Skip to main content

Emakku sayang......kau idolaku.

36 minggu 5 hari telah berlalu.....
Aku kini sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ummi....sudah cukup bersediakah aku?.....Semestinya aku dah bersedia untuk memikul satu lagi tanggungjawab. Inilah yang diimpikan oleh setiap insan bergelar wanita. Menjadi isteri yang terbaik untuk suami tercinta dan juga ibu yang terbaik untuk permata - permata hatinya...

Impianku.....aku ingin jadi isteri dan  ibu seperti emakku tersayang, Puan Zainah Abd Malik.
Di mataku, dialah isteri yang terbaik untuk arwah abah.....Isteri yang sentiasa setia disisi saat senang dan susah....saat sihat dan sakit....saat gembira dan duka. Sepanjang hidupku tak pernah sekali pun aku dengar mak tinggikan suara pada arwah abh. Setiap permintaan arwah abah pasti akan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa ada keluhan di bibirnya....Mak menjaga abah sehingga akhir hayat abah....

Emak adalah ibu yang terbaik untuk kami anak-anaknya....(Noor Azmi, Salmi, Noor Amaliah, Suzana, Noor Hasilawati, Syazwani & Noor Aisyah)....Emak sangat tegas mendidik....memberi pendidikan dunia n akhirat untukku ...Tanpa suara bebelan mak, tak mungkin aku berjaya seperti hari ini....Dan suara itulah yang selalu ingin aku dengar....Suara yang mampu menenangkan hatiku....Suara yang mampu memberi semangat untukku...suara yang mampu menggembirakan hati yang sedang menangis....Sesungguhnya aku amat menyayangimu....Terlalu, terlalu dan terlalu menyayangimu.....

Emakku sayang, akanku jadi sepertimu .
Menjadi isteri solehah untuk suaminya dan ibu mithali untuk anak-anaknya
Agar suamiku bahagia aku menjadi isterinya seperti arwah abah bahagia dengan mak dan agar anak2ku bangga denganku seperti mana aku bangga menjadi anakmu........

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modified Or

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,