April 17, 2015 0

19 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Lama rasanya saya tak berkongsi tentang penyusuan susu ibu.

Hari ini saya nak kongsikan tentang 19 Perkara yang perlu tahu tentang penyusuan. Info ini saya ambil dari FB Mama Vitalicious. Semoga memberi manfaat kepada ibu2 semua...

  1. Penyusuan pertama seeloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untuk merangsang penghasilan dan pengeluaran susu
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara
  3.  Susu ibu mengandungi 87.5% air. Oleh itu, banyakkan minum air. Sekurang2nya 6-8 gelas sehari / 2-3 liter sehari
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan dihasilkan
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar. (saya ler tuuuu)
  6. Sepanjang tempoh penyusuan, bayi akan makan apa sahaja makanan yang dimakan oleh ibunya, Ibu harus mengawal pengambilan kafein, gula kerana ianya mudah meresap dalam tubuh.
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi.
  8. Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola & puting.
  9. Mencuci payudara dengan air suam adalah yang terbaik.
  10. Bagi yang mium susu ibu secara eksklusif, jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan penyakit.
  11. Vitamin A. B-Complex, C dan Asid Folik anatara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi.
  12. Susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula. Menyusukan bayi dengan susu ibu akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat.
  13. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  14. Hormon oxytoxin yang terkandung di dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim.
  15. 80% sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrifaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus, & virus.
  16. Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak.
  17. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur kanak-kanak.
  18. Payudara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa.
  19. Ibu menyusu tidak boleh mengambil ubatan tanpa nasihat doktor.

"Menyusukan Itu Indah"

Salam Sayang,
UmmiWawa

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor Shaklee April 15

April 16, 2015 0

Slim bersama Shaklee

Kekal Langsing, Sihat & Bertenaga

1. Lecithin - Pengemulsi Semulajadi bertindak sebagai pemecah & pembakar lemak

2. Herblax - Detok, membantu meningkatkan proses pencernaan, membuang lemak & toksin di dalam badan.

3. Cinch Shake - Sumber protein berkhasiat membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan rasa kenyang.

Dalam keghairahan nak langsing, pasti kita mengamalkan cara diet yang sihat yang tidak mendatangkan kemudaratan pada diri. Juga pastikan pengambilan produk yang betuk dan selamat

Salam Sayang,
UmmiWawa,

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor April15

April 12, 2015 0

Kandungan Lecithin

Mengandungi sumber semulajadi daripada soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg Kolina dan 48 mg Inositol. Lecithin yang di rembeskan oleh tubuh akan hasilkan inositol, fosforus, & lemak tak tepu.

Salam Sayang,
UmmiWawa,

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor April15

April 12, 2015 0

LECITHIN Si Pengemulsi Semulajadi

Ini antara produk promosi bulan ini.

Lecithin.

Rasanya saya belum pernah berkongsi tentang lecithin. Ok, kali ini saya nak kongsikan secara ringkas dulu fungsi/manfaat utama Lecithin.

FUNGSI LECITHIN

- Lecithin adalah pengalemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah, seterusnya mengapungkan, & mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Ini baru fungsinya secara ringkas. InsyaAllah entry akan datang saya kongsi dengan lebih mendalam lagi.

Salam Sayang,
UmmiWawa,

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor April15

April 07, 2015 0

Sultan Muhammad Al Fateh

Alhamdulillah... Akhirnya dapat juga saya beli buku ini.

Memang seronok baca sejarah pejuang Islam dulu2.

Semangat mereka untuk syahid memang tinggi. Memang bersemangat. Mereka juga sangat beriman kepada Allah S.WT.

Saya belum habis baca lagi. Tinggal sikit je lagi. Nanti saya kongsikan ye sejarah ringkas Sultan Muhammad AlFateh.

Salam Sayang,
UmmiWawa

April 07, 2015 0

Tanda Kekurangan Kalsium



1    TANDA KEKURANGAN KALSIUM

OTOT SARAF
-          Kebas & kesemutan 
-          Kejang otot 
-          Wheezing (pernafasan berdehit) 
-          Susah menelan

SARAF
-          Mudah marah, kemurungan 
-          Letih 
-          Sawan
-         
Lain –lain pergerakan tidak terkawal




JANTUNG 
-          Sesak nafas 
-          Tanda – tanda lemah jantung / cepat penat

LAIN-LAIN
-          Rambut kasar 
-          Kuku rapuh 
-          Kulit kering



Salam Sayang,
UmmiWawa

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor Apri15 / SID 888841
April 07, 2015 0

Fungsi Kalsium



1  FUNGSI KALSIUM

a)      Untuk pembentukan gigi & tulang yang kuat

b)   Kesuburan (kajian para ilmuan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah & menembusi dinding telur, kemudian baru pembentukan janin)

c)       Membantu fungsi otot & Jaringan Saraf

d)      Kalsium memastikan Otot dapat meregang & mengecut (orang yang merasa kebas & kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang & berkontraksi. Ia berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot & saraf(proses neurotransmitter).Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketidaan kalsium menyebabkan arahan tidak sampai kepada penerima (otot & saraf).

e)  Kalsium bertindak sebagai alarm kepada system imun – (kedatangan virus akan dimusnahkan oleh system imun. Sebelum system imun bertindak, ion kalsium yang akan bawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus & kuman.kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.)

f)   Melancarkan Sistem Jantung – (Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium)



Salam Sayang, 

Ummi Wawa,

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor April '15
April 03, 2015 0

Rezeki

Kita selalu dengar orang cakap "kalau dah rezeki tu tak ke mana", dah memang rezeki die".....

Hari ni saya nak kongsikan cerita tentang rezeki. Hari rabu baru ni (kelmarin), saya, husband & anak keluar. Planning nya nak ke Maidin belanja barang dapur sebab hubby dh gaji.

Sebelum ke Maidin kitorang planning makan dulu. Amsyar nak makan roti canai. Fikir2 nak makan kat mane ek roti canai. Akhirnya decide makan dekat restoran depan taman je. ( mawar 46). Senang lepas makan terus pergi Maidin.

Nak dijadikan cerita, sampai je kat kedai, enjin kete dh siap mati dah.

Tiba-tiba.......

"uwwwekkkkk, uwwwekkk,uwwweekkkk"

Ammar muntah.... Habis semua baju die. Kalau baju Ammar je tak pe sebab saya kalau keluar memang sentiasa bawak baju spare untuk anak2. Ini dengan baju saya, tudung, seluar semua mandi muntah.

Nak tak nak kenalah balik rumah semula untuk salin baju. Saya & husband dah risau ni bila Ammar start muntah,sebab Ammar tengah cirit birit. Takut melarat. So, kami bincang & decide bawak Ammar pergi klinik.

Pergilah kami ke Klinik. Lepas g klinik plan makan jelah roti caanai kat kedai mamak Taman Bukit Dahlia. Selesai checkup dalam lebih kurang 9 lebih. Terus kami ke kedai mamak nak makan roti canai. Yang bestnya sampai, tak de parking. So tak dapatlah nak makan roti canai kat kedai mamak tu. (Bukan rezeki mamak tu).

Saya cakap kat husband saya kita makan jelaj dekat Restoran dekat Mawar 46 tadi. Kita nak pergi Maidin pun macam dah tak sempat. Husband saya dengan confidentnya cakap, "eh sempat lagi"... Kita makan dekat area dekat Maidin. (masih bukan rezeki restoran mawar 46).

Saya ikutkan je. Sampailah kitorang semua di restoran dekat area Maidin ( tak ingat restoran ape) . yang ingat retoran mamak le.....

Tengah2 makan saya tengok jam dah nak dekat pukul 10. Itu belum habis makan. Siap makan mau 10 lebih. Memang tak sempatlah nak ke Maidin.

Makanya planning semua dah ke laut.... Hihihihi.... Nampak tak yang sebenarnya duit kami ini nak jadi rezeki restoran yang dekat Maidin. Tapi nak sampai ke situ banyak cabangnya.

#moral of the story :-
1. Kalau dah tertulis memang itu rezeki kita, ia mesti akan datang kepada kita. Mungkin lambat atau cepat. Tapi tak bermakna kena duduk goyang kaki tunggu rezeki datang...

2. Kita cuma merancang tapi Allah yang tentukan.

Wahhhh !!!! Panjang betul cerita. Macam lepas geram je sebab sebab dah lama bersawang blog ni....

Ok.. Bye...

Salam Sayang,
Ummiwawa

Syazwani Mohd Noh
0136859903

April 01, 2015 0

Promosi April 2015

Saya dengan ini mengumumkan Promosi Shaklee April 2015 :-

Buy 6 free 1 & Buy 2 get 5% Discount
- GLA Complex
- Lecithin

Buy 3 Free 1
- Vitalea For Children
- Cinch Shake - Caffe Latte
- Cinch Shake - Chocolate
- DTX Comolex

Place your order now!!!

Syazwani Mohd Noh
0136859903
Supervisor April15