August 18, 2017 0

Stok Balm Dah Sampai

Alhamdulillah.

Stok balm 30g dah sampai. Lega hati Umi ni bila stok ada dalam tangan. Tak risau bila customer nak.

Umi restok 25 botol kali ni. 10 dah di booked oleh Dropship Umi. Laju jugak dropship Umi yanh sorang ni.

Ok jom. Umi belanja gambar stok yang dah selamat Umi susun dalam drawer Ikea yang comel tu. Nampaknya kena beli rak besar sikit lah.

* Big Boss belanja Umi beli rak ye nanti.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent PuersKidsdom Johor

August 18, 2017 0

Buku Sampai Cucu Cicit

Umi hari ni busy balut buku.

Tips ini umi dapat dari seorang kakak yang umi kenal dari group Telegram Homeschooling.

Kalau beli / dapat buku, kena sampul dulu. Baru lah buku tu tahan lama. Boleh guna sampai anak cucu.

Terima Kasih Kak Lin Shahasuzlina Omar atas tipsnya.

InsyaAllah umi akan ingat sampai bila2.

* Sikit hari tu Umi malas nak balut buku. Akibatnya ada 2 keping buku Dr Bubbles kembang tertumpah air. Padan muka, malas lagi kan?.ok. Insaf terus.

Ok. Umi nak Asar dulu.

Jumpa lagi next post.

Salam Sayang,
Ummi Wawa,
Agent PuersKidsdom Johor

August 18, 2017 0

New Look

Alhamdulillah

Yeayyy . Blog dah cantik.

Suka sangat umi tau. Tq Sis Siti Awadah tolong makeover blog umi ni.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent PuersKidsdom Johor

August 10, 2017 0

Anak Dah Tak Liat Bangun Subuh

Alhamdulillah.

Syukur sangat. Gembira tak terkata. Gembira bila customer yang guna Calming Balm bagi feedback positif. Gembira sebab kita dapat bantu masalah orang lain.

Customer (nama dirahsiakan atas permintaan) cuba Calming Balm untuk anaknya yang berumur 6tahun. Anaknya mudah marah, tidur lambat, nak kejut bangun pagi pun susah.

Alhamdulillah, selepas 3hari guna Calming Balm, nampak perubahan kat anak die. Anaknya dah mudah bangun pagi solat Subuh di surau. Dah tak marah2.

* Si Adik, ibunya sapukan Deep Sleep yang umi bagi tester. Alhamdulillah, mudah tidur dan tak meragam.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent Puer's Kidsdom Johor

August 10, 2017 0

Favourite Amsyar - Si Kuning Putu Pirinmg

Si Kuning yang menjadi kegemaran Abang Amsyar.

Abang Amsyar  ni memang suka sangat makan Putu Piring. Kalau balik kampung hari Sabtu petang, memang kitorang akan singgah Pasar Malam Mawai.

Bila ditanya, nak makan apa. Confirm yang keluar dari mulut Abang Amsyar ialah Putu Piring. Makan panas2, sedapppp. Tapi Amsyar ni perangai sama je macam Umi. Tak tahan makan makanan yang panas. Anak umi lah katakan. Hihihi.

Kalau beli Putu Piring, paling sikit 3 kotak Abah beli. Yelah nak balik kampung, ramai yang. Makanan perlu dikongsi kan???

Ok. Ini salah satu je favourite Abang Amsyar. Banyak lagi makanan yang Abang Amsyar suka makan. Dan Abang Amsyar ni sangat pandai merasa makanan tau. Jaga2 lah siap jadi wife die nanti.

Jumpa lagi the next story,ok.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent Puer's Kidsdom Johor.

August 08, 2017 0

Jom MenDonut

Petang ni Allah bagi mood rajin. Allah bagi kekuataj nak buat donut. Dalam menahan sakit dada, umi gagah juga menguli donut.

Yelah tu menguli. Pada hal, resepi tu tak perlu uli beria. Uli asal kan die jadi doh sudah.

Kali ini buat guna gula perang dan unsalted butter.

Umi ni sebelum dapat resepi ni memang tak pandai buat donut. Pernah buat tak menjadi. Tak naik pun donutnya.

Sekarang dah boleh berbangga sikit lah sebab buat donut menjadi.

Ok umi kongsikan resepinya ye.

RESEPI DONUT

2 sudu butter.
(Cairkan dah sejuk Lps tu masukkan sebiji telur dalam butter tadi. Kacau. Letak tepi)

1 cawan air suam.
(Letak gula 4 sudu besar.kacau smpai gula tu larut pastu susu pekat dlm 1 sudu. Kacau lagi. Pastu masukkan 1 paket yis. Transfer la dlm bekas besar sikit sebab yis tu akan naik. Biarkn 10 minit.)

4 cawan tepung
Masukkan adunan butter dengan yis tadi tu. Uli smpai jd doh. Kalau lembik sgt tmbah la tepung sikit2. Tp adunan mmg akan lembik sket. Jgn buat keras2 nti lps goreng donut xgebu.. biar doh tu setengah jam , dah naik tmbuk2 kasi kuar angin.Baru bentukkan dia pstu goreng.

Siap untuk dimakan.

Cubalah ye. Confirrm jadi dan puas hati. Tu umi belanja gambar donut umi yabg belum digoreng.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent PuersKidsdom Johor

August 04, 2017 0

"Baru Clear Hidung"

Assalamualaikum.

"BARU ClEAR HIDUNG".

Apa yang clearnya hidung tu?

Ni ha umi nak share testimonial Baby Rub.

Rasa tak selesa kan bila kita selsema. Lagi-lagi time nak tidur tu bila hingusnya dah blocked hidung. Kita yang tua ni pun rasa tak selesa, apatah lagi baby. Confirm tidur pun tak lena.

" Ok, kita pakai. Semalam buat semua tak boleh. Baring tak boleh, mengiring tak boleh. Last2 teringat Baby Rub. Terus sapu. Barulah clear hidung. Terus tertidur weh. Malam before tak dapat tidur, nose blocked dan perit tekak"

Alhamdulillah. Seronok bila dapat feedback macam ni. Seronok bila dapat bantu orang.

Yang bestnya Baby Rub ni 100% bebas daripada "Harmful Chemical".

Jangan risau sebab KKM approved tau. Semua balm Puer's Kidsdom telah mendapat kelulusan KKM.

Ok. Umi nak mengemas jap sementara anak2 umi lena dibuai mimpi.

#Puer's Kidsdom
#Every Moms Wish

Salam Sayang,

Ummi Wawa
Agent Puers Kidsdom Johor
01110797268

August 04, 2017 0

Baby Rub

Baby Rub
*********

Baby Rub ni mesti sentiasa ada tau. Lagi - lagi musim tak menentu ni. Ramai yang demam, batuk, selsema.

Risaunya bila batuk dan selsema  berpanjangan sampai terpaksa ambik neb.

Sebagai persediaannya, kalau nampak anak2 ada tanda2 nak batuk / selsema cepat2 sapu Babu Rub ye.

Baby Rub ni sesuai untuk semua. Orang dewasa pun sesuai tau.

#PuersKidsdom
#EveryMomsWish

Salam Sayang
Ummi Wawa

August 03, 2017 0

Pengganti Ubat Nyamuk

Pengganti 'Ubat Nyamuk'.

Macam menarik je kan?

Ok,ni umi nak war2kan. Umi sejak jumpa Bugs Away ni memang dah tak guna dah 'ubat nyamuk' ke, penyembur nyamuk ke.

Sebelum ni tahu benda2 tu semua tak berapa nak elok pun. Bau nya mak aih. Memang tak boleh tahan. Lagi2 untuk yang ada athma macam Amsyar. Memang sebolehnya elakkan lah guna penyembur nyamuk.

Ini umi nak tunjuk. Ada je yang lebih selamat untuk kita gantikan segala jenis ' ubat nyamuk' tu.

Dalam bentuk balm. Cuma sapu pada anak2 je. Selesai masalah digigit nyamuk. Nyamuk malu nak hinggap dek bau 'Lemongrass'. Yang bestnya bau Bugs Away ni menenangkan. Memang semerbak bau 'Lemongrass'.

Ok cukup dulu kot cerita pasal Bugs Away ni. Banyak lagi nak share. Tunggu the next episode ye. Hihihihi

#Puer's Kidsdom
#EveryMomsWish

Salam Sayang
Ummi Wawa

August 03, 2017 0

Tantrum

Tantrum
********
Apa itu tantrum? Rata-rata yang dah jadi mak ayah ni mesti biasa sangat dengan perkataan 'Tantrum' ni.

'Temper Tantrum' ni atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak2 kerana ianya salah satu cara mereka berkomunikasi.

Yelah anak2 kecil ni masih belum mahir bercakap. Jadi cara mudah diorang nak beritahu atau nak dapatkan sesuatu dengan mengamuk / menangis.

Bila kita tak tahu cara kendali anak-anak tantrum ni, mulalah kita ambil jalan mudah. Pukul, jerit dan marah dengan harapan anak2 akan berhenti mengamuk.

NO! NO !NO!

Cara ini tak elok sebenarnya sebab akan bagi impak negatif pada anak2.

Ok, umi kongsikan antara yang boleh kita lakukan nak handle anak2 tantrum ni.

1. BERTENANG

 * Ibu ayah dan orang2 sekeliling perlu bertenang ye bila anak2 mengamuk. Jangan melenting atau marah.
* Buat muka relax je. Anak2 akan mula pelik. " Ehh takkan umi tak marah?".
* Ini namanya reverse phycology

2. CUBA PUJUK

* Usaha pujuk dengan baik dulu.
* Pegang dengan lembut & mesra.
* Berbual dan tanya kenapa dia mengamuk. Anak2 ni kadang mengamuk sebab nakkan perhatian je.

3. ALIHKAN FOKUS ANAK

* Contoh kalau ke pasaraya. Apabila anak mula tunjuk nakkan sesuatu, alihkan perhatian. Bawa ke bahagian lain.

4. SISTEM GANJARAN

* Bagi dia pilihan. Nak bersikap baik atau dimarahi.
* Janjikan sesuatu. Tapi ingat kena tepati janji. Kalau tidal, anak takka percaya cakap kita lagi.

5. BIARKAN SAHAJA

* Jika pujukan tak menjadi. Tinggalkan sahaja.
* Pastikan keadaan selamat apabila mereka mula hentak2 kaki atau berguling.
* Mereka akan berhenti bila penat.

6. NASIHAT

* Apabila anak dah bertenang, belai dan nasihat mereka. Beritahu apa yang mereka buat itu salah. Dan beritahu mereka akan lebih disayangi bila berkelakuan baik.

7. BERSIFAT TEGAS

* Sesekali kena tegas . Tetapi kena terangkan kenapa kita lakukan itu.

Anak2 ni walaupun kecik faham sebenarnya bila waktu ibu bapa sayang, gembira, marah mahupun kecewa. So, kena rajin berkomunikasi dengan anak2 ye.

Selain dari cara-cara di atas, ibu bapa boleh cuba massage anak2 dengan Calming Balm. Lepas 2 mandi tu atau nak ke mana2, boleh massage / calit2 je kat anak. InsyaAllah mood anak2 lebih baik.

#PuersKidsdom
#EveryMomsWish

Salam Sayang,
UmmiWawa

August 02, 2017 0

Bisnes Baru Umi

Assalamualaikum.

Jam sekarang pukul 1.30 am. Saat orang lain sedang diulit mimpi,umi menulis posting ni.

Ok, umi nak cerita tentang bisnes baru umi. Sebelum ni orang tahu umi buat Shaklee kan? Umi masih SID Shaklee lagi. Cuma sekarang umi lebih fokus kepada bisnes baru ni.

Umi sekarang agent Puer's Kidsdom. Apa tu Puer's Kidsdom? Macam tak pernah dengar je kan?

PK menghasilkan dan menjual produk natural untuk "baby" dan "Kids".

Buat masa ni PK fokus kepada Therapy Balm. Ada 6 jenis Therapy Balm keluaran PK :-

* Baby Rub - membantu masalah batuk, selsema, athma.
* Bugs Away - mengahalang gigitan serangga seperti nyamuk, semut
* Lovely Skin - Untuk masalah kulit seperti ruam, eczema
* Happy Tummy - pengganti minyak telon untuk kembung perut,sembelit, cirit birit.
* Calming Balm - bantu kawal tantrum anak, bantu anak lebih "relax"
* Deep Sleep - bantu dapatkan tidur yang lena dan berkualiti.

Kesemua therapy balm di atas sesuai digunakan dari ' newborn' sehingga warga emas.

Yang penting ianya adalah organik dan selamat digunakan,InsyaAllah.

Ok, nanti umi sambung lagi cerita tentang setiap jenis balm tu ye. Nak tidur dulu. Nak kena bangun awal sebab nak packing balm untuk postage esok.

♡ Selamat Malam ♡

#PuersKidsdom
#EveryMomWish

Salam Sayang,
Umi Wawa