Skip to main content

Power Pumping

Pernah dengar Power Pumping? Bagi ibu yang menyusukan bayi, mesti tahu apa itu 'Power Pumping'. Untuk berjaya dalam penyusuan, ibu-ibu memang perlu ada ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu BF agar dapat mumudahkan perjalanan BF. Ok, hari ini saya akan kongsikan sedikit ilmu tentang 'Power Pumping'
Apa itu Power Pumping?
Power pumping adalah teknik mengepan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ianya melibatkan teknik mengepam dan setup mengepam yang biasa tetapi dengan cara yang lebih unuk. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat meingkatkan penghasilan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - untuk merangsang penghasilan susu
  2. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak setelah berhanti menyusukan
  3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk banyakkan susu semula - biasanya kekurangan susu adalah akibat perubahan hormon, period, kurang mengepam &etc
Kaedahnya
Untuk Single Pump / Hand expression - Pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian tukar ke sebelah kiri selama 10minit, tukar semula ke sebelah kanan selama 10 minit & setersunya sehinggan 1 jam
Untuk Double Pump - Pam selama 20 minit, rehat 10 minit, sambung pam selama 10 minit, rehat 10 minit & seterusnya selama 1 jam.
Power pumping ini disarankan sekali sehari, seeloknya waktu malam ke subuh. Ini kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ini.
Berapa lama masa diambil untuk mendapatkan hasilnya?
Power pumping perlukan sekurang-kurangnya satu minggu untuk mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki. Walaupun pada hari pertama hanya dapat setitik atau dua titik sahaja, jangan putus asa. Teruskan misi untuk mendapat hasil seperti yang di ingini. Yang penting disamping usaha, kita perlu berdoa & tawakal kepada Allah.InsyaAllah akan dipermudahkan.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam (ini yang biasa saya amalkan)
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali.
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :) 
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)    

Dan, setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah... apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...

Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...

Credit  

Happy Pumping ....


Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,