Skip to main content

BF & Sokongan...

Hari ini saya nak cerita lagi pengalaman BF saya.

Ini semua daripada pengalaman saya sendiri tau. jadi mungkin apa yang saya rasa & yang saya lalui tak sama dengan orang lain.

Sepanjang 9 bulan perjalanan BF Muhammad Ammar Hadi, saya berpendapat bahawa sokongan & kerjasama daripada orang keliling yang rapat dengan kita sangat2 penting. Paling penting kerjasama daripada yang menerima susu itu sendiri...Siapa lagi kalau bukan si hero kecik saya, Ammar. Teknik hisapan yang betul daripada baby, membantu ibu. Sebab jika salah teknik hisapan, ibu akan rasa sakit, akan menyebabkan 'nipple cracked'. Situasi ini sedikit sebanyak akan membuat ibu2 rasa down, rasa BF menyakitkan &akhirnya boleh membuatkan ibu2 putus asa..NO...NO...NO.... sepatutnya ibu2 kena kuat, jangan putus asa. Teruskan BF. Ajar bayi hisap dengan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berakhir kesakitan itu, dan akan timbul kebahagian bila melihat anak2 minum susu kita sendiri.

Alhamdulillah, sepanjang 9 bulan ini, saya tak pernah mengalami 'nipple cracked' & tak pernah alami bengkak susu. Ammar baby yang bijak menyusu..hihihi.

Sokongan daripada orang paling rapat jugak penting. Terutamanya hubby kita...Alhamdulillah saya memang mendapat sokongan 200% daripada MY SUPER HERO. Setiap kali saya down, pasti dia akan naikkan kembali semangat saya. Setiap kali susu drop, dia akan pasti buat emosi saya kembali ceria sebab emosi sangat mempengaruhi production susu saya. Sepanjang BF ni setiap hari saya balik rumah, my hubby yang akan keluarkan EBM & simpan EBM dalam peti ais. jadi dia akan tengok sendiri hasil EBM saya hari tu. Kalau banyak die akan cakap, " Ummi, Congratulatiom... Mula dulu terkejut jugak, rupanya ucapan itu sebab berjaya bawak balik EBM banyak...hihihihi... Itu cerita balik kerja, kalau nak pergi kerja,setiap pagi my hubby yang akan masukkan air mineral dalam botol untuk saya bawak bekal...Macam terbalik pulak kan? Patut saya yang sediakan air untuk die....Tapi, itulah hebatnya Hubby saya...Alhamdulillah, Allah temukan pelengkap hidup saya, Mahadi Mohmad....

Sekian, cerita untuk kali ini....Semoga Allah permudahkan perjalanan BF saya...


Shaklee Ind. Distr
Shaklee ID : 888841
HP : 0136859903

Comments

  1. Fai dulu pun hampir2 nak bagi Adam FM sebab die dah mula menggigit sampai berdarah nipple.. Fai sgt setuju dgn akak, sokongan org terdekat memang penting dlm menjayakan penyusuan ni...

    ReplyDelete
  2. Yup fai, 3minggu lepas akak pun hampir nak bagi FM...Stock susu akak dah habis. Masa g company trip, akak memang langsung tak pump. Balik dari company trip susu untuk bekal Ammar ke umah pengasuh memang tak cukup. Akak g keje, tengahhari mintak abang adie datang ambik susu hantar kat umah pengasuh. Balik keje pengasuh cakap ammar mengamuk sangat2..Die cakap ammar mungkin tak cukup susu.... Dah ada cadangan nak akak campur susu...Akak menangis sepanjang minggu tu. Sebab akak yakin susu akan cukup untuk Ammar. Akak usahakan bg lebih susu. Sehari 24oz. & dalam masa yang sama akak bawak ammar berubat dengan teknologi colour vibration. Alhamdulillah Ammar dah ok...n sebenarnya dia tak minum sampai 24oz pun..18 oz je...

    ReplyDelete
  3. Kalau tak de sokongan dari Abang Adie mungkin akak dah give up...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,