Skip to main content

Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak (Part 1)

Untuk berjaya dalam penyusuan, ibu-ibu perlu membuat persediaan. Persediaan ini sememangnya sangat penting. Saya sendiri ada pengalaman. Semasa anak pertama, niat untuk menyusukan itu ada. Tetapi persediaan dari segi minda dan peralatan itu tidak cukup. Untuk anak yang kedua, saya memang persiapkan diri dengan mental & sediakan peralatan yang diperlukan untuk penyusuan.

Ok, tak nak membebel panjang, jom kita baca apa persedian yang diperlukan untuk ibu-ibu yang bakal menyusukan bayi.

Persediaan Dari Segi Minda & Mental :-

  1. Ilmu Breastfeeding - banyakkan membaca dan menggali ilmu BF ini seawal kita pregnant lagi.
  2. Set dalam minda bahawa SETIAP IBU YANG MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH MAMPU MENYUSUKAN ANAK.
  3. Bersiap sedia dengan apa juga cabaran & dugaan yang mendatang. Sebagai contoh :-

-Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setitis pun bendasing lain SELAIN DARI SUSU IBU.
            - Cabaran dari rakan taulan yg datang melawat ketika berpantang.
- Cerita2 ngeri @ negatif tentang penyusuan yg bermasalah. Padahal senang, mudah N happy je..menyusukan anak ni sebenarnya.
- Kata2 atau ugutan dari ibu2 atau orang tua kita tentang perkara2 yg selama ni mereka buat, (tapi sebenarnya salah.) Manusia tu biasalah, sukar menerima perubahan. Dalam konteks ni, kita harus kuat dan positif.
- Suami yg tak support isteri breastfeed, bila isteri diuji dengan soalan & nasihat bertubi2 dari sedara2 dia, suami tak back up. Kita yg kena tabah.
- 3 hari pertama susu memang kurang, tapi kita perlu rangsangan dari baby, perlu kerap menyusu. Memang agak penat pada mulanya, tapi selepas itu, semua perkara akan menjadi semakin mudah.
- Over confident, yakin sangat susu banyak dan anggap menyusu itu mudah. Tu yg senang gagal di tengah jalan. Dlm hal begini, kita kena dengar pengalaman2 susah senang dan cabaran2 ibu yg lain, supaya kita lebih bersiap sedia sekiranya menghadapi masalah yg sama.


     4 .Tanamkan dalam hati keyakinan bahawa SUSU KITA CUKUP  UNTUK ANAK KITA.
     5. Tahu & faham bahawa SUSU IBU ADALAH  SUSU YANG TERBAIK & TIADA   
         TANDINGANNYA.

            Susu ibu dicipta memang khusus untuk anak kita, ciptaan yg sempurna dari Allah swt. Manusia masih tidak dapat meniru kualiti susu ibu yg mengandungi zat2 penting untuk tubuh dan otak bayi. Malah kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan usia bayi.
 Ok, sekian untuk kali ini....Nanti kita sambung part 2 persediaan dari segi peralatan pulak ye...


 Happy breastfeeding... Good luck.


Salam Sayang, 
Ummi Wawa.

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,