oleh sebab itu sesetengah pakar memanggilnya 'hormon keibuan' " - sumber dari Baby Centre -

Perubahan Prolaktin Semasa Hamil

Prolaktin perlu untuk pembesaran peyudara dalam proses pengeluaran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini.

Apabila bayi lahir,stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk tambahkan pengeluaran susu.

Prolaktin &Kesukaran Hamil

Prolaktin memberi kesan kepada ovulasi &kitaran haid. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu untuk hamil sekiranya die menyusukan anak secara ekslusif semasa 6 bulan pertama.

Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting Ovulasi iaitu FSH & GnRH. Kedua-dua hormon ini yang bertanggungjawab menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya kita mempunyai prolaktin berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku & akan menyukarkan kehamilan.



Salam Sayang, 
UmmiWawa
January 08, 2015 0

4th Day - Amsyar di Genius Qayyum

08.01.2015 - Hari Ke-4.....

Alhamdulillah hari ini hari ke-4 Amsyar bersekolah... Hari ini nampaknya keadaan Amsyar lebih baik dari semalam. Amsyar tak menangis, tapi ada cebikan (ayat apakah ini, umi? di wajahnya.... Semestinya keadaan itu buat ummi rasa sangat teremosi. Walaupun umi cuba tahan, tapi umi kalah...dalam kereta air mata umi tumpah jugak.... Tapi cepat2 umi sedar... Tanamkan dalam hati, Umi & Abah hantar Amsyar sekolah sebab umi & abah nak tunaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan untuk umi abah . Berikan pendidikan terbaik buat Amsyar.

Setiap jam umi kira detik nak sampai pukul 12.00pm... Nampak tak kat sini bukan Amsyar je mengira waktu, umi pun sama.... huhuhuhu... umi memang terlebih 'gembeng'...

Pukul 12.20pm, umi call 'Mak', nak tanya Amsyar dah sampai ke belum. Alhamdulillah Amsyar dah sampai. Umi pun dapat bergayut ngan anak umi. ... Seronok berbual dengan Amsyar. Amsyar cakap, " Umi, Amsyar nak mainan... Amsyar sekolah tak nangis"......Minggu ini memang minggu menjaga hati Amsyar...hihihihi...

Ok, selesai hari ke-4... Tunggu hari esok... InsyaAllah semakin hari semakin baik....


Salam Sayang,
Ummi Wawa
January 08, 2015 0

Hormon Keibuan & Hormon Kasih Sayang

Menggali ilmu penyusuan pepagi ni, saya tertarik dengan dua perkataan : -



PROLAKTIN - Hormon Keibuan



OKSITOSIN - Hormon Kasih Sayang


InsyaAllah tunggu perkongsian mendalam tentang hormon-hormon ini ye...




"Menyusukan Itu Indah"

Salam Sayang
UmmiWawa
January 08, 2015 0

Penyusuan Susu Ibu Untuk Anak Angkat


 Pagi ini saya nak kongsikan sedikit info penyusuan. Tadi saya mengoogle tentang Kalenjar Pituitari. Tapi terjumpa maklumat ini di SINI . Semoga perkongsian ini memberi manfaat & panduan buat ibu2 yang mempunyai niat untuk menyusukan anak angkat.




Penyusuan anak angkat

SAYA telah berkahwin selama 15 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Saya dan suami telah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara moden atau tradisional. Malangnya kami masih tidak berjaya. Kami juga mencuba rawatan secara persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun saya masih tidak hamil. Kami reda dan bercadang mengambil anak angkat. Mohon doktor membantu cara untuk mencetuskan penyusuan ibu bagi anak angkat tersebut. Bilakah cara yang patut dimulakan? Bagaimanakah hukum berkenaan bayi susuan ini?
Artikah, Selangor

JAWAPAN:
Saya amat memahami keadaan puan dan suami. Saya tahu puan ialah seorang yang amat tabah. Insya-Allah saya amat yakin puan akan berjaya untuk menyusukan anak angkat puan nanti.

Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah suatu perkara yang mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu-ibu angkat berusaha menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Semasa kehamilan, badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara bagi penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras hormon progesteron dan hormon estrogen akan menurun manakala aras hormon prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payu dara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payu dara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Pil perancang
Bilakah induce lactation harus bermula? Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula enam bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada empat fasa. Fasa satu adalah dengan memakan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan "meniru" proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan. Fasa dua pula adalah menghentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu. Fasa tiga adalah memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu dan fasa empat dengan memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Nasihat
Nasihat saya kepada ibu (ibu angkat) ialah susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaik-baiknya susukan bayi sekurang-kurang selama enam bulan pertama hayatnya, ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada "arahan" daripada otak. Jadi didiklah otak supaya mahu bekerjasama dengan kita untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi anda. 

Latih bayi menyusu terus daripada payu dara ibu untuk meningkatkan rangsangan bagi menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS (rujuk rajah di bawah) boleh digunakan. Jangan sesekali memperkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, gunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting. Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payu dara ibu. Kesannya payu dara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan. 

Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenal pasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Hukum
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita telah mencapai umur baligh sama ada berkahwin atau sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha' juga sepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung daripada payudara dan secara tidak langsung menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. 

Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. 

Hujah thabitan ini kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payu dara. 

Bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan. Muzakarah juga memutuskan wanita beragama Islam tidak dilarang menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama' mazhab Shafie dan Hambali, kerana untuk sah atau sabit menjadi anak susuan perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130120/kn_01/Penyusuan-anak-angkat



"Menyusukan Itu Indah"


Salam Sayang,
Ummi Wawa
January 07, 2015 0

Kini Kembali Setelah Lebih Setahun... Vitalea for Children

Alhamdulillah... Ada berita gembira buat ibu2 semua terutamanya ibu-ibu yang mementingkan kesihatan anak-anak. Vitalea for Children. MULTIVITAMIN terbaik untuk kanak - kanak KINI KEMBALI !!!!!













Kandungan NUTRISI dalam Vitalea for Children





 Bayangkan anak-anak kita perlu makan SEMUA MAKANAN INI SETIAP HARI untuk mendapatkan KHASIAT yang secukupnya untuk TUMBESARAN... Mampukah mereka untuk menelan kesemuanya..???





Umi mesti cuba ini untuk Amsyar..... Bulan ni promosi Buy 3 Free 1... Ummi tak nak lepaskan peluang ini....Nak beli untuk Amsyar.


Credit

Salam Sayang, 
Ummi Wawa,

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

January 07, 2015 0

Alhamdulillah ....

Hari ini 07.01.2015, setelah 4 hari cuti saya naik kerja... Salah satu yang saya agak risau bila cuti lama-lama ialah hasil perahan saya. Janglah drop sangat.

Alhamdulillah.... Sessi pertama tadi hasil tidak mengecewakan. dapat 9 oz... Ok kejap lagi saya nak teruskan ke sesi kedua... Harap sangat hasil yang boleh mencukupkan bekalan untuk Ammar esok...


Ok, nak g mengepam dulu..



Menyusukan itu Indah..

Salam Sayang, 

Ummi Wawa.
January 07, 2015 0

3rd Day - Amsyar di Genius Qayyum

07.01.2015 - Hari ke-3....

Pagi ini agak mencabar sikit ceritanya. Amsyar menangis tak nak sekolah. Dari masa pakai baju, Amsyar dah cakap tak nak pakai uniform. Umi ingat cikgu ada pesan suruh pakai baju sukan.. Tapi seingat umi cikgu cakap Isnin-Rabu pakai uniform. Khamis & Jumaat pakai pakaian sukan. Umi pakaikan jugak Amsyar uniform. Tapi umi bawak dalam kereta baju sukan. Mana tahu memang cikgu ada pesan suruh pakai pakaian sukan.

Sampai sekolah, Amsyar dah mula nangis. Cakap " Amsyar tak nak pakai baju sekolah" , "Amsyar nak pakai baju biasa", " Amsyar nak pergi umah Mak".... Aduhhhhh... cabaran lagi buat umi...

Umi pujuk tak jalan. Amsyar mula nangis, cakap " Amsyar lapar", Amsyar nak muntah"...Amsyar mula cipta alasan... Akhirnya umi terpaksa dukong Amsyar  n bagi pada cikgu... Umi tinggalkan Amsyar dalam keadaan Amsyar menangis... Sedihnya umi rasa.... Umi menangis dalam kereta... Abah cakap, "umi kena keras hati...kita buat untuk kebaikan die.."....

Umi pergi kete dengan perasaan yang sedih n risau... Tak sabar nak tunggu pukul 12.00.

Pukul 12.18 ummi call cikgu tanya Amsyar dah naik van ke belum... Cikgu cakap dah naik van. Umi pun terus call Mak Mas. Tanya Amsyar dah sampai ke belum. Alhamdulillah, Amsyar dah sampai, n Mak Mas cakap Amsyar sampai terus cari botol susu. Amsyar cakap " Amsyar dah sakit perut ni, Amsyar lapar"...


Tak sabar umi nak balik nak jumpa Amsyar...

Habis hari ke-3.... Mudah-mudahahn esok lebih baik,

Salam Sayang, 

Ummi Wawa
January 07, 2015 0

2nd Day - Amsyar di Genius Qayyum

06.01.2015 - 2nd day Amsyar bersekolah... 

Pagi tu, umi & abah hantar Amsyar. Dari rumah Amsyar ok je.... Bila sampai sekolah, Amsyar mula tak nak. Pujuk2 pun tetap tak nak. Tapi die tak nangis. Puan Linda, owner Tadika Genius Qayyum bagi isyarat pada suami die suruh dukong je Amsyar. Alhamdulillah,Amsyar nak. Amsyar ni kalau dengan lelaki memang senang sikit. Alhamdulillah, lega hati umi...

Hari ini hati umi lagi berdebar2... Sebab hari ini Amsyar akan balik naik kenderaan sekolah. 

12.00 tghr - Umi dan Abah dah mula tunggu Amsyar depan rumah Mak Mas (baby sitter Amsyar). Nampak tak betapa tak sabarnya umi n abah nak tunggu Amsyar balik. Tunggu punya tunggu sampai pukul 1.00 tghhr, bayang Amsyar pun tak nampak. Hati ummi n Abah dah mula risau. Abah pun call sekolah. Cikgu bagitahu, first day naik van memang lambat sikit sebab cikgu baru nak arrangekan alamat. Umi risau Amsyar lapar. 

Lebih kurang pukul 1.30 nampak ada Van Toyota Unser berhenti. Rupa2nya itu van yang Amsyar naik. Umi terus ke van & ambik Amsyar.... Sedihnya ummi tengok anak umi dalam van.....

Amsyar cakap die lapar... Die tak nak makan dekat sekolah. Aduhh risau umi macamni. Takpe, esok umi akan bekalkan roti untuk Amsyar...Mudah-mudahhan Amsyar dapat serasikan diri di sekolah.

Habis hari ke-2. Apa pula ye ceritanya hari ke-3.

Salam Sayang,

Ummi Wawa.
January 07, 2015 0

1st Day - Amsyar di Genius Qayyum

5.1.2015... Alhamdulillah... Muhammad Amsyar Hadi Bin Mahadi, Putera sulong ummi dan abah mula melangkah ke alam persekolahan....

Sebelum hantar Amsyar, umi yang agak nervous sebenarnya. Bermacam perasaan umi rasa, Takut, sedih, excited.. Perasaan bercampur baur. Normal kah perasaan ini kepada semua ibu2? Atau umi je yang mengada2...huhuhuhu..

Masa turun kereta, Amsyar pesan kat abah, " Abah, jangan tunggu Amsyar tau, Abah balik je"... WAHHH!!!! Amsyar excited... Lega sikit hati ummi.

Sampai pagar sekolah, bila cikgu nak ambik Amsyar, lain pulak jadinya... Amsyar mula nak menangis. Cakap tak nak... " Amsyar nak Aniq"... So, umi pun masuk ke tadika, cari Aniq. Aniq keluar peluk Amsyar barulah Amsyar nak masuk....

First day ni cikgu memang pesan ambik awal. Pukul 10.30 dah boleh ambil. Kalau biasa sampai pukul 12.00. Masa ambil Amsyar tu, umi nampak muka Amsyar banyak menangis. Mata n hidung nampak merah. Saat itu hati ummi Allah je yang tahu... Sedihnya tengok Amsyar cam tu... Ishh umi ni memang terlebih sensitif...

Ok, Habis cerita hari pertama. Esoknya Amsyar akan lalui satu lagi pengalaman baru sebab Amsyar akan mula naik Van Sekolah....

Hati umi mula gundah gulana lagiiiiiiiiiiiiiiiiii............


Salam Sayang,

Ummi Wawa.
January 02, 2015 0

Pencil Roll

 Dah lama saya tengok Tutorial Pencil Roll ni... Memang berminat sangat nak buat. Tapi masa tu anak belum nak sekolah. Tahun ini, hero kecik saya Muhammad Amsyar Hadi akan mula sekolah. Bertambah kuatlah hati ini nak try buatkan Pencil Roll ini. (Mudah-mudahan Allah lapangkan sedikit waktu untuk saya).  

Bila tengok Pencil Roll ini saya teringat masa zaman saya sekolah dulu, mak saya jahit sendiri pencil case saya. Memang cantik...nanti saya nak mintak mak buatkan lagi. Nak tunjuk dekat anak2...Saya punya impian nak pandai menjahit macam mak....

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok Pencil Roll meh saya tunjukkan... Jeng...Jeng..Jeng... Ini dia!!!!














 Ini antara contoh gambar Pencil Roll.... Ada tak ibu2 yang teruja macam saya bila tengok pencil roll ini? Jika ada ibu2 yang berminat nak buat sendiri untuk anak-anak boleh tengok di SINI.

Agak2 dapat tak saya buat Pencil Roll ni ye? Kalu jadi saya akan update dalam blog ini...InsyaAllah...



Salam sayang, 
Ummi Wawa
Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my