Skip to main content

4th Day - Amsyar di Genius Qayyum

08.01.2015 - Hari Ke-4.....

Alhamdulillah hari ini hari ke-4 Amsyar bersekolah... Hari ini nampaknya keadaan Amsyar lebih baik dari semalam. Amsyar tak menangis, tapi ada cebikan (ayat apakah ini, umi? di wajahnya.... Semestinya keadaan itu buat ummi rasa sangat teremosi. Walaupun umi cuba tahan, tapi umi kalah...dalam kereta air mata umi tumpah jugak.... Tapi cepat2 umi sedar... Tanamkan dalam hati, Umi & Abah hantar Amsyar sekolah sebab umi & abah nak tunaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan untuk umi abah . Berikan pendidikan terbaik buat Amsyar.

Setiap jam umi kira detik nak sampai pukul 12.00pm... Nampak tak kat sini bukan Amsyar je mengira waktu, umi pun sama.... huhuhuhu... umi memang terlebih 'gembeng'...

Pukul 12.20pm, umi call 'Mak', nak tanya Amsyar dah sampai ke belum. Alhamdulillah Amsyar dah sampai. Umi pun dapat bergayut ngan anak umi. ... Seronok berbual dengan Amsyar. Amsyar cakap, " Umi, Amsyar nak mainan... Amsyar sekolah tak nangis"......Minggu ini memang minggu menjaga hati Amsyar...hihihihi...

Ok, selesai hari ke-4... Tunggu hari esok... InsyaAllah semakin hari semakin baik....


Salam Sayang,
Ummi Wawa

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka...

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...