December 31, 2014 0
Hai...Assalamualaikum... Kembali bersiaran. Minggu ni saya agak bz sikit. Biasalah akhir-akhir  bulan. Sampai deadline untuk submit Tax...
 
Hari ini saya kongsikan resepi. Sebenarnya saya google resepi ini atas permintaan Amsyar. Amsyar mintak saya buatkan Kuit Tiram... Dengarkan permintaan Amsyar buat ummi nak tergelak. Umi manalah pandai nak buat Kuih Tiram. Tapi hati seorang ibu, memang tak sampai hati dan tak tenang selagi hajat & permintaan anak tak dipenuhi. Saya google & dapatlah resepi ini. Ini saya copy & paste dari  SINI
 
 
KUIH TIRAM
recipe and photo by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)
sedikit garam
sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya
1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)
3/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:-
  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
  • Rehatkan sebentar.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
  • Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
  • Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
  • Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
  • Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
  • Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)

  • Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.

  • Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.

  • Angkat dan toskan dengan tisu masakan.

  • Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu. 
  •  
  • Nampak macam tak berapa nak susah... InsyaAllah hari cuti nanti ummi cuba buatkan untuk Amsyar.

    Tunggu entry saya tentang hasil KUIH TIRAM saya ye...
    December 26, 2014 0

    Syarat Ibu & Anak Susuan...

    Bagaimanakah syarat menjadikan anak susuan itu mahram dengan ibu susuannya?
     

    Rukun penyusuan dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:-

    1. Al-Murdhi' iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun.

    2. Ar-Radhi' iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari. Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun, maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan.

    3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut bayi yang disusukan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang" (Hadis riwayat Ahmad)

    Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. (Surah Al-Baqarah:233) 

    Credit


    Heppy Breastfeeding!!!! Menyusukan Itu Indah!!!!

    Salam Sayang,
    Ummi Wawa,

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my






    December 25, 2014 0

    Petua Bawang Putih Untuk Anak batuk


    Petua Bawang Putih Untuk Anak Batuk.

    Petua 1 :- Panggang / bakar bawang putih dengan kulitnya sehingga masak atau kulitnya hitam. Kemudian lenyekkan pada minyak bayi. Sapukan pada dada anak ketika batuk dan selsema.

    Petua 2:- Garlic Socks. Pakaikan stokin berlubang. Kemudian, ambil sehelai lagi stokin. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. (Tak perlu lumat). Untuk bayi boleh guna 1/2 ulas sahaja. Jika bayi nampak tidak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih. Sapukan pada tapak kaki bayi.

    *Bawang putih bertindak sebagai antibakteria &antivirus.


    P/s : kalau tak berapa nak rajin bakar or tumbuk bawang putih boleh guna #GarlicComplexShaklee .



    Syazwani Mohd Noh
    Hp : 0136859903
    December 24, 2014 0

    Jumlah SUSU Yang Diperlukan Bayi

    Assalamualaikum...

    Salam sayang untuk semua, khasnya buat ibu-ibu yang sedang atau bakal menyusukan bayi... Apa khabar? Hopefully sihat & masih & terus dengan semangat BF...

    Tahniah diucapkan buat ibu-ibu yang baru melahirkan permata hati. Selamat menempuh alam baru, selamat berpantang &selamat menyusukan bayi anda.... Hepy Breastfeeding.

    Post yang saya kali ini, saya nak kongsikan ini info yang sangat berguna untuk anda & sememangnya WAJIB untuk anda ketahui terutamanya bagi anda yang baru menempuh dunia 'breastfeeding' ini. 

    Bayi yang baru lahir, perutnya kecil &a antibodinya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dunia luar. Oleh itu, susui lah bayi anda dengan susu ibu tanpa air masak atau apa saja makanan tambahan lain KECUALI susu ibu sahaja sehingga usianya 6 bulan (Eksklusif breastfeeding).

    Ramai di kalangan ibu-ibu yang gusar & tidak yakin dengan kemampuan sendiri untuk meghasilkan susu yang mencukupi untuk anak yang bakal dilahirkan.Tetapi tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan hanya memerlukan 5.0 - 7.0 ml sahaja iaitu lebih sedikit daripada sudu kecil. Jumlah ini akan bertambah sedikit demi sedikit mengikut usia bayi. Jadi, manfaatkan sebaiknya waktu ini. Susu bayi sekerap mungkin. Waktu ini kita tidak perlu fikirkan untuk mengepam & mengumpul stok. Bayi hanya memerlukan beberapa titik sahaja untuk mengenyangkan perut yang bersaiz kecil.

    Sebab itulah di awal kelahiran, susu matang masih belum terhasil. Pada awal kelahiran cuma KOLOSTRUM yang terhasil. Sifat fizikal KOLOSTRUM ini adalah PEKAT, LIKAT, & SANGAT SEDIKIT. Walaupun sedikit tetapi KOLOSTRUM ini sangat penting untuk bayi kerana ianya mengandungi vitamin & mineral penting untuk perkembangan bayi. Ia juga mengandungi antibodi yang dapat membantu menghalang anak dari jangkitan penyakit, InsyaAllah...Selain itu, terdapat pelawas (julap) semulajadi yang tidak dapat dalam mana-mana susu lain, Ini dapat membantu bayi menyingkirkan meconium (najis awal) di hari-hari awal kelahiran.


    Normalnya payudara tidak mengeluarkan susu yang banyak pada hari-hari awal kelahiran kerana biasanya pada hari ketiga kelahiran barulah payudara membengkak dan susu mula banyak. Pada ketika ini, KOLOSTRUM mula diganti dengan "transitional milk" dan seterusnya susu matang. Tetapi syaratnya, anda perlulah kerap menyusukan bayi anda. Susukan bayi FOD (feeding on demand). Lebih kerap bayi disusukan, lebih kerap payudara dirangsang, akan lebih banyak susu dihasilkan.

    Ini gambarajah yang menunjukkan keperluan susu bagi bayi.



    Credit : http://zahirahzainal.blogspot.com/
               :https://ms-my.facebook.com/noorfazila.abdulrahman


    Hepy breastfeeding !!!!!!!!!!! Menyusukan itu indah !!!!!!!!!!!!

    Salam sayang,
    Ummi Wawa

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my
    December 24, 2014 0

    Teknik Mengepam

    Assalamualaikum..Hai semua... Hari ini ada lagi perkongsian untuk Mummy2 yang bakal menyusukan. Hari ini nak kongsikan pula tentang Teknik Mengepam.

    Selamat Membaca ye mummy2 sekalian...

    Teknik Mengepam @ Memerah :-

    1. Breastpump Elektrik. Sebenarya ada dua jenis pam elektrik. Single pump & Double pump. Terpulang pada ibu untuk beli yang mana satu ye. Ikut kemampuan & keperluan. Sekarang harga pam elektrik ini pun dah tak semahal dulu. Kalau dulu harga sekitar 600 - 1K. Sekarang untuk ' Double Pump' RM 400 pun dah ada. Saya beli EVE LOVE tahun 2013 RM 450 je....


    2. Breatpump Manual . Yang ni murah sikit berbanding elektrik. Pengalaman kakak saya, manual pump Avent sangatlah best.Lembut, tidak menyakitkan & hasilnya tidak mengecewakan.

    3. Tekink Marmet.-  Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu.Walaubagaimanapun teknik ini perlu dipelajari dengan betul baru dapat hasil yang diingini & tidak menyakitkan ibu.
    Happy pumping!!!!

    Salam sayang, 
    Ummi Wawa

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
    December 23, 2014 0

    Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak (Part 2)

    Seperti yang dijanjikan kita sambung entry " Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak" ke part 2... Kali ini saya nak berkongsi pulak persedian peralatan untuk menyusukan anak. Sememangnya saya akui persediaan peralatan tersangatlah penting dalam menjayakan penyusuan ini. Pengalaman saya sendiri, masa anak pertama, niat dah ada, ilmu ada sikit tapi peralatan tak lengkap. Akhirnya saya gagal. Alhamdulillah untuk anak kedua, semasa dalam kandungan saya dah plan beli peralatan menyusu. Perkara paling penting bagi saya adalah pump. Alhamdulillah hari pertama Ammar lahir, saya dah dapat 'Breast Pump' yang saya beli secara 'kutu'.

    Panjangnya saya membebel ye. Ok kita teruskan kepada misi yang utama....hihihihi...

    Persediaan Peralatan Untuk Menyusu.

    1. Buku - "Panduan Menyusu Bagi Ibu Bekerjaya' . Untuk panduan penyusuan, saya ada beli buku ini :-
    2. Botol susu untuk simpan susu. Yang ini saya tak beli. Kakak saya bagi yang dia dah tak guna.
    3. Plastik bag/ plastic linear untuk simpan susu. Ikut keselesaan &  kemampuan masing-masing. Macam saya ada jugak yang saya simpan dalam plastik aiskrim. Lagi murah & jimat space peti ais.
    4. Breast Pump - yang ini keperluan. Jika tidak mampu, boleh je guna "Teknik Marmet'. InyaAllah saya akan kongsikan teknik ini pada entry akan datang. Tapi bagi saya, pump ini sangat membantu saya dalam menjayakan perjuagan BF saya. Saya sekarang guna pump EVE LOVE.
    5. Cooler bag - Yang ini memang sangat penting untuk memastikan susu kekal sejuk & fresh hingga selamat sampai ke rumah.
    6. Warmer - untuk panaskan susu. Warmer ini suhu dia kekal 40 darjah. So, susu akan kekal suam je. Kalau tak mampu beli warmer, jangan sedih ye. Ada cara yang lain. Saya pun tak beli pun warmer ini. Akak saya pinjamkan. Warmer ini saya letak di rumah baby sitter je. Kalau di rumah, saya cuma rendamkan susu dalam air suam.
    7. Deep freezer - yang ini ikut kemampuan & keperluan. Saya tak beli pun....hihihi...

    Ok....sekian perkongsian untuk kali ini...InsyaAllah kita bertemu di entry akan datang...Banyak lagi perkongsian untuk ibu-ibu yang bakal menyusukan si manja....


    Salam Sayang, 
    Ummi Wawa,

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
    December 23, 2014 0

    Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak (Part 1)

    Untuk berjaya dalam penyusuan, ibu-ibu perlu membuat persediaan. Persediaan ini sememangnya sangat penting. Saya sendiri ada pengalaman. Semasa anak pertama, niat untuk menyusukan itu ada. Tetapi persediaan dari segi minda dan peralatan itu tidak cukup. Untuk anak yang kedua, saya memang persiapkan diri dengan mental & sediakan peralatan yang diperlukan untuk penyusuan.

    Ok, tak nak membebel panjang, jom kita baca apa persedian yang diperlukan untuk ibu-ibu yang bakal menyusukan bayi.

    Persediaan Dari Segi Minda & Mental :-

    1. Ilmu Breastfeeding - banyakkan membaca dan menggali ilmu BF ini seawal kita pregnant lagi.
    2. Set dalam minda bahawa SETIAP IBU YANG MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH MAMPU MENYUSUKAN ANAK.
    3. Bersiap sedia dengan apa juga cabaran & dugaan yang mendatang. Sebagai contoh :-

    -Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
                - Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
    - Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
    - Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
    - Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
    - 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
    - Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.


         4 .Tanamkan dalam hati keyakinan bahawa SUSU KITA CUKUP  UNTUK ANAK KITA.
         5. Tahu & faham bahawa SUSU IBU ADALAH  SUSU YANG TERBAIK & TIADA   
             TANDINGANNYA.

                Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.
     Ok, sekian untuk kali ini....Nanti kita sambung part 2 persediaan dari segi peralatan pulak ye...


     Happy breastfeeding... Good luck.


    Salam Sayang, 
    Ummi Wawa.

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

    December 22, 2014 0

    Power Pumping

    Pernah dengar Power Pumping? Bagi ibu yang menyusukan bayi, mesti tahu apa itu 'Power Pumping'. Untuk berjaya dalam penyusuan, ibu-ibu memang perlu ada ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu BF agar dapat mumudahkan perjalanan BF. Ok, hari ini saya akan kongsikan sedikit ilmu tentang 'Power Pumping'
    Apa itu Power Pumping?
    Power pumping adalah teknik mengepan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ianya melibatkan teknik mengepam dan setup mengepam yang biasa tetapi dengan cara yang lebih unuk. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat meingkatkan penghasilan susu ibu.

    Siapa yang perlukan Power Pumping?
    1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - untuk merangsang penghasilan susu
    2. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak setelah berhanti menyusukan
    3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk banyakkan susu semula - biasanya kekurangan susu adalah akibat perubahan hormon, period, kurang mengepam &etc
    Kaedahnya
    Untuk Single Pump / Hand expression - Pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian tukar ke sebelah kiri selama 10minit, tukar semula ke sebelah kanan selama 10 minit & setersunya sehinggan 1 jam
    Untuk Double Pump - Pam selama 20 minit, rehat 10 minit, sambung pam selama 10 minit, rehat 10 minit & seterusnya selama 1 jam.
    Power pumping ini disarankan sekali sehari, seeloknya waktu malam ke subuh. Ini kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ini.
    Berapa lama masa diambil untuk mendapatkan hasilnya?
    Power pumping perlukan sekurang-kurangnya satu minggu untuk mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki. Walaupun pada hari pertama hanya dapat setitik atau dua titik sahaja, jangan putus asa. Teruskan misi untuk mendapat hasil seperti yang di ingini. Yang penting disamping usaha, kita perlu berdoa & tawakal kepada Allah.InsyaAllah akan dipermudahkan.

    Tips umum mengepam
    • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
    • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
    • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
    • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam (ini yang biasa saya amalkan)
    • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
    • Pum setiap 2-4jam sekali.
    • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :) 
    • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)    

    Dan, setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah... apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...

    Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...

    Credit  

    Happy Pumping ....


    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
    December 22, 2014 0

    Set Penyusuan Shaklee.

    Anda IBU MENYUSU? Adakah anda mempunyai masalah susu cair, sering keletihan dan tidak bertenaga?

    Saya cadangkan anda Set Penyusuan Lengkap Shaklee ini untuk anda. Inilah yang telah diamalkan beratus pengguna Shaklee dan Alhamdulillah mereka sangat berpuas hati.




    Apakah kepentingan Vitamin-vitamin Shaklee dalam Set Penyusuan Ini :-

    a) Vitalea Iron Formula
    Dilengkapi dengan 12 Vitamin dan 7 galian dan zat besi.  Multivitamin Shaklee a.k.a Vitalea Iron Formula ini telah dilengkapi dengan Iron. Ada sesetengah Doktor menasihatkan agar si ibu yang menyusu perlu memastikan pengabilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas mengepam atau menyusukan bayi. Zat besi amat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun, Vitalea ini tidak disarankan diambil bersama minuman beasaskan susu keran ianya akan mengganggu penyerapan zat besi oleh badan.

    b) B-Complex
    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti-stress (penenang), membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga, dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa. Apabila kita tidak stress & sentiasa dalam mood yang baik, happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memrlukan B-Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

    Vitamin B juga mejadikan wajah ibu nampak lebih berseri &tidak kusam.

    c) Vitamin C
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C juga membantu meningkatkan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda & bayi demam perlu ditingkatkan pengambilan Vitamin C ke 2biji sehari. Bagi ibu yang mengalami 'nipple cracked', insyaAllah akan mudah sembuh. Selain itu, kulit muka juga akan lebih bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

    d) Alfalfa
    Merupakan supplement penting untuk 'Milk Booster'. Alfalfa turut membantu dalam memekatkan susu. Namun keberkesanannya berbeza bagi setiap ibu. Ada yang cukup dengan dos 2biji, ada yang perlu tambah sehingga 6-8 biji sehari untuk membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Alfalfa turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, Secara automatik kesan baik pada bayi. bayi susah kena kembung.

    e) Energiving Soy Protein (ESP)
    Ianya adalah protein dan protein sangat penting dalam pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar, dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak dan membantu kawal parasa kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbang kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu, ia juga dapat memberikan rasa kenyang .
    Bezanya ESP ini dengan soya yang lain adalah ESP ini daripada sumber soya Non-GMO, soya tidak dibasuh dengan menggunakan Alkohol. ESP juga diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah.

    credit 


    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    December 15, 2014 0

    Jalan-jalan tengok buaya

    Akhirnya dapar jugak saya jejakkan kaki ke Taman Buaya Terbesar Semenanjung Malaysia... Dah lama planning nak pergi. Dari masa Amsyar kecik2, sampai Amsyar dah dapat adik...barulah saya sampai ke Taman Buaya ini.

    Sabtu lepas, selepas balik kerja kami sekeluarga pergi jemputan kahwin adik 'Mak Mas' di Felda Air Tawar 1. Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke Taman Buaya.
    Selepas pergi majlis kahwin, kami mulakan perjalanan balik. My hubby nak ikut highway desaru. On the way nak masuk highway nampak signboard Taman Buaya Teluk Sengat. Terus je my hubby cakap,

    " Jom kita g Taman Buaya"... 

    Wah ini sudah bagus. Saya pun memang dah lama sangat teringin nak pergi. Amsyar lagilah...bukan main suka nak tengok buaya...

    Sampai je Taman Buaya nampak signboard ini :-






    Oooo taman buaya ini rupanya terbesar di Semenanjung Malaysia.... Ada lebih seribu ekor buaya.

    Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa. Kanak-kanak saya tak pasti. Sebab 3 tahun masih free.
    Saya , my hubby n amsyar sgt teruja tengok buaya kat sini. Besar sangat dan memang nampak terjaga buaya kat sini. Tak seperti di Taman Buaya Melaka.

    Jom layan gambar2....
















    Yang bestnya diorang wat demo bagi buaya makan ayam...tapi Amsyar takut. Tak dapatlah nak tengok lama2....
    Pengunjung2 yang nak bergambar dengan anak buaya pun boleh. Kena bayar RM2.Anak buaya ini berusia 3tahun. Sebaya Amsyar....hihihihi. My hubby je yang bergambar dengan anak buaya.















    Awal2 masuk adik Ammar tido. Dah separuh perjalan kitorang di Taman Buaya baru Ammar bangun. Ammar pun masih tak teruja lagi tengok buaya. Belum faham sangat lagi.
    InsyaAllah, abah janji lain kali adik Ammar dah besar sikit kita pergi lagi....


    December 13, 2014 0

    Kesan Kekurangan Vitamin C

    Hari ini saya nak kongsikan pula tentang Kesan Kekurangan Vitamin C.

    Semua orang tahu, Vitamin C amat penting untuk tubuh badan kita. Tapi bila ditanya kenapa Vitamin C penting, pasti ramai yang tidak tahu. Hari ini saya nak kongsi kesan kekurangan Vitamin C.

    Kesan Kekurangan Vitamin C
     
    •  Kulit kering
    • Masalah melawan penyakit /imun
    • Rambut bercabang
    • Mudah lebam
    • Bengkak &perubahan warna pada gusi
    • Pendarahan pada sendi yang akan menyebabkan sakit sendi yang teruk
    • Hidung berdarah
    • Kehilangan gigi
    • Keletihan & badan berasa lemah
    • Penyembuhan luka yang lambat

     Banyak kesannya disebabkan kekurangan Vitamin C. Dengan mengetahui kesan kekurangan, secara tidak langsung kita akan mengetahui kenapa pentingnya Vitamin C pada tubuh badan kita.


    December 10, 2014 0

    Kolesterol

    Last 2 week saya balik kampung, ipar duai saya bercerita tentang Kolesterol. Mereka bercerita ada kenalan yang kurus tetapi ada masalah kolesterol tinggi. Ada yang badan agak berisi, tapi tak de pulak masalah koleterol tinggi. Saya cuma menjadi pendengar je masa itu. Tup tup mereka ini tanya saya, "sebenarnya apa tu kolesterol? Kenapa orang kurus pun ada masalah kolesterol tinggi?
    Alamak!!!! saya tak berapa tahu nak jawab....saya pun jawab jelah apa yang saya tahu. Tapi saya pun dah tak ingat apa jawapan saya sebab memang hentam je pun time tu. So, balik je dari kg, saya pun gigihlah men'google' info tentang Kolesterol.

    Ini sedikit info yang saya dapat tentang Kolesterol.

    Apa Itu Kolesterol?
    •  Kolesterol adalah satu bahan lekit seakan lemak yang terdapat dalam di dalam darah dan di setiap sel dalam badan. Ianya penting untuk kesihatan kerana ianya diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tisu dan hormon tertentu. Bagaimanapun sekiranya paras kolesterol dalam darah tinggi, ianya mengundang kepada risiko penyakit jantung.
    Jenis Kolesterol
    1. Low Density Lipoprotein (LDL) - Lipoprotein Berketumpatan Rendah
    2. High Density Lipoprotein (HDL) - Lipoprotein Berketumpatan Tinggi
    3. Trigliserida
     Low Density Lipoprotein (LDL) - Lipoprotein Berketumpatan Rendah
    • Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol dalam arteri & kemungkinan meyebabkan penyakit jantung.
    • Lebih tinggi paras Kolesterol LDL, lebih tinggi risiko penyakit jantung
    • Itulah sebabnya Kolesterol LDL selalu dianggap "Kolesterol Jahat"
    High Density Lipoprotein (HDL ) - Lipoprotein Berketumpatan Tinggi
    • Kolesterol HDL dipanggil " Kolesterol Baik"kerana dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan dalam darah
    • Paras HDL yang tinggi seolah2 melindungi daripada penyakit jantung / kurangkan risiko penyakit jantung
    Trigliserida
    • Ialah satu lagi jenis lemak dalam darah. Seseorang yang mempunyai paras Trigliserida dalam darah yang tingi berkemungkinan juga mempuntai paras LDL yang tinggi dan HDL yang sangat rendah. 
    * Adalah penting untuk kita mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan risiko masalah Kolesterol Tinggi.
    December 09, 2014 0

    Manfaat Utama SR Vita-C 500mg

    Entry sebelum ini saya share tentang fungsi Vitamin C secara umum. Ini saya nak share pulak manfaat utama Vitamin C yang menjadi pilihan saya. Yang lain tak bukan Sustained Release Vita-C 500mg.

    Manfaat Utama SR Vita-C 500mg ;-
    • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
    • Memperbaiki Simptom Pendarahan  - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam, dan kulit kasar.
    • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel daran merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, athma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
    • Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
    • Mecantikkan Kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen, Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
    • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti resah.
    • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kalipari darh yang sihat, meghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan  dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral da skurvi.
    Tahukah Anda ?

     - Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.Seperti Arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C. Sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan Toksik.

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
    December 09, 2014 0

    Fungsi Vitamin C

    Assaalamualaikum...

    Sempena bulan promosi Sustained Releasa Vitamin C 500 mg, saya nak kongsikan tentang Fungsi Vitamin C.

    Fungsi Vitamin C
    •  Meningkatkan respon imun
    • Stress akan meningkatkan keperluan Vitamin C
    • Perokok dan mereka disekeliling perokok sangat memerlukan Vitamin C
    • Vitamin C membantu penyerapan Zat Besi (sangat bagus untuk yang mengalami Anemia)
    • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting untuk mencegah penyakit gusi.
    • Membantu memulihkan luka
    • Memerangi kimia toksik (Nitrat & Nitrit)


    Banyak lagi info tentang Vitamin C ini. Kalau inginkan kulit yang cantik, mulus, cerah, perlulah konsisten mengambil Vitamin C. Menurut pakar, untuk cantik kita memerlukan 3000mg Vitamin C sehari.

    InsyaAllah, entry akan datang saya akan kongsikan Testimonial SR Vita C  500mg yang meletupppp!!!!

    Stay tuned..

    Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
    December 03, 2014 0

    Promosi December 2014

    Alhamdulillah...saya masih lagi dapat update blog.

    Hari ini saya nak war-warkan Promosi Shaklee bulan December. Promosi yang sangat bestlah..Lagi-lagi untuk orang yang nak kulit cantik mulus...

    Bulan ni Shaklee buat promosi untuk dua produknya :-
    - Sustained Released Vita C 500mg
    - Vitamin E Complex


     
    Tapi yang bestnya bulan ni Shaklee tersangatlah baik hati. Ditawarkan 4promosi.
    1. Buy 6 free 1 SR Vita C 500mg
    2. Buy 2 SR Vita C 500mg Get 5%Discount
    3. Buy 6 Free 1 Vitamin E
    4. Buy 2 Vitamin E Get 5% Discount


    Jika berminat dan ada apa2 pertanyaan, jangan segan hubungi saya ye...

     Syazwani Mohd Noh
    Shaklee Independent Distributor
    ID Shaklee : 888841
    Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
    Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit