Skip to main content

Emakku sayang......kau idolaku.

36 minggu 5 hari telah berlalu.....
Aku kini sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ummi....sudah cukup bersediakah aku?.....Semestinya aku dah bersedia untuk memikul satu lagi tanggungjawab. Inilah yang diimpikan oleh setiap insan bergelar wanita. Menjadi isteri yang terbaik untuk suami tercinta dan juga ibu yang terbaik untuk permata - permata hatinya...

Impianku.....aku ingin jadi isteri dan  ibu seperti emakku tersayang, Puan Zainah Abd Malik.
Di mataku, dialah isteri yang terbaik untuk arwah abah.....Isteri yang sentiasa setia disisi saat senang dan susah....saat sihat dan sakit....saat gembira dan duka. Sepanjang hidupku tak pernah sekali pun aku dengar mak tinggikan suara pada arwah abh. Setiap permintaan arwah abah pasti akan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa ada keluhan di bibirnya....Mak menjaga abah sehingga akhir hayat abah....

Emak adalah ibu yang terbaik untuk kami anak-anaknya....(Noor Azmi, Salmi, Noor Amaliah, Suzana, Noor Hasilawati, Syazwani & Noor Aisyah)....Emak sangat tegas mendidik....memberi pendidikan dunia n akhirat untukku ...Tanpa suara bebelan mak, tak mungkin aku berjaya seperti hari ini....Dan suara itulah yang selalu ingin aku dengar....Suara yang mampu menenangkan hatiku....Suara yang mampu memberi semangat untukku...suara yang mampu menggembirakan hati yang sedang menangis....Sesungguhnya aku amat menyayangimu....Terlalu, terlalu dan terlalu menyayangimu.....

Emakku sayang, akanku jadi sepertimu .
Menjadi isteri solehah untuk suaminya dan ibu mithali untuk anak-anaknya
Agar suamiku bahagia aku menjadi isterinya seperti arwah abah bahagia dengan mak dan agar anak2ku bangga denganku seperti mana aku bangga menjadi anakmu........

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY Wrap

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak bercerita tentang DIY Baby Wrap. Sebenarnya saya ada Ring Sling & Mei Tai. Tapi teringin nak DIY Wrap. Ring Sling tu kawan saya bagi. Mei Tai pulak saya jahit sendiri. Dua2 pun saya tak guna...Ring Sling pernah guna sekali dua.. Mei Tai pun sama. Saya rasa agak susah nak ikat2...hihihihi...Sebenarnya kalau selalu guna mesti tak rasa susah...Kan pepatah ada cakap 'Practice Make Perfects' (pepatah mat salleh..hihihihi)


Now, hati terasa macam nak DIY Wrap pulak. Angan2 tu  macam2....Ada masa tak agaknya ek?hihihi..InsyaAllah nak seribu daya, tak nak seribu dalih....
Dengan bantuan MR GOOGLE, saya jumpa beberapa blog yang ajar cara DIY Wrap. Sesiapa yang nak try DIY, boleh rujuk link-link ni : 
http://www.rookiemoms.com/how-to-make-a-moby-wrap/ http://monkeysewmonkeydo.blogspot.com/2010/03/make-your-own-moby-wrap-tutorial.html http://www.alexamariezurcher.com/2013/01/diy-moby-wrap-in-3-easy-steps.html http://verymom.com/2009/02/07/make-a-faux-…

Hasil Tangkapan Cosway...

Assalamualaikum....
Yeayyyyyy....Akhirnya dapat jugak apa yang dihajati...




Alhamdulillah, rehat tghhari tadi ajak my BFF, nur pergi cosway.Niatnya nak beli multipurpose cleaning wipes. Ini semua sebab terpengaruh dengan rakan2 dalam group susun atur. Fungsi cleaning wipes ni adalah sebagai pengganti alat pengelap dapur.Yang bestnya,kata nya boleh basuh n guna semula...Pakai....basuh...pakai...basuh...sampailah koyak. Harga pun ok pah.RM4.90 je....Balik ni nak cube. Entry akan datang saya cite pengalaman guna pengelap ni ye....





Dah pergi cosway, bukan satu je barang beli. Saya beli wiper set....yang ni memang dicari dari hari tu. Hari tu pergi stok tak de. Hari ni dah restock...Dapatlah saya beli 'penyapu' yg diidamkan....Review tentang wiper set ni kita cite next entry ye....

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html

NON GMO
Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN.
Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera.
Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER.


GMO
GMO (Genetically Modified Organisms) - Tumbuhan atau haiwan ya…