Skip to main content

Rendang Emak Kesukaan Saya

Hari ini saya nak kongsi resepi Rendang Ayam Emak saya a.k.a RENDANG TOKMI (nama resepi dari anak buah saya).

Saya rasa rendang emak saya adalah rendang yang sangat sedap dan paling special...Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap didunia.

Teringat lagi masa first time saya nak masakkan rendang resepi mak saya ni untuk suami saya. Mula2 bagitau dia macam reject. Sebab saya inform awal2 dengan die. Rendang mak saya ni tak guna rempah (ketumbar, jintan). Rendang mak saya simple je. Tapi pada saya sangatlah sedap.

Bila suami macam reject saya nak masak rendang mak saya tu, saya cakap kat die, " Abang bagi wa masak dulu, & abang rasa dulu. Kalau tak suka wa belajar rendang yang berempah." Ok, husband setuju. Saya pun masak lah.....Dan nak tahu apa yang die cakap? " Wa, sedap sangat rendang ni".....
(ha tulah belum rasa belum tahu)...hihihihi... Bermula saat itu, memang rendang antara menu yang husband sangat suka request. Nak tahu lagi satu cerita? kawan2 ofis saya pun suka sangat rendang resepi mak saya ni. Siap minta resepi. Kawan2 ofis saya tu bukan berbangsa melayu ye...Berbangsa cina..Kawan cina suka makan rendang? Memang sesuatu yang mengujakan...

Ok, lah panjang benar ceritanya ye... Ini saya share kan resepinya..Tapi gambar tak de ye...

RESEPI TOK MI

Bahan2
 - Cili padi *
 - Cili Kering *
 - Halia *
 - Lengkuas *
 - Kunyit *
 - Bawang besar *
 - Bawang putih *
 - Santan
 - Ayam / Daging
 - Kerisik
 - Serai
 - Asam Keping
 - Gula
 - Garam &Serbuk perasa

Cara -Cara
 - Blend sehingga lumat barang yang bertanda *. Masukkan bahan yang diblender kedalam kuali yang berisi ayam/daging. Hidupkan api.Masakkan sehingga air daging / ayam kering sedikit...
 - Masukkan santan. Biarkan santan masak, sambil itu perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa. 
 - Masukkan serai yang dititik & asam keping
 - Teruskan memasak sehingga kering sikit. Kemudian masukkan kerisik.
 - Apabila agak kering boleh tutup api...&Siap untuk dimakan...

Sorrylah ye, resepi ini tak de sukatan yang betul sebab saya masak pun agak2....

Ok selamat mencuba...

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka...

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...