November 20, 2014 0

Rendang Emak Kesukaan Saya

Hari ini saya nak kongsi resepi Rendang Ayam Emak saya a.k.a RENDANG TOKMI (nama resepi dari anak buah saya).

Saya rasa rendang emak saya adalah rendang yang sangat sedap dan paling special...Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap didunia.

Teringat lagi masa first time saya nak masakkan rendang resepi mak saya ni untuk suami saya. Mula2 bagitau dia macam reject. Sebab saya inform awal2 dengan die. Rendang mak saya ni tak guna rempah (ketumbar, jintan). Rendang mak saya simple je. Tapi pada saya sangatlah sedap.

Bila suami macam reject saya nak masak rendang mak saya tu, saya cakap kat die, " Abang bagi wa masak dulu, & abang rasa dulu. Kalau tak suka wa belajar rendang yang berempah." Ok, husband setuju. Saya pun masak lah.....Dan nak tahu apa yang die cakap? " Wa, sedap sangat rendang ni".....
(ha tulah belum rasa belum tahu)...hihihihi... Bermula saat itu, memang rendang antara menu yang husband sangat suka request. Nak tahu lagi satu cerita? kawan2 ofis saya pun suka sangat rendang resepi mak saya ni. Siap minta resepi. Kawan2 ofis saya tu bukan berbangsa melayu ye...Berbangsa cina..Kawan cina suka makan rendang? Memang sesuatu yang mengujakan...

Ok, lah panjang benar ceritanya ye... Ini saya share kan resepinya..Tapi gambar tak de ye...

RESEPI TOK MI

Bahan2
 - Cili padi *
 - Cili Kering *
 - Halia *
 - Lengkuas *
 - Kunyit *
 - Bawang besar *
 - Bawang putih *
 - Santan
 - Ayam / Daging
 - Kerisik
 - Serai
 - Asam Keping
 - Gula
 - Garam &Serbuk perasa

Cara -Cara
 - Blend sehingga lumat barang yang bertanda *. Masukkan bahan yang diblender kedalam kuali yang berisi ayam/daging. Hidupkan api.Masakkan sehingga air daging / ayam kering sedikit...
 - Masukkan santan. Biarkan santan masak, sambil itu perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa. 
 - Masukkan serai yang dititik & asam keping
 - Teruskan memasak sehingga kering sikit. Kemudian masukkan kerisik.
 - Apabila agak kering boleh tutup api...&Siap untuk dimakan...

Sorrylah ye, resepi ini tak de sukatan yang betul sebab saya masak pun agak2....

Ok selamat mencuba...
November 19, 2014 0

Vitamin Tamat Tempoh? Adakah masih selamat untuk dimakan?

VITAMIN TAMAT TEMPOH? ADAKAH IA MASIH SELAMAT DI MAKAN?


Soalan menakutkan..Runsing memikirkan jawapan kepada soalan di atas?

Jawanpannya cukup mudah!...

SELAMAT tetapi anda tidak akan dapat manfaat maximum daripada penyerapan vitami tersebut seperti mula-mula beli. Untuk pengetahuan, FDAtidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin paling terkenal seperti Shaklee akan cuba menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan untuk tubuh badan kita. Tetapi jika makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya sangatlah merugikan. Yang terbaik adalah buang & beli baru.








Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yang telah diterangkan di atas, ianya adalah selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang telah tamat tempoh. Tetapi seperti yang telah dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensinya. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yang telah berubah bau & warna.

Bagaimana Cara Melanjutkan Tempoh Vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambik setiap hari di dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutuo membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tamat tempoh lebih dari 2tahun melainkan makanan tambahan yang berbentuk serbuk lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin keran vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.


Info &maklumat ini saya dapat dari SINI

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
November 18, 2014 0

Sustained Released Vitamin C

Hari ini saya nak kongsikan info ringkas tentang Vitamin C Shaklee...
Shaklee ada 2 jenis Vitamin C.

1. Chewable Vitamin C Plus 100mg
2. Sustained Release Vitamin C 500mg

Tapi hari ini saya nak kongsikan dulu serba ringkas tentang Sustained Release Vitamin C 500mg.

Sumber Vitamin C Semulajadi Yang Disalurkan Jam demi Jam

Wahhh sangat menarik baca pernyataan diatas. Faham tak bagaimana yang dikatakan disalurkan jam demi jam?

Macamni....

Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan. Vitamin C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ianya juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.







Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyaki
November 16, 2014 0

Jalan2 Tengok Lampu

Selamat hari ahad...Malam ni saya nak kongsi gambar lampu di Bandar JB.

Sebelum ini memang ade keinginan dalam hati nak sangat ke i-city Shah Alam sebab nak sangat tengok lampu...
Tapi masih belum berkesempatan ke sana.

Sekarang ini dah tak payah pergi icity pun dah boleh tengok lampu cantik-cantik...yeayyy....JB dah ada lampu cantik..

Hari ini husband ajak bawak anak2 tengok lampu di Bandar Jb..

Jom layan gambar lampu...

November 15, 2014 0

Sentiasa Selamat...Sentiasa Berkesan...Sentiasa Mesra Alam...

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai pilihan supplement saya.

Sebabnya Shaklee Sentiasa Selamat...Sentiasa Berkesan...Sentiasa Mesra Alam...

Sentiasa Selamat
  •  Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen.
  •  Tiada Paraben, Bisphenol-A, Peluntur, Perisa Tiruan, Pewarna Tiruan, Lemak Trans dan Bahan laranagan lain.

Sentiasa Berkesan
  •  Lebih daripada USD$ 300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
  • Bahan semulajadi yang paling halus dan tulen
  • 54 pingat emasa Olimpik dimenangi oleh para Atlet yang menggunakan produk Shaklee
Sentiasa Mesra Alam
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, keluarga, rumah juga bumi kita
  • Shaklee merupakan peneraju dalam pergerakan melindungi alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.

Kesihatan merupakan suatu nikmat yang tidak ternilai. Apabila anda merasai, melihat, menghargai kesihatan, ia adalah kehidupan yang bertenaga, cergas, dan penuh kesejahteraan. Mereka yang sihat sentiasa ceria dan secara automatik kelihatan hebat & menawan. Nutrisi Shaklee mampu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang sehingga berumur lebih 50 tahun.


Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyaki
November 14, 2014 0

Wiper Set... Spray Mop

Assalamualaikum...

Saya rasa saya ada berhutang satu entry..Saya nak bagi review tentang Wiper Set yang saya beli di Cosway...

Sepanjang saya guna, saya puas hati. Rumah jadi macam ber'mop'. Saya ni almaklumlah tersangat 'RAJIN' mop rumah. Hihihihi... Memang saya jarang mop rumah. Tapi sekarang ini anak dah tawaf satu rumah, jadi memang perlu pastikan habuk tak de kat lantai.

Dengan Wiper Set, ni mudahkan kerja...Sapu2 je, rumah dah nampak macam baru lepas mop...Saya lupa nak snap gambar. Tapi memang best ar.... Segala habuk, rambut semua lekat.

Ha, ini ada satu lagi barang dalam list nak saya dapatkan...."SPRAY MOP". Tengok macam bestkan. Tak perlu bawa baldi ke hulur  ke hilir...Tekan2 boleh keluar air...
Lagi best dalam botol air tu saya campurkan dengan Basic H... Tak perlu bilas...Sonang kerja...



 Ok, nantikan pula entry saya tentang 'Spray Mop' ini ye....
November 13, 2014 0

Manfaat Mealshakes

Ini antara manfaat Mealshakes...
- nutrient asas untuk tumbesaran anak
- untuk meningkatkan sistem imun
- kekalkan kesihatan secara keseluruhan

- memberikan tenaga secara konsistensi.


Alhamdulillah Mealshakes sekarang dah jadi minuman saya seisi keluarga. Saya inginkan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Buat masa ni saya,husband n Amsyar je yang consume Mealshakes. Ammar belum lagi. Ammar kene tunggu setahun ye...

November 11, 2014 4

Muhammad Al Fateh

Assalamualaikum...

Hari ini kembali bersiaran. Semalam di kg, tak berkesempatan meng'update' blog. Saya nak ceritakan tentang Muhammad Al Fateh. 

Saya ada terbaca sedikit sinopsis buku Sultan Muhammad Al Fateh. Memang nak mencari buku tersebut, tapi belum berkesempatan ke kedai buku. Balik kg tempoh hari, saya bercerita dengan Emak tentang Muhammad Al Fateh. Rupa-rupanya, mak nak namakan Ammar dengan nama Al Fateh sebab mak ade terbaca tentang sejarah Sultan Muhammad AL Fateh. Tapi Emak tak suarakan dengan saya sebab dengar saya dah ada pilihan nama (Muhammad Ammar Hadi).Ohhhh Emak...kenapalah tak disuarakan pendapat itu. Saya pun minta emak panggil Ammar dengan panggilan Al Fateh.. Mudah-mudahan Ammar mengikut keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh.

Sedikit ringkasan tentang Sultan Muhammad Al Fateh...

Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Keperibadian
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Credit : http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1335-sultan-muhammad-al-fateh.html

Memang sangat menarik keperibadian Sultan Muhammad Al fateh ini...
InsyaAllah memang kena cari buku untuk kenali lebih mendalam SultanMuhammad Al Fateh.
November 09, 2014 0

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong. 

Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die,

" Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api, angkut air perigi,..Semua dah sedia. Jadi bila gendong anak cepat lenguh"

Wah..memang sesuatu yang buatkan semangat saya nak berbabywearing naik balik..Malam semalam dah try Kain batik lepas dengan kaedah slip knot. Hasil belajar daripada video Puan rashidah..Tapi agak belum mahir lagi.balik kene cuba lagi...

Jom layan video ini..

video

November 08, 2014 0

Balik Kampung!!!!!!!!!!!!!!

Balik kampung...o.o.o.o balik kampung...o.o.o.o Balik Kampung...Hati Girang...

Wah tajuk entry macamlah sesuatu yang luar biasa bila balik kg...hihihihi...Sebenarnya kami sekeluarga ni boleh dikatakan setiap minggu balik kg. Kalau tak balik itu lah sesuatu yang luarbiasa.
Kebetulan saya dan husband kg sebelah sebelah,  Jadinya memang tak de masalah.

Minggu ini turn tido rumah mak saya a.k.a Tok Mi. InsyaAllah minggu ini balik dapatlah jumpa adik Najla...Puteri susuan saya...

Orang-orang kg, tunggu kepulangan kami ye...hihihihi...Macam dah setahun tak balik...

Ok,...tunggu entry aktiviti di kg ye...
November 06, 2014 0

Mesin Jahit Baru...

Hari ini saya tersangat lah busy di ofis..Ini curi-curi jugak masa nak update blog...Minggu ni saya rasa nak berkongsi tentang JAHITAN je...hihihihi..Adakah mood menjahit saya kembali datang? harap-harap begitulah. Ada tugas yang telah diamanahkan untuk saya siapkan...(Potong baju Tok Mi aka Mak)...InsyaAllah, minggu ni perlu disiapkan...

Hari ini saya nak tunjukkan mesin jahit yang dihadiahkan oleh emak saya tapi saya lupa nak snap photo. Jadinya saya pun google lah. Jeng...Jeng..Jeng...


Sumber Gambar :Google


Bukan mesin jahit biasa, mesin jahit 'High Speed' lagi...Macam orang yang dah pakar menjahit je kan?Emak memang sangat menyokong minat saya. Kadang rasa bersalah sangat sebab mak dah belikan, Tapi sejak ada mesin ini, sepasang baju pun saya belum buat untuk emak..

Saya kene paksa diri mula menjahit. Bila dah mula, baru akan datang mood menjahit semula.InsyaAllah, target saya, bulan ni baju emak mesti siap...

Kita tunggu ye entry "Sepasang Baju Untuk Emak".....Ok, kene pergi dulu, kerja ofis menanti untuk disiapkan....Byeeee.........
November 05, 2014 0

Hero2 Umi Berjubah...

Assalamualaikum....

Last week, balik kerja ambil anak2 kat rumah pengasuh. Pengasuh pakaikan anak2 saya jubah..Memang saya bekalkan 'jubah arab' hari itu utk anak2 saya..Pertama kali tengok anak-anak berjubah terdetik dalam hati, "alahai, comelnya anak2 umi ni" (perasan ek umi ni?hihihihi)...tapi itulah yang saya rasa. Semua ciptaan Allah itu indah...

Bila hati dah suka tengok anak-anak berjubah, mulalah timbul niat di hati nak menjahit jubah arab sendiri utk anak-anak saya...Makanya hari ni saya men'google' cara menjahit jubah arab kanak-kanak.
Saya jumpa satu blog yang tunjuk dari cara ukur,potong dan cara jahit jubah arab. Memang nampak mudah sangat nak buat jubah arab ini.

Sesiapa yang punya keinginan macam saya, menjahit jubah arab bolehlah klik link blog ini :-

Ni gambar hero2 saya berjubah,
Adik Ammar
AbangAmsyar
Masing2  pegang roti...
Walaupun berjubah, main tetap main..hihihi
Ok tunggu entry saya tentang hasil jahitan saya nanti....InsyaAllah akan cuba cari masa menjahit...

Nota Kaki : Baju tokmi suruh potong pun umi belum potong.hihihihihi
November 04, 2014 2

Siapa Perlukan Omega-Part2

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi lebih lanjut berkaitan Omega...Entry semalam yang tulis secara ringkas je tentang Siapa Yang Perlukan Omega Guard. Hari ini saya bagi ianya lebih details lagi...

Anda Perlu Ambil OmegaGuard Sekiranya Anda : -

  • Ibu Hamil - Untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan, mengurangkan risiko bayi lahir pramatang, dan mengurangkan alahan pada bayi selepas bayi dilahirkan
  • Ibu Menyusu - Untuk perkembangan otak bayi, dan meningkatkan pembentukan sistem imun anak
  • Kanak-kanak - Usia 0-6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan pemakanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3,DHA, dan EPA, dan bagus untuk sisitem imunisasi, asma, eczema.
  • Individu yang ingin mengawal berat badan - Omega-3 meningkat hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat.
  • Individu yang mementingkan kesihatan - memelihara daripada penyakit jantung, stroke, obesiti, kencing manis, dan banyak lagi.
  • Individu yang sering sakit - Omega guard dapat mengawal sistem imun
  • Wanita yang mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan tulang & sendi - Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara sendi dan gout dengan effective.

 Sekian perkongsian saya untuk hari ini....InysyaAllah kita jumpa di entry yang akan datang dengan info2 yang menarik....

Shaklee Ind.Distr
Syazwani Mohd Noh
Shaklee ID : 888841
HP : 0136859903

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
November 03, 2014 0

Siapa Perlukan Omega - Part 1

Hai semua....
Bulan ni Shaklee Promosi Omega Guard.
Jadi saya nak kongsikan siapa yang perlukan Omega Guard :-
1. Ibu Hamil
2. Ibu Menyusu
3. Mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi.
4. Kanak-kanak
5. Mereka yang mempunyai madalah berat badan.
6. Mereka yang sering sakit (batuk berkahak,selsema berpanjangan, asma,)
Banyak lagi saya nak kongsikan tentang OmegaGuard ni....
Tunggu di entry akan datang...stay tuned....
Shaklee Ind.Distr
Shaklee Id : 888841
Hp : 0136859903
November 02, 2014 0

Promosi Nov.2014

PROMOSI NOVEMBER 2014

OMEGA GUARD - Buy 6 free 1!!!!!!!!!

Bulan ini Shaklee dah umumkan Promosi Omega Guard.



Ini secara ringkasnya tentang Omega Guard :-

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Untuk info lanjut, boleh hubungi saya, 

Shaklee Ind.Distr
Syazwani Mohd Noh
Shaklee ID : 888841
HP : 0136859903
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
November 01, 2014 3

BF & Sokongan...

Hari ini saya nak cerita lagi pengalaman BF saya.

Ini semua daripada pengalaman saya sendiri tau. jadi mungkin apa yang saya rasa & yang saya lalui tak sama dengan orang lain.

Sepanjang 9 bulan perjalanan BF Muhammad Ammar Hadi, saya berpendapat bahawa sokongan & kerjasama daripada orang keliling yang rapat dengan kita sangat2 penting. Paling penting kerjasama daripada yang menerima susu itu sendiri...Siapa lagi kalau bukan si hero kecik saya, Ammar. Teknik hisapan yang betul daripada baby, membantu ibu. Sebab jika salah teknik hisapan, ibu akan rasa sakit, akan menyebabkan 'nipple cracked'. Situasi ini sedikit sebanyak akan membuat ibu2 rasa down, rasa BF menyakitkan &akhirnya boleh membuatkan ibu2 putus asa..NO...NO...NO.... sepatutnya ibu2 kena kuat, jangan putus asa. Teruskan BF. Ajar bayi hisap dengan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berakhir kesakitan itu, dan akan timbul kebahagian bila melihat anak2 minum susu kita sendiri.

Alhamdulillah, sepanjang 9 bulan ini, saya tak pernah mengalami 'nipple cracked' & tak pernah alami bengkak susu. Ammar baby yang bijak menyusu..hihihi.

Sokongan daripada orang paling rapat jugak penting. Terutamanya hubby kita...Alhamdulillah saya memang mendapat sokongan 200% daripada MY SUPER HERO. Setiap kali saya down, pasti dia akan naikkan kembali semangat saya. Setiap kali susu drop, dia akan pasti buat emosi saya kembali ceria sebab emosi sangat mempengaruhi production susu saya. Sepanjang BF ni setiap hari saya balik rumah, my hubby yang akan keluarkan EBM & simpan EBM dalam peti ais. jadi dia akan tengok sendiri hasil EBM saya hari tu. Kalau banyak die akan cakap, " Ummi, Congratulatiom... Mula dulu terkejut jugak, rupanya ucapan itu sebab berjaya bawak balik EBM banyak...hihihihi... Itu cerita balik kerja, kalau nak pergi kerja,setiap pagi my hubby yang akan masukkan air mineral dalam botol untuk saya bawak bekal...Macam terbalik pulak kan? Patut saya yang sediakan air untuk die....Tapi, itulah hebatnya Hubby saya...Alhamdulillah, Allah temukan pelengkap hidup saya, Mahadi Mohmad....

Sekian, cerita untuk kali ini....Semoga Allah permudahkan perjalanan BF saya...


Shaklee Ind. Distr
Shaklee ID : 888841
HP : 0136859903