Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak.
Maklumat daripada entry di sini.
Manfaat Aktivi Menyusun Kasut
InsyaAllah, saya nak cuba aktiviti ini untuk Amsyar...Nanti saya kongsi cerita berjaya atau tidak aktiviti menyusun kasut bersama Amsyar nanti.
Maklumat daripada entry di sini.
Manfaat Aktivi Menyusun Kasut
- Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun.
- Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir.
- Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada kaitan dengan koordinasi mata & tangan.
- Sabar - Walaupun aktiviti ini nampak senang, tetapi jika kasut banyak, ianya memerlukan kesabaran.
- Kerjasama - Jika aktiviti ini dilakukan oleh adik-beradik, maka mereka perlu berkerjasama. Selain itu, ianya juga perlu kerjasama dari semua ahli keluarga.
InsyaAllah, saya nak cuba aktiviti ini untuk Amsyar...Nanti saya kongsi cerita berjaya atau tidak aktiviti menyusun kasut bersama Amsyar nanti.
Comments
Post a Comment