Skip to main content

Pengalaman BF - EMOSI & BF

Assalamualaikum....

Kembali bersiaran...

Alhamdulillah, hari ini genap 9bulan 8hari usia hero saya yang kedua Muhammad Ammar Hadi bin Mahadi. Ini bermakna genap jugak 9 bulan 8 hari perjalanan BF saya. Alhamdulillah sehingga usia ini Ammar masih fully BF. Lagi 2bulan 22 hari untuk saya capai target jangka pendek saya (1tahun) & lagi 14 bulan 22 hari untuk capai target jangka panjang (2tahun). InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan perjuangan saya.

Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman BF saya ini. Saya kongsi sedikit tentang EMOSI & BF. Sepanjang 9 bulan ++ ni, saya akui 'Emosi' sangat mempengaruhi pengeluaran susu saya. Saya langsung tak boleh rasa stress, rasa down, rasa sedih, rasa marah...Semua itu SANGAT2 menggangu production susu saya. SANGAT2 mempengaruhi.....

Setiap kali saya stress memang susu tak kan keluar walaupun breast rasa membengkak. Bila saya mula risaukan stok susu, pengeluaran susu saya jugak akan terganggu, Jadi apa yang saya buat sekarang, saya hepy kan diri, enjoy setiap kali pump, jangan dok asyik sibuk tengok hasil susu bila mengepam.... Pump je susu dengan perasaan hepy & enjoy.& sambil2 tu zikir....Bila habis pumping session...WOW!!! hasilnya sangat tidak menghampakan...Alhamdulillah...So, ibu2 semua PLEASE JANGAN STRESS, JANGAN SEDIH, JANGAN MARAH2...PLEASE JAGA EMOSI....

Ni saya kongsikan faktor KENAPA SUSU KURANG :-

1. Kurang menyusu / Tidak menyusukan selepas kelahiran
2. Kekeliruan puting atau hisapan tidak betul
3. Emosi Ibu Kurang Stabil
4. Bayi beralih bulan (growth sput)
5. Kurang menyusu waktu malam
6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)
7. Ibu period
8. Pengambilan ubat/kafein/ais

Credit

Ini secara ringkas je...InsyaAllah entry akan datang saya terangkan semua faktor2 yang kat atas tu ye....


Kalau ibu2 ada nak bertanya tentang BF, boleh je kita sembang2...Saya tak lah arif tapi bolehlah berkongsi sedikit ilmu & pengalaman saya...

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my
 




Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,