February 17, 2015 0

Majlis Tilawah Peladang

Ahad lepas my hubby masuk pertandingan tilawah.... Alhamdulillah walaupun cuma dapat saguhati, tapi abang dah buat yang terbaik. Yang paling best sebab dapat bawak anak2 ke majlis tersebut. Jadi anak2 boleh tengok sendiri abah diorang. Dan mudah-mudahan anak 2 nanti minat nak ikut jejak langkah abah diorang....

Lepas ni kene cari Guru yang.mengajar taranum n tajwid area Pasir Gudang. Jadi abah boleh belajar dengan lebih mendalam ilmu taranum....
February 17, 2015 0

Bloggeroid

Testing bloggeroid
February 12, 2015 0

ESP untuk Ibu Hamil

ESP - minum sehari sekali 

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 
Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. 
ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

 Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus





Salam sayang,
UmmiWawa

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor March15 / SID 888841
February 12, 2015 0

Ostematrix Untuk Ibu Hamil

OsteMatrix(calcium magnesium) - 2-4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan kalsium 1000mg-1300mg sehari. 

Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.
Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. 

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. 
Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

 Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 


Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu sendirinya akan menarik kalsium daripada tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Salam sayang,
UmmiWawa


Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor March15 / SID 888841

February 12, 2015 0

Testimonial Set Berpantang Shaklee

Hari ini saya nak kongsikan satu pengakuan benar oleh Puan Khadeejah Hasmad, yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee...

Sebenarnya saya sendiri pun mengalami pengalaman seperti Puan Khadeejah Hasmad. Alhamdulillah, memang sangat berbeza berpantang anak pertama dengan yang kedua. Jom kita saksikan pengakuan ikhlas dari Puan Khadeejah....

Saksikan di sini ye : http://vimeo.com/115733278


Salam sayang,
UmmiWawa

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor March15 / SID 888841
February 09, 2015 0

PES Mee Bandung

Tadi saya terbaca di FB tentang PES ASAM PEDAS. Tiba-tiba timbul idea nak cuba buat pes asam pedas sendiri & frozenkan. Bila 2 nak masak senaang je kan dah ada. Saya start lah mengoogle... Last2 yang terjumpa bukan PES ASAM PEDAS. Tapi PES MEE BANDUNG. Pun menarik untuk di cuba. Ini saya kongsikan resepi yang saya dapat dari SINI.

Bahan-bahan
(Untuk 8 orang makan)
2 paket mee kuning (dicelur)
1 mangkuk cili kering, rendam dengan air panas dan dikisar
1 labu bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Setengah mangkuk udang kering (ditumbuk halus, boleh juga dikisar)
Telur (bergantung kepada bilangan orang yang nak makan)
Udang (asing kulitnya dan rebus)
3 tangkai sawi (asingkan tangkai dan daunnya, tangkainya diketuk-ketuk)
3 keping tauhu (potong kecil)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (Kitty ganti dengan stok ikan bilis)

Cara membuatnya:
Untuk membuat pes mee bandung.
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum dimasukkan udang kering.
3. Masukkan air udang (kulit udang yang direbus tadi dikisar halus bersama airnya dan ditapis) Masak sehingga pekat di atas api sederhana dan menjadi seperti pes. (Pes mee bandung ini boleh disimpan dalam peti sejuk ataupun disejukbekukan).

Untuk membuat kuahnya
4. Sendukkan pes mee bandung secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk. Didihkan. (Kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing.)
5.  Masukkan batang sawi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan.
7. Akhir sekali masukkan udang dan daun sawi. Tutup api.
8. Bila menghidangkan letakkan telur tadi

InsyaAllah, ada kelapangan boleh mencuba resepi ini....

Salam Sayang, 
UmmiWawa
February 05, 2015 0

Masalah HB Low Di Kalangan Ibu Hamil

 
Masalah HB low adalah antara masalah yang biasa dihadapi oleh ibu hamil. Masalah Hb low ini sedikit sebanyak merisikokan ibu &juga bayi dalam kandungan. Sebab itulah kalau kita pergi checkup, nurse akan bising bila hb kita low. lagi-lagi bila 9 kebawah.
 
Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

         Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan


Sumber dari :  http://mcna-health.blogspot.com/2012/05/masalah-hemoglobin-rendah-hb-low-di.html


Salam sayang,
Ummi Wawa

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


February 04, 2015 0

Riang ria hujung minggu

Ini cerita hari Ahad lepas.

Bawak anak2 ke Bukit Layang2. Perancangan asal Amsyar nak main kat 'playground' Bukit Layang2. Tapi bila sampai sana orang memang ramai sangat. Amsyar ni kalau org terlalu ramai die jadi tak pandai nak main.

So saya pun pujuklah die ajak tengok org main layang2. Ok.. Die setuju.

Kitorang pun terus jalan ke padang tempat org main layang2. Pertengahan jalan nampak org jual giant bubble. Tanya Amsyar nak main belon tak? Malu2 Amsyar jawab nak... Hihihi..  Malu tapi mahu.

Amsyar memang suka main buih sabun....memang seronoklah die. Tengok bubble yg keluar besar2. Nama pun Giant Bubble. Itu ummi pilih saiz s. Klu L besar cammane lah gamaknya...

Dah puas main Giant Bubble, Amsyar nak main pulak layang2. Abah belikan Amsyar layang2 kecik je. Adik pulaj dapat kipas. Memang seronok main sebab angin memang kuat.

Amsyar n Ammar memang heppy sangat. Ammar menjerit2 keriangan....
Umi & abah cadang bawak korang selalu ke sini.

InsyaAllah tahun ini nak tengok Pesta Layang2 Antarabangsa. Sejak duduk Pasir Gudang tahun 2011, tak pernah pun tengok Pesta Layang2. InsyaAllah tahun ni nak tengok bawak Amsyar &Ammat. Mesti lagi teruja...

Jom layan gambar sat....

February 04, 2015 0

Promosi February 2015

February 01, 2015 0

Selamat Datang February

Alhamdulillah... Masih dikurniakan kesempatan mengharungi kehidupan Bulan January. Bulan January sudah melabuhkan tirainya. Bermakna sebulan sudah berlalu tahun 2015.

Kini February datang. Moga February menjanjikan sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan & bisnes Shaklee ku... Amin....