Skip to main content

Sharing Is Caring

Alhamdulillah, semalam saya rasa hepy sangat sebab saya dapat membantu seorang ibu yang sedang berjuang menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kawan saya elin mengadu yang susu die drop sangat. Die rasa sangat sedih.... Biasalah memang ibu yang mengalami susu drop ni akan sedih bila tengok hasil perahan tak seperti biasa. 

Sebagai sahabat yang sama2 memperjuangkan susu ibu ni, saya cepat2 cakap kat die " Elin, jangan sedih. nanti ganggu emosi".... Saya tanya die, die rasa kenapa susu die drop? adakah die nak period? Die cakap die baru lepas period... Saya tanya lagi, adakah emosi die tak stabil? Sebab pada saya emosi sangat memberi kesan. Die cakap tak. Emosi die ok je.... Saya cakap lagi, "kadang kita tak rasa pun kita ada gangguan emosi, tapi kalau ada sikit pun rasa risau, mesti akan effect susu kita"... Akhirnya dia cakap, "Mungkin die ada risau sikit".... Dan saya rasalah mungkin itu yang menyebabkan susu drop.

Saya cuma boleh nasihatkan die, jangan sedih bila susu drop. Saya bila susu drop, suami saya selalu cakap macam ni:- " Wa jangan risau, susu wa cukup untuk keperluan Ammar". Alhamdulillah, saya akan bersemangat semula. So, saya ingatkan elin bahawa Allah beri rezeki susu mengikut keperluan bayi kita. InsyaAllah akan cukup untuk Anas. 

Kita sebagai ibu, kena yakin susu kita cukup untuk keperluan anak kita. Kena selalu hepy...Enjoy BF...

Sangat hepy bila Elin terus rasa bersemangat balik... Alhamdulillah...Walaupun hanya dapat membantu memberi pandangan, tapi saya sangat hepyyyyy...

"Menyusukan Itu Indah"

Salam Sayang, 
UmmiWawa.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,