Skip to main content

Rezeki

Kita selalu dengar orang cakap "kalau dah rezeki tu tak ke mana", dah memang rezeki die".....

Hari ni saya nak kongsikan cerita tentang rezeki. Hari rabu baru ni (kelmarin), saya, husband & anak keluar. Planning nya nak ke Maidin belanja barang dapur sebab hubby dh gaji.

Sebelum ke Maidin kitorang planning makan dulu. Amsyar nak makan roti canai. Fikir2 nak makan kat mane ek roti canai. Akhirnya decide makan dekat restoran depan taman je. ( mawar 46). Senang lepas makan terus pergi Maidin.

Nak dijadikan cerita, sampai je kat kedai, enjin kete dh siap mati dah.

Tiba-tiba.......

"uwwwekkkkk, uwwwekkk,uwwweekkkk"

Ammar muntah.... Habis semua baju die. Kalau baju Ammar je tak pe sebab saya kalau keluar memang sentiasa bawak baju spare untuk anak2. Ini dengan baju saya, tudung, seluar semua mandi muntah.

Nak tak nak kenalah balik rumah semula untuk salin baju. Saya & husband dah risau ni bila Ammar start muntah,sebab Ammar tengah cirit birit. Takut melarat. So, kami bincang & decide bawak Ammar pergi klinik.

Pergilah kami ke Klinik. Lepas g klinik plan makan jelah roti caanai kat kedai mamak Taman Bukit Dahlia. Selesai checkup dalam lebih kurang 9 lebih. Terus kami ke kedai mamak nak makan roti canai. Yang bestnya sampai, tak de parking. So tak dapatlah nak makan roti canai kat kedai mamak tu. (Bukan rezeki mamak tu).

Saya cakap kat husband saya kita makan jelaj dekat Restoran dekat Mawar 46 tadi. Kita nak pergi Maidin pun macam dah tak sempat. Husband saya dengan confidentnya cakap, "eh sempat lagi"... Kita makan dekat area dekat Maidin. (masih bukan rezeki restoran mawar 46).

Saya ikutkan je. Sampailah kitorang semua di restoran dekat area Maidin ( tak ingat restoran ape) . yang ingat retoran mamak le.....

Tengah2 makan saya tengok jam dah nak dekat pukul 10. Itu belum habis makan. Siap makan mau 10 lebih. Memang tak sempatlah nak ke Maidin.

Makanya planning semua dah ke laut.... Hihihihi.... Nampak tak yang sebenarnya duit kami ini nak jadi rezeki restoran yang dekat Maidin. Tapi nak sampai ke situ banyak cabangnya.

#moral of the story :-
1. Kalau dah tertulis memang itu rezeki kita, ia mesti akan datang kepada kita. Mungkin lambat atau cepat. Tapi tak bermakna kena duduk goyang kaki tunggu rezeki datang...

2. Kita cuma merancang tapi Allah yang tentukan.

Wahhhh !!!! Panjang betul cerita. Macam lepas geram je sebab sebab dah lama bersawang blog ni....

Ok.. Bye...

Salam Sayang,
Ummiwawa

Syazwani Mohd Noh
0136859903

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,