August 18, 2017 0

Stok Balm Dah Sampai

Alhamdulillah.

Stok balm 30g dah sampai. Lega hati Umi ni bila stok ada dalam tangan. Tak risau bila customer nak.

Umi restok 25 botol kali ni. 10 dah di booked oleh Dropship Umi. Laju jugak dropship Umi yanh sorang ni.

Ok jom. Umi belanja gambar stok yang dah selamat Umi susun dalam drawer Ikea yang comel tu. Nampaknya kena beli rak besar sikit lah.

* Big Boss belanja Umi beli rak ye nanti.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent PuersKidsdom Johor

August 18, 2017 0

Buku Sampai Cucu Cicit

Umi hari ni busy balut buku.

Tips ini umi dapat dari seorang kakak yang umi kenal dari group Telegram Homeschooling.

Kalau beli / dapat buku, kena sampul dulu. Baru lah buku tu tahan lama. Boleh guna sampai anak cucu.

Terima Kasih Kak Lin Shahasuzlina Omar atas tipsnya.

InsyaAllah umi akan ingat sampai bila2.

* Sikit hari tu Umi malas nak balut buku. Akibatnya ada 2 keping buku Dr Bubbles kembang tertumpah air. Padan muka, malas lagi kan?.ok. Insaf terus.

Ok. Umi nak Asar dulu.

Jumpa lagi next post.

Salam Sayang,
Ummi Wawa,
Agent PuersKidsdom Johor

August 18, 2017 0

New Look

Alhamdulillah

Yeayyy . Blog dah cantik.

Suka sangat umi tau. Tq Sis Siti Awadah tolong makeover blog umi ni.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent PuersKidsdom Johor

August 10, 2017 0

Anak Dah Tak Liat Bangun Subuh

Alhamdulillah.

Syukur sangat. Gembira tak terkata. Gembira bila customer yang guna Calming Balm bagi feedback positif. Gembira sebab kita dapat bantu masalah orang lain.

Customer (nama dirahsiakan atas permintaan) cuba Calming Balm untuk anaknya yang berumur 6tahun. Anaknya mudah marah, tidur lambat, nak kejut bangun pagi pun susah.

Alhamdulillah, selepas 3hari guna Calming Balm, nampak perubahan kat anak die. Anaknya dah mudah bangun pagi solat Subuh di surau. Dah tak marah2.

* Si Adik, ibunya sapukan Deep Sleep yang umi bagi tester. Alhamdulillah, mudah tidur dan tak meragam.

Salam Sayang,
Ummi Wawa
Agent Puer's Kidsdom Johor