Hadiah Hari Ibu

Bahang sambutan Hari Ibu masih terasa.
Sana sini di FB penuhnya cerita tentang sambutan Hari Ibu, hadiah Hari Ibu.

Umi pun rasa nak share jugak lah.

Hari Ibu hari tu, umi dapat hadiah dari Abang Amsyar.

Besar dah anak umi. Dah boleh buat hadiah untuk umi.

Inilah hadiah dari Abang Amsyar

Tahun pertama Umi sambut Hari Ibu, 08.05.2011.

Specialnya hari tu sebab itu hari pertama umi bergelar ibu. Hari lahir permata hati umi yang pertama. Muhammad Amsyar Hadi.

Alhamdulillah, sekarang umi adalah ibu kepada Muhammad Amsyar Hadi dan Muhammad Ammar Hadi.

Doakan umi jadi ibu yang terbaik untuk anak2 umi, ibu yang penuh kasih sayang, kurang sifat amarah, lebih penyabar. Moga umi dapat didik anak2 umi menjadi anak soleh yang baik akhlaknya, menjadi anak3 pencinta Islam, pencinta AlQuran.

Amin...

Eh!!
Post umi ni pasal Hari Ibu tapi di tarikh Hari Guru 16.05.2017. So, umi nak ucapkan jugaklah 'Selamat Hari Guru' untuk semua guru2 semua.

Ibu2 kita juga adalah guru. Guru pertama anak2 kita.

Love
Ummi Wawa

Post Pertama 2017

Uwaaaaa

Penuhnya sawang blog nie.

Lama sangat dah dibiar blog ni menyepi.

Mampukah ku menulis lagi?

Menulis ni perlu dilatih. Makin kerap menulis, makin banyak ideanya. Tapi pastikan apa yang ditulis yang baik2 saja ye.

Moga tulisan kita, percakapan kita, akhlak kita, tingkah laku kita menjadi asbab hidayah buat seluruh Ummat.

Salam Sayang,
UmmiWawa