Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

DIY Shawl

Yeayyyyy!!!! Alhamdulillah, siap 3 helai shawl. Memang menjimatkan bila kita buat sendiri shawl ni tau. Boleh jimat 1/2 harga. Untuk percubaan pertama ni, saya beli 3 colour. Biru (2meter), Pink (1m), kelabu (1m). Saya buat wide shawl saiz 2meter x 30inchi. Kain yang saya beli tu lebarnya 60inchi. Jadi kalau beli 2meter kain kita dapat 2helai shawl. First projek shawl saya ni, saya buat warna biru full (1helai), warna pink+kelabu(1helai), warna kelabu+biru (1helai), Ada lagi kain yang tinggal pink (1m x 30inchi) & biru (1m x 30 inchi). Niat dihati nak cari kain lain untuk cantumkan colour yang tinggal tu.... Tak susah pun nak DIY shawl ni. Beli kain, potong ikut ukuran, hantar jahit tepi kat kedai jahit.... Settle... Siap untuk dipakai. Ok jom layan gambar DIY shawl saya. Salam Sayang, UmmiWawa, Syazwani Mohd Noh 0136859903/01110797268 Supervisor May15

Rezeki

Kita selalu dengar orang cakap "kalau dah rezeki tu tak ke mana", dah memang rezeki die"..... Hari ni saya nak kongsikan cerita tentang rezeki. Hari rabu baru ni (kelmarin), saya, husband & anak keluar. Planning nya nak ke Maidin belanja barang dapur sebab hubby dh gaji. Sebelum ke Maidin kitorang planning makan dulu. Amsyar nak makan roti canai. Fikir2 nak makan kat mane ek roti canai. Akhirnya decide makan dekat restoran depan taman je. ( mawar 46). Senang lepas makan terus pergi Maidin. Nak dijadikan cerita, sampai je kat kedai, enjin kete dh siap mati dah. Tiba-tiba....... "uwwwekkkkk, uwwwekkk,uwwweekkkk" Ammar muntah.... Habis semua baju die. Kalau baju Ammar je tak pe sebab saya kalau keluar memang sentiasa bawak baju spare untuk anak2. Ini dengan baju saya, tudung, seluar semua mandi muntah. Nak tak nak kenalah balik rumah semula untuk salin baju. Saya & husband dah risau ni bila Ammar start muntah,sebab Ammar tengah cirit birit. Takut m

Botol Susu Baru Ammar

Assalamualaikum...lama slrasanya saya menyepi. Banyak perkara berlaku 2,3minggu kebelakangan ini. Menyebabkan saya seperti hilang 'mood' berblog. Antaranya dugaan Ammar reject botol susu. Biasanya perkara macam ni berlaku bila awal kita naik kerja lepas berpantang kan? Ini Ammar dah 13 bulan +++... Tiba2 reject botol.  Bila pengasuh die bagi, die tepis, die campak. Die lebih rela minum air kosong.... Memang rasa risau dan sedih sangat. Badan die makin kurus. Die cuma menyusu direct lepas saya balik kerja... Mulanya saya ingatkan susu tak elok. Tapi pengasuh die cakap belum smpat hisap die dah tepis. Setelah seminggu lebih berlalu, akhirnya saya try tukar botol susu baru. Hasil dari google dam bertanya kawan, saya tukar botol Pegion. Mintak husband belikan yang 'wide neck'. Tapi stok tak de. Die beli 'slim neck'. Tak pelah kita cuba dulu. Semalam first day die guna botol baru. Balik keje saya tanya pengasuh, pengasuh die cakap Alhamdulillah Ammar nak men

Majlis Tilawah Peladang

Ahad lepas my hubby masuk pertandingan tilawah.... Alhamdulillah walaupun cuma dapat saguhati, tapi abang dah buat yang terbaik. Yang paling best sebab dapat bawak anak2 ke majlis tersebut. Jadi anak2 boleh tengok sendiri abah diorang. Dan mudah-mudahan anak 2 nanti minat nak ikut jejak langkah abah diorang.... Lepas ni kene cari Guru yang.mengajar taranum n tajwid area Pasir Gudang. Jadi abah boleh belajar dengan lebih mendalam ilmu taranum....

Amsyar Di Genius Qayyum

Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik dah nak masuk 4 minggu Amsyar bersekolah. Alhamdulillah, semakin hari semakin ok die ke sekolah. Dah nampak die hepy ke sekolah. Dan yang paling buat umi & abah die senang hati, Amsyar sangat rajin buat 'homework'.... Bagus Amsyar.... Tak sabar saya nak tengok perkembangan - perkembangan baru dari Amsyar setelah sekolah... Nanti saya update ye apa yang Amsyar dah belajar sepanjang Amsyar sekolah.. Ok...caw cin caw... Salam Sayang,  Ummi Wawa

Sesi Meracun My Hubby

Ha ini semalam punya cerita.... Patapum ini buka saya punya. Ianya dipinjamkan oleh seorang kenalan alam maya. Die buat travel Patapum ini untuk bagi sesiapa yang nak try. Mulia sungguh hati Puan Dewi Zahari ni. Ini first time bawak Ammar guna SSC. Saya suruh hubby yang gendong Ammar. Ada sebab sebenarnya saya suruh hubby yang gendong.Tujuannya nak 'meracun' hubby saya.... Hubby cakap agak sakit bahu guna patapum. Die suggest beli yang macam adik saya. Andrea sebab die try andrea hari tu selesa.... Ok, saya perlu menabung. Atau mudah-mudahan dapat bonus raya cina. Boleh beli Andrea.... Salam Sayang, UmmiWawa

Cooler Bag Baru!!!!!

Yeayyyyy!!!! Alhamdulillah, dapat cooler bag baru. Dari last week nak cari cooler bag ni disebabkan cooler bag autumz saya zipnya dah rosak. Dah survey2 online. Tapi tal beli2 pun. Akhirnya semalam saya ajak hubby pergi kedai baby. Mom's Nest. Mulanya nak cari yang murah2 je n sama je macam yang dulu. Tapi biasalah bila dah banyak pilihan, akhirnya cooler bag ini jadi pilihan. Harga RM59. Hubby mintak diskaun. Tapi adik manis kedai tu cakap harga tetap. Kecuali member akan dapat less 10%. Kitorang buakan member.Tapi itulah kalau dah tertulis rezeki nak dapat diskaun, adik manis itu bagi less 10% jugak... Terima kasih daun keladi ye dik....hihihihi Tq ye my hubby, my love,my soulmate belanja beli cooler bag VCool ini. Tapi pemberian ini atas satu pesanan. "Lepas ni kene pump banyak2 lagi susu ye"... Ok ni satau suntikan semangat untuk saya... Tq so much my love... Sayang awak sangat2... "Menyusukan Itu Indah" Salam Sayang, UmmiWawa

Resepi Ayam Masak Kurma

Saya sebenarnya dah tak da idea nak masak apa. Apa lagi mintak pertolongan 'Mr Google' lah. Saya mencari resepi masakan ayam yang boleh dimakan oleh dua hero cilik saya tu. Semestinya yang tidak pedas. Google punya google, jumpe resepi Ayam Masak Kurma. Terfikir nak cubalah. mana tau hero2 saya termasuk superhero saya suka lauk Ayam Kurma ni nanti. Ok saya kongsikan resepi yang saya dapat hasil dari carian 'Mr.Google' AYAM MASAK KURMA Resepi:Norzie hany Bahan-bahannya:- 500gm ayam -potong 1 paket sebuk rempah kurma babas-campur air jadikan pes. 1000ml santan 1 sudu besar kerisik(tak isi pun boleh) 2 biji kentang-belah empat 1 biji tomato-belah empat 1 biji bawang besar-hiris bulat 2 biji cili hijau-belah dua Garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sedikit minyak untuk menumis Bahan penumis. 2 biji bawang kecil 1 biji bawang putih 1 inci halia Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih. Cara memasaknya:- 1)Tumbuk

Kalendar Cuti Umum 2015

Credit  Salam Sayang,  UmmiWawa

17 Batang Mancis = 17 Rakaat Solat

Pagi ini semasa saya berblogwalking, saya terjumpa satu entry di blog h ttp://rabiasensei.blogspot.com/2013_02_01_archive.html . Entry  sangat menarik untuk dikongsikan. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang membacanya. Ibarat 17 batang mancis bersaman 17 rakaat solat Al - kisah. Ceritanya bermula begini. Ibarat Batang Mancis Ilmi ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat. Caranya seperti gambar diatas : Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.  Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian per

Yeayyyyy!!!! Umi dah dpt Ijazah

Alhamdulillah... Ammar setahun... Maknanya sudah 50% success perjalanan penyusuan saya. Alhamdulillah saya bersyukur sangat saya dapat bertahan hingga ke saat ini. Hari ini 23.01.2105 sudah 369 hari my bf journey. Sungguh tak sangka saya dah melepasi 1/2 target. Mudah-mudahan saya terus diberi kekuatan & rezeki yang cukup untuk menyusukanar sehingga 2 tahun...amin... My BF Journey - 369 days " Menyusukan itu indah" Salam Sayang, Ummi Waaa

10th Day - Amsyar Di Genius Qayyum

16.01.2015 - Hari Ke-10 Alhamdulillah, diam tak diam dah 10 hari Amsyar di Genius Qayyum. Hari ini mulanya Amsyar tak nak ke sekolah. Tapi setelah dipujuk dan dipujuk, dipeluk memberi kekuatan, di beri suntikan & kata2 hebat dari pakar motivasi tak bertauliah (umi le tu), akhirnya Amsyar pergi sekolah dengan rela hati. Umi sebenarnya risau nak tahu keadaan Amsyar kat sekolah. Sekejap tadi umi call cikgu Amsyar. Nama cikgu ni cikgu Amira. Umi nak tanyakan perkembangan Amsyar. Alhamdulillah cikgu cakap Amsyar ok. Masa first week tu memang Amsyar tak ok. Diam seribu bahasa. Tapi sejak Aniq & Amsyar sekelas, Amsyar dah ok, kata cikgu. Dah mula bersuara dalam kelas. Kalau Aniq ada buat apa2, nanti die akan cakap, "Aniq, janganlah. nanti teacher marah"... hihihihi...Kalau kawan2 lain pun sama. Nanti die cakap" kawan, jangan nanti cikgu marah".... Amsyar memang takut kena marah. Lagi satu yang merisaukan cikgu, Amsyar tak nak makan makanan sekolah. Ins

Menghitung Hari Nak Dapat Ijazah

tiktok....tiktok....tiktok...    Menghitung hari.... Detik demi detik.... Lagi 3 hari Umi nak dapat Ijazah... Ehhhhh... Bukan ke dah grade 6tahun lepas? Ini bukan grad dari mana2 Universiti... Tapi inilah kejayaan bagi seorang ibu yang sedang berjuang memberikan titisan cecair berharga buat pertama hatinya... 19.1.2015 - Muhammad Ammar Hadi akan cukup 1 tahun. Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi. Ammar kekuatan ummi untuk berjuang. Ummi bangkit dari kegagalan. Kegagalan memberikan SUSU TERBAIK DI DUNIA buat abang Amsyar. Untuk Ammar umi cuba sedaya upaya. Umi akan cuba menghadapi apa jua rintangan. Semoga niat & cita-cita Ummi termakbul.Semoga Allah permudahkan perjalanan Umi   Ummi Sayang Ammar, Ummi sayang Abang Amsyar. "Menyusukan Itu Indah" Salam Sayang, UmmiWawa

Sharing Is Caring

Alhamdulillah, semalam saya rasa hepy sangat sebab saya dapat membantu seorang ibu yang sedang berjuang menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kawan saya elin mengadu yang susu die drop sangat. Die rasa sangat sedih.... Biasalah memang ibu yang mengalami susu drop ni akan sedih bila tengok hasil perahan tak seperti biasa.  Sebagai sahabat yang sama2 memperjuangkan susu ibu ni, saya cepat2 cakap kat die " Elin, jangan sedih. nanti ganggu emosi". ... Saya tanya die, die rasa kenapa susu die drop? adakah die nak period? Die cakap die baru lepas period... Saya tanya lagi, adakah emosi die tak stabil? Sebab pada saya emosi sangat memberi kesan. Die cakap tak. Emosi die ok je.... Saya cakap lagi, "kadang kita tak rasa pun kita ada gangguan emosi, tapi kalau ada sikit pun rasa risau, mesti akan effect susu kita"... Akhirnya dia cakap, "Mungkin die ada risau sikit" .... Dan saya rasalah mungkin itu yang menyebabkan susu drop. Saya cuma boleh nasihatkan

9th Day - Amsyar di Genius Qayyum

15.01.2015 - Hari ke-9 Alhamdulillah semakin hari semakin baik. Walau pun belum 100%. Umi percaya Amsyar akan hepy nanti. Hari ini Amsyar ada 'homework' lagi. Tapi kali ini Abah je yang guide Amsyar. Ummi sibuk memasak semalam. Hari ini tak banyak cerita tentang Amsyar. Ummi pun tak tahu macammane keadaan Amsyar kat sekolah. Umi ingat nak call Tadika Amsyar. Nak tanya Amsyar macammane di sekolah.. Ok, Selesai hari ke 9 dengan Jayanya... Kita tengok hari esok pulak... Salam Sayang,  UmmiWawa,

8th Day - Amsyar di Genius Qayyum

14..01.2015 - hari Ke-8... Alhamdulillah semakin hari Amsyar menunjukkan mood semakin baik. Walaupun belum 100% hepy ke sekolah. InsyaAllah, umi percaya yang Amsyar akan ok n hepy jugak ke sekolah nanti. Semalam balik sekolah rasanya Amsyar buat sikit 'homework' kat rumah 'Mak Mas'. Amsyar cakap mak ajar. Alhamdulillah, Amsyar punya pengasuh yang sayang &layan Amsyar macam anak sendiri. Balik rumah ummi semak 'homework' Amsyar. Ada lagi yang belum lengkap. Umi n abah sama2 guide Amsyar buat 'homework'. Alhamdulillah anak umi rajin buat 'homework'.... Selesai hari ke-8... Kita tunggu cerita hari esok pula.. Salam Sayang,  UmmiWawa

7th Day - Amsyar di Genius Qayyum

13.01.2015 - Hari ke-7 Alhamdulillah hari ini ada perubahan yang lebih baik. Amsyar tak nangis sangat. Tapi ada lagi riak sedih di wajahnya... Umi tgk muka Amsyar umi tahu betapa sayunya perasaan Amsyar bila nak pergi sekolah... Sayang Umi, Abang Amsyar.... Ingatlah apa yang umi buat hari ini adalah untuk menunaikan amanah Allah... InsyaAllah bila Amsyar besar Amsyar akan lebih mengerti... Tak sabat nak balik jumpa Amsyar... Tunggu cerita amsyar hari esok... Salam sayang, UmmiWawa

First Homework

Semalam Amsyar dah start ada homework.... Sebenarnya makteh cakap dari Jumaat dah ade homework. Tapi Jumaat Amsyar cuti. Jadi semalam kali pertama dapat homework. Bila tengok Amsyar buat homework rasa macam tak percaya yang buah hati umi ni dah sekolah... Dah besar rupanya Abang Amsyar... Jom layan gambat Abang Amsyar buat homework.... Salam sayang, UmmiWawa

6th day - Amsyar Di genius Qayyum

12.01.2015 - Hari Ke-6 Hari ini dah masuk minggu kedua Amsyar ke sekolah... Tapi mengikut perkiraan hari bari hari ke-6. Pepagi tadi Amsyar nampak masih tak seronok nak sekolah. Bila cakap pasal sekolah je muka mula 'monyok', tibe2 akan jadi pendiam.... Oh anak, kamu buat ummi rasa sangat bersalah. Ummi cuba satu tips, ummi kena betulkan niat. Betulkan niat bahawa ummi hantar Amsyar sekolah bukan semata-mata untuk Amsyar pandai, tapi sebab umi nak laksanakan amanah & tanggungjawab umi berikan pendidikan yang terbaik untuk Amsyar. Sampai sekolah Amsyar masih muka sedih, tapi tak delah sampai mengamuk. Bila cikgu ambil die dari kereta die ikut je turun. Siap salam dengan cikgu. Bila cikgu pimpin masuk sekolah Amsyar mula nak menangis. Dia nak lambai umi dulu.... Ummi pun lambai tangan, baru Amsyar masuk... Hati ummi betul2 tersentuh & sayu tengok mata Amsyar bergenang... Ya Allah, kuatkanlah hati ummi & Amsyar... Hari ini 'Mak' call bagitau Amsyar

Jelly Kelapa-Part1

Semalam lepas balik kerja sebelum balik kg,kitorang satu family (cm ramai je,4beranak je...umi+abah+amsyar+ammar) singgah makan di LC Catering. My hubby ni suka sgt makan Nasi Ayam Penyek. Kalau area majidee/jln tebrau tu rasanya LC Catering femes ngan Nasi Ayam Penyek. Tengah duduk makan,pekerja restoran hidangkan pepes ayam.... Lps tu Jelly Kelapa. Yang ini Amsyar n Ammar nampaknya yg berminat. Bukan main lagi diorang makan. Dua bekas tu memang untuk diorang berdya.. Seperti biasa bila Amsyar suka makan sesuatu Amsyar mesti request saya buatkan untuk die. Siap request banyak2....hihihi.... Apa lagi.... Mula lah sessi menggoogle "Resepi Jelly Kelapa".... Tak susah mana pun. Bahan pun cuma guna agar2,gula,kelapa,daun pandan. Ok, insyaAllah umi buatkan hari ini untuk Amsyar ye.. Nanti saya update hasil Jely Kelapa saya ye..  Salam Sayang, UmmiWawa

5th day - Amsyar Di genius Qayyum

09-01-2015 - Hari ke 5 Hari ini sepatutnya hari ke-5 Amsyar di Genius Qayyum... Tapi kesihatan Amsyar tak berapa baik pagi tu. Amsyar batuk teruk sehingga memerlukan Neb. Pepagi tu abah bawak Amsyar ke Hospital Wakaf. n Dr sarankan ambik Neb. Bila tgk keadaan Amsyar macam tu, umi pun ambil keputusan Amsyar perlu cuti hari ini. Bukan sahaja Amsyar cuti umi pun perlu cuti. Ummi memang takkan hantar Amsyar ke rumah 'Mak' bila Amsyar kena athma. Kecian ' Mak' nak menjaganya.... Alhamdulillah sehingga pagi ini nampak Amsyar beransur pulih n nampak hepy sebab nak balik kg.. Satu yang saya nampak pada Amsyar ni selain alah pada kekacang & gula2 yang banyak pewarna, alah pada pewangi, Amsyar juga tidak boleh sedih... ini akan menyebabkan Amsyar mudah kena serangan athma.... Ok, tamat hari ke-5... Tunggu Isnin. Mudah-mudahan Amsyar senang nak ke sekolah Salam Sayang,  Ummi Wawa,

Hormon Oksitosin - Hormon Kasih Sayang

Kalau Hormon Prolaktin berfungsi untuk pengeluaran susu, Hormon Oksitosin yang dirembes oleh kelenjar pituitari pula berperanan mengawal pancutan susu. Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan implus yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari merembeskan Oksitosin. Oktitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran Oksitosin merangsang sel mioepitalea mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu. Credit Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang! - sumber dari Baby centre- "Menyusukan Itu Indah" Salam Sayang, Ummi Wawa

Hormon Keibuan - Prolaktin

Apa itu Prolaktin? Prolaktin adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak dalam otak yang bertanggungjawab terhadap banyak proses fisiologi dalam badan. Ianya ada pada lelaki & wanita dan dilepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang siang & malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting dalam pengeluaran susu. "Hormon Prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberikan kepada bayi. Prolaktib boleh membuatkan kita rasa lebih bersifat keibuan dan oleh sebab itu sesetengah pakar memanggilnya 'hormon keibuan' " - sumber dari Baby Centre - Perubahan Prolaktin Semasa Hamil Prolaktin perlu untuk pembesaran peyudara dalam proses pengeluaran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir,stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin d

4th Day - Amsyar di Genius Qayyum

08.01.2015 - Hari Ke-4..... Alhamdulillah hari ini hari ke-4 Amsyar bersekolah... Hari ini nampaknya keadaan Amsyar lebih baik dari semalam. Amsyar tak menangis, tapi ada cebikan (ayat apakah ini, umi? di wajahnya.... Semestinya keadaan itu buat ummi rasa sangat teremosi. Walaupun umi cuba tahan, tapi umi kalah...dalam kereta air mata umi tumpah jugak.... Tapi cepat2 umi sedar... Tanamkan dalam hati, Umi & Abah hantar Amsyar sekolah sebab umi & abah nak tunaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan untuk umi abah . Berikan pendidikan terbaik buat Amsyar. Setiap jam umi kira detik nak sampai pukul 12.00pm... Nampak tak kat sini bukan Amsyar je mengira waktu, umi pun sama.... huhuhuhu... umi memang terlebih 'gembeng'... Pukul 12.20pm, umi call 'Mak', nak tanya Amsyar dah sampai ke belum. Alhamdulillah Amsyar dah sampai. Umi pun dapat bergayut ngan anak umi. ... Seronok berbual dengan Amsyar. Amsyar cakap, " Umi, Amsyar nak mainan... Amsyar sekolah tak nan

Penyusuan Susu Ibu Untuk Anak Angkat

 Pagi ini saya nak kongsikan sedikit info penyusuan. Tadi saya mengoogle tentang Kalenjar Pituitari. Tapi terjumpa maklumat ini di SINI . Semoga perkongsian ini memberi manfaat & panduan buat ibu2 yang mempunyai niat untuk menyusukan anak angkat. Penyusuan anak angkat SAYA telah berkahwin selama 15 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Saya dan suami telah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara moden atau tradisional. Malangnya kami masih tidak berjaya. Kami juga mencuba rawatan secara persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali namun saya masih tidak hamil. Kami reda dan bercadang mengambil anak angkat. Mohon doktor membantu cara untuk mencetuskan penyusuan ibu bagi anak angkat tersebut. Bilakah cara yang patut dimulakan? Bagaimanakah hukum berkenaan bayi susuan ini? Artikah, Selangor JAWAPAN: Saya amat memahami keadaan puan dan suami. Saya tahu puan ialah seorang yang amat tabah. Insya-Allah saya amat yakin puan akan berjaya untuk me

Kini Kembali Setelah Lebih Setahun... Vitalea for Children

Alhamdulillah... Ada berita gembira buat ibu2 semua terutamanya ibu-ibu yang mementingkan kesihatan anak-anak. Vitalea for Children. MULTIVITAMIN terbaik untuk kanak - kanak KINI KEMBALI !!!!! Kandungan NUTRISI dalam Vitalea for Children  Bayangkan anak-anak kita perlu makan SEMUA MAKANAN INI SETIAP HARI untuk mendapatkan KHASIAT yang secukupnya untuk TUMBESARAN... Mampukah mereka untuk menelan kesemuanya..??? Umi mesti cuba ini untuk Amsyar..... Bulan ni promosi Buy 3 Free 1... Ummi tak nak lepaskan peluang ini....Nak beli untuk Amsyar. Credit Salam Sayang,  Ummi Wawa, Syazwani Mohd Noh Shaklee Independent Distributor ID Shaklee : 888841 Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903 Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Alhamdulillah ....

Hari ini 07.01.2015, setelah 4 hari cuti saya naik kerja... Salah satu yang saya agak risau bila cuti lama-lama ialah hasil perahan saya. Janglah drop sangat. Alhamdulillah.... Sessi pertama tadi hasil tidak mengecewakan. dapat 9 oz... Ok kejap lagi saya nak teruskan ke sesi kedua... Harap sangat hasil yang boleh mencukupkan bekalan untuk Ammar esok... Ok, nak g mengepam dulu.. Menyusukan itu Indah.. Salam Sayang,  Ummi Wawa.

3rd Day - Amsyar di Genius Qayyum

07.01.2015 - Hari ke-3.... Pagi ini agak mencabar sikit ceritanya. Amsyar menangis tak nak sekolah. Dari masa pakai baju, Amsyar dah cakap tak nak pakai uniform. Umi ingat cikgu ada pesan suruh pakai baju sukan.. Tapi seingat umi cikgu cakap Isnin-Rabu pakai uniform. Khamis & Jumaat pakai pakaian sukan. Umi pakaikan jugak Amsyar uniform. Tapi umi bawak dalam kereta baju sukan. Mana tahu memang cikgu ada pesan suruh pakai pakaian sukan. Sampai sekolah, Amsyar dah mula nangis. Cakap " Amsyar tak nak pakai baju sekolah" , "Amsyar nak pakai baju biasa", " Amsyar nak pergi umah Mak".... Aduhhhhh... cabaran lagi buat umi... Umi pujuk tak jalan. Amsyar mula nangis, cakap " Amsyar lapar", Amsyar nak muntah"...Amsyar mula cipta alasan... Akhirnya umi terpaksa dukong Amsyar  n bagi pada cikgu... Umi tinggalkan Amsyar dalam keadaan Amsyar menangis... Sedihnya umi rasa.... Umi menangis dalam kereta... Abah cakap, "umi kena keras ha

2nd Day - Amsyar di Genius Qayyum

06.01.2015 - 2nd day Amsyar bersekolah...  Pagi tu, umi & abah hantar Amsyar. Dari rumah Amsyar ok je.... Bila sampai sekolah, Amsyar mula tak nak. Pujuk2 pun tetap tak nak. Tapi die tak nangis. Puan Linda, owner Tadika Genius Qayyum bagi isyarat pada suami die suruh dukong je Amsyar. Alhamdulillah,Amsyar nak. Amsyar ni kalau dengan lelaki memang senang sikit. Alhamdulillah, lega hati umi... Hari ini hati umi lagi berdebar2... Sebab hari ini Amsyar akan balik naik kenderaan sekolah.  12.00 tghr - Umi dan Abah dah mula tunggu Amsyar depan rumah Mak Mas (baby sitter Amsyar). Nampak tak betapa tak sabarnya umi n abah nak tunggu Amsyar balik. Tunggu punya tunggu sampai pukul 1.00 tghhr, bayang Amsyar pun tak nampak. Hati ummi n Abah dah mula risau. Abah pun call sekolah. Cikgu bagitahu, first day naik van memang lambat sikit sebab cikgu baru nak arrangekan alamat. Umi risau Amsyar lapar.  Lebih kurang pukul 1.30 nampak ada Van Toyota Unser berhenti. Rupa2nya itu van ya

1st Day - Amsyar di Genius Qayyum

5.1.2015... Alhamdulillah... Muhammad Amsyar Hadi Bin Mahadi, Putera sulong ummi dan abah mula melangkah ke alam persekolahan.... Sebelum hantar Amsyar, umi yang agak nervous sebenarnya. Bermacam perasaan umi rasa, Takut, sedih, excited.. Perasaan bercampur baur. Normal kah perasaan ini kepada semua ibu2? Atau umi je yang mengada2...huhuhuhu.. Masa turun kereta, Amsyar pesan kat abah, " Abah, jangan tunggu Amsyar tau, Abah balik je"... WAHHH!!!! Amsyar excited... Lega sikit hati ummi. Sampai pagar sekolah, bila cikgu nak ambik Amsyar, lain pulak jadinya... Amsyar mula nak menangis. Cakap tak nak... " Amsyar nak Aniq"... So, umi pun masuk ke tadika, cari Aniq. Aniq keluar peluk Amsyar barulah Amsyar nak masuk.... First day ni cikgu memang pesan ambik awal. Pukul 10.30 dah boleh ambil. Kalau biasa sampai pukul 12.00. Masa ambil Amsyar tu, umi nampak muka Amsyar banyak menangis. Mata n hidung nampak merah. Saat itu hati ummi Allah je yang tahu... Sedihnya tengo

Pencil Roll

 Dah lama saya tengok Tutorial Pencil Roll ni... Memang berminat sangat nak buat. Tapi masa tu anak belum nak sekolah. Tahun ini, hero kecik saya Muhammad Amsyar Hadi akan mula sekolah. Bertambah kuatlah hati ini nak try buatkan Pencil Roll ini. (Mudah-mudahan Allah lapangkan sedikit waktu untuk saya).   Bila tengok Pencil Roll ini saya teringat masa zaman saya sekolah dulu, mak saya jahit sendiri pencil case saya. Memang cantik...nanti saya nak mintak mak buatkan lagi. Nak tunjuk dekat anak2...Saya punya impian nak pandai menjahit macam mak.... Bagi sesiapa yang tak pernah tengok Pencil Roll meh saya tunjukkan... Jeng...Jeng..Jeng... Ini dia!!!!  Ini antara contoh gambar Pencil Roll.... Ada tak ibu2 yang teruja macam saya bila tengok pencil roll ini? Jika ada ibu2 yang berminat nak buat sendiri untuk anak-anak boleh tengok di SINI. Agak2 dapat tak saya buat Pencil Roll ni ye? Kalu jadi saya akan update dalam blog ini...InsyaAllah... Salam sayang,  Um