Skip to main content

Kisah Amsyar & Jajan

Tengok tajuk entri je dalam kepala mesti dah fikir Amsyar ni suka sangat makan 'jajan' kan?...Hihihi...

Sebenarnya saya sejak dari kecil saya memang control sangat makanan Amsyar sebab Amsyar tak sama macam orang lain. Dengan sejarah kesihatan Amsyar (2kali warded disebabkan jangkitan peparu, siap package ICU lagi), saya memang sangat-sangat menjaga pemakanan die...'Jajan' memang saya tak bagi dia makan..Kadang tu bila balik kg, sepupu-sepupu makan 'jajan',  die tgk je.Bila ada yang cuba bagi memang dia tak ambik, dia akan tgk muka saya. Kalau tengok muka dia memang rasa kesian sangat.Semua orang ada 'jajan' kat tangan, dia tak de....Tapi saya mmg sangat tegas masa tu. Memang saya tak kan bagi.....

Tapi ketegasan saya tu tak sampai ke mana jugak....Bila Amsyar ambik supplement, & dengan izin Allah, kesihatan Amsyar bertambah baik. Jarang sakit. Saya dah mula tak berapa kisah kalau ada orang bagi die 'jajan'. Bukan lah tak kisah sangat, tapi bagilah dia rasa. Kononnya rasa je....Saya akan pesan, "Kali ni je ye...Lepas ni umi tak nak lagi Amsyar makan 'jajan' ".... Tapi anak semakin hari semakin membesar. Dah pandai merasa...Bila makan 'jajan' tu die rasa sedap...(yelah jajan kan banyak perasa). Dari sekali die mintak 'jajan', masuk dua kali, masuk tiga kali.....Akhirnya setiap kali pergi kedai mesti Amsyar mintak satu 'jajan'....

Hendak dijadikan cerita last week die kerap jugak makan 'jajan'....Sampai lah satu hari tu die start batuk. Batuk yang agak teruk lagi2 lepas die makan gula2 coklat yang warna warni. (pewarna salah satu penyebab batuk & asma). Die rasa sangat sakit bila batuk tanpa henti, dengan termuntah2....

Saya cakap kat die "ha, itulah Amsyar makan 'jajan' banyak sangat kan?sebab tulah Amsyar batuk, demam, .."...Amsyar menangis je dengar. (muka nampak insaf , hihihihi).."Lepas ni Amsyar nak makan 'jajan lagi tak? '...Amsyar jawab dalam tangisan, " Amsyar tak nak makan 'jajan'..(sambil geleng2 kepala)...Sedih pun ada tgk die time tu....Tapi Alhamdulillah, Amsyar nampak sendiri kesan die makan 'jajan' & nampaknya dia macam dah insaf  & serik nak makan 'jajan' lagi....

Mudah-mudahan Amsyar memang terus reject 'jajan'....

Umi &  abah pun kene jadi tegas macm dulu...Tak ada lagi 'jajan' untuk anak2....

#Tak Rugi Pun Tak Makan 'Jajan '..Umi memang tak suka makan 'jajan'


Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
HP: 013-6859903
Email:diwanie_mnz84@yahoo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,