Skip to main content

Mitos Penyusuan Susu Ibu

Ramai ibu-ibu sekarang sudah mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu.Namun tidak kurang juga yang masih dibayangi oleh mitos2 tentang penyususuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu ini sangat merbahaya sebab ianya akan mendorong ibu-ibu membuat keputusan yang kurang wajar. Hari ni saya nak kongsikan satu artikel yang di ambil dari laman web Positive Parenting.  Semoga artikel ini dapat membuka mata & minda ibu-ibu di luar sana :-




1)“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”
Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

2)“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”
Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda



3)“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

4)“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”
Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

5)“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

6)“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”
Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam. 

P/S : Ternyata apa yang membayangi ibu-ibu hanyalah mitos sahaja...Jom kita berusaha memberikan yang terbaik untuk bayi kita.(Peringatan untuk diri sendiri jugak ) 



Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,