Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Lamanya Tak Menulis

Post yang lepas, saya kononnya berjanji nak bersihkan sawang2 di blog ini. Namun janji hanya tinggal janji. Huhuhuhu... Sebenarnya banyak sangat perkara / cerita yang nak saya kongsikan. Lagi-lagi cerita tentang perkembangan anak2 saya, tentang aktivitinya. Tapi tak tahulah kenapa tangan ini susah sangat nak menulis. Mungkinkah sudah hilangnya deria rasa??? Sudah hilangkah bakat menulis yang tak berapa nak ada. Sepertinya saya mahu terus menulis supaya bila anak2 besar, mereka dapat baca tulisan saya. Bila saya tiada nanti moga tulisan-tulisan saya mampu membuat mereka tersenyum dan mampu mengubat rindu mereka. Moga Allah permudahkan niat saya ini. Moga sentiasa diberi kesempatan, diberi ilham untuk terus, terus dan terus menulis. Salam Sayang,  Ummi Wawa.