Skip to main content
Hai...Assalamualaikum... Kembali bersiaran. Minggu ni saya agak bz sikit. Biasalah akhir-akhir  bulan. Sampai deadline untuk submit Tax...
 
Hari ini saya kongsikan resepi. Sebenarnya saya google resepi ini atas permintaan Amsyar. Amsyar mintak saya buatkan Kuit Tiram... Dengarkan permintaan Amsyar buat ummi nak tergelak. Umi manalah pandai nak buat Kuih Tiram. Tapi hati seorang ibu, memang tak sampai hati dan tak tenang selagi hajat & permintaan anak tak dipenuhi. Saya google & dapatlah resepi ini. Ini saya copy & paste dari  SINI
 
 
KUIH TIRAM
recipe and photo by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)
sedikit garam
sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya
1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)
3/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:-
  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
  • Rehatkan sebentar.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
  • Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
  • Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
  • Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
  • Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
  • Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)

  • Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.

  • Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.

  • Angkat dan toskan dengan tisu masakan.

  • Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu. 
  •  
  • Nampak macam tak berapa nak susah... InsyaAllah hari cuti nanti ummi cuba buatkan untuk Amsyar.

    Tunggu entry saya tentang hasil KUIH TIRAM saya ye...

    Comments

    Popular posts from this blog

    Aktiviti Menyusun Kasut...

    Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka...

    Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

    Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

    Set Perisai

    Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...