Skip to main content

Athma / Asma

 Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur.10-14%kanak-kanak mengidap asma. Kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak. 

Mari kita ketahui serba sedikit dahulu mengenai asma....

Apa itu Asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, dimana salur pernafsan menjadi : 
  • Merah
  • Bengkak
  • Menghasilkan lendir berlebihan
  • Mudah terangsang (hypersensitive)
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.

Faktor Asma

Terdapat banyak faktor penyebab asma. Ada faktor yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada juga diantaranya bergantung kepada individu. Antara faktornya adalah :-
  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan
  • Merokok
  • Perubahan cuaca
  • Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat &binatang peliharaan
  • Senaman
  • Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat &sebagainya
  • Makanan dan perasa tambahan makanan
  • Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit
  • Emosi
  • Gastro-oesophageal (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas)
Gejala Asma

Gejala utama asma adalah :
  • Batuk
  • Batuk di waktu malam (waktu tidur)
  • Rasa ketat di dada (nafas berbunyi-wheezing)
  • Susah bernafas
Tanda - tanda Asma
  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas daripada serangan athma
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami :
  • Nafas berbunyi (Audible wheeze)
  • Susah menghembus nafas (breath out)
  • Nafas Laju
  • Denyutan jantung cepat
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
  • Kelihatan gelisah
  • Letih lesu
  • Bimbang
  • Kulit berpeluh dan sejuk
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding bacaan peak flow terbaik individu.
Sasaran Rawatan
  • Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma
  • Mengelak serangan asma
  • Mempunyai kualiti hidup yang lebih baik
  • Berupaya menyertai acara sukan
  • Menghalang kemusnahan tisu paru-paru
  • Mengelakkan kematian

Ini serba sedikit pengenalan tentang asma, punca & gejala.
InsyaAllah akan bersambung pada entry akan datang tentang jenis rawatan & cara mengawal asma....



Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
HP: 013-6859903
Email:diwanie_mnz84@yahoo.com.my

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,