Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cerita tentang Amsyar.....

TAHNIAH AMSYAR

Alhamdulillah. Syukur sangat. PerasaanNya happy tak terkata. Tapi dalam masa yang sama risau sangat. Inilah perasaan parent bila anak nak exam besar kan? Umi risau kenapa? Umi risau takut tak sempat. Bukan Umi je risau. Tokmi setioa kali telefon akan tanya dah juzuk berapa, Amsyar? Sempat tak? Umi mampu ketawa. Dalam hati debar jugak. Huhuhuhu Ok. Teruskan fokus wahai Umi n Amsyar. 6 Juzuk lagi. Moga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan kami. Amin #AmsyarHadi #6Tahun5Bulan Salam sayang UmmiWawa Agent Puer's Kidsdom Johor

Favourite Amsyar - Si Kuning Putu Pirinmg

Si Kuning yang menjadi kegemaran Abang Amsyar. Abang Amsyar  ni memang suka sangat makan Putu Piring. Kalau balik kampung hari Sabtu petang, memang kitorang akan singgah Pasar Malam Mawai. Bila ditanya, nak makan apa. Confirm yang keluar dari mulut Abang Amsyar ialah Putu Piring. Makan panas2, sedapppp. Tapi Amsyar ni perangai sama je macam Umi. Tak tahan makan makanan yang panas. Anak umi lah katakan. Hihihi. Kalau beli Putu Piring, paling sikit 3 kotak Abah beli. Yelah nak balik kampung, ramai yang. Makanan perlu dikongsi kan??? Ok. Ini salah satu je favourite Abang Amsyar. Banyak lagi makanan yang Abang Amsyar suka makan. Dan Abang Amsyar ni sangat pandai merasa makanan tau. Jaga2 lah siap jadi wife die nanti. Jumpa lagi the next story,ok. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent Puer's Kidsdom Johor.

Amsyar Di Genius Qayyum

Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik dah nak masuk 4 minggu Amsyar bersekolah. Alhamdulillah, semakin hari semakin ok die ke sekolah. Dah nampak die hepy ke sekolah. Dan yang paling buat umi & abah die senang hati, Amsyar sangat rajin buat 'homework'.... Bagus Amsyar.... Tak sabar saya nak tengok perkembangan - perkembangan baru dari Amsyar setelah sekolah... Nanti saya update ye apa yang Amsyar dah belajar sepanjang Amsyar sekolah.. Ok...caw cin caw... Salam Sayang,  Ummi Wawa

10th Day - Amsyar Di Genius Qayyum

16.01.2015 - Hari Ke-10 Alhamdulillah, diam tak diam dah 10 hari Amsyar di Genius Qayyum. Hari ini mulanya Amsyar tak nak ke sekolah. Tapi setelah dipujuk dan dipujuk, dipeluk memberi kekuatan, di beri suntikan & kata2 hebat dari pakar motivasi tak bertauliah (umi le tu), akhirnya Amsyar pergi sekolah dengan rela hati. Umi sebenarnya risau nak tahu keadaan Amsyar kat sekolah. Sekejap tadi umi call cikgu Amsyar. Nama cikgu ni cikgu Amira. Umi nak tanyakan perkembangan Amsyar. Alhamdulillah cikgu cakap Amsyar ok. Masa first week tu memang Amsyar tak ok. Diam seribu bahasa. Tapi sejak Aniq & Amsyar sekelas, Amsyar dah ok, kata cikgu. Dah mula bersuara dalam kelas. Kalau Aniq ada buat apa2, nanti die akan cakap, "Aniq, janganlah. nanti teacher marah"... hihihihi...Kalau kawan2 lain pun sama. Nanti die cakap" kawan, jangan nanti cikgu marah".... Amsyar memang takut kena marah. Lagi satu yang merisaukan cikgu, Amsyar tak nak makan makanan sekolah. Ins...

9th Day - Amsyar di Genius Qayyum

15.01.2015 - Hari ke-9 Alhamdulillah semakin hari semakin baik. Walau pun belum 100%. Umi percaya Amsyar akan hepy nanti. Hari ini Amsyar ada 'homework' lagi. Tapi kali ini Abah je yang guide Amsyar. Ummi sibuk memasak semalam. Hari ini tak banyak cerita tentang Amsyar. Ummi pun tak tahu macammane keadaan Amsyar kat sekolah. Umi ingat nak call Tadika Amsyar. Nak tanya Amsyar macammane di sekolah.. Ok, Selesai hari ke 9 dengan Jayanya... Kita tengok hari esok pulak... Salam Sayang,  UmmiWawa,

8th Day - Amsyar di Genius Qayyum

14..01.2015 - hari Ke-8... Alhamdulillah semakin hari Amsyar menunjukkan mood semakin baik. Walaupun belum 100% hepy ke sekolah. InsyaAllah, umi percaya yang Amsyar akan ok n hepy jugak ke sekolah nanti. Semalam balik sekolah rasanya Amsyar buat sikit 'homework' kat rumah 'Mak Mas'. Amsyar cakap mak ajar. Alhamdulillah, Amsyar punya pengasuh yang sayang &layan Amsyar macam anak sendiri. Balik rumah ummi semak 'homework' Amsyar. Ada lagi yang belum lengkap. Umi n abah sama2 guide Amsyar buat 'homework'. Alhamdulillah anak umi rajin buat 'homework'.... Selesai hari ke-8... Kita tunggu cerita hari esok pula.. Salam Sayang,  UmmiWawa

7th Day - Amsyar di Genius Qayyum

13.01.2015 - Hari ke-7 Alhamdulillah hari ini ada perubahan yang lebih baik. Amsyar tak nangis sangat. Tapi ada lagi riak sedih di wajahnya... Umi tgk muka Amsyar umi tahu betapa sayunya perasaan Amsyar bila nak pergi sekolah... Sayang Umi, Abang Amsyar.... Ingatlah apa yang umi buat hari ini adalah untuk menunaikan amanah Allah... InsyaAllah bila Amsyar besar Amsyar akan lebih mengerti... Tak sabat nak balik jumpa Amsyar... Tunggu cerita amsyar hari esok... Salam sayang, UmmiWawa

First Homework

Semalam Amsyar dah start ada homework.... Sebenarnya makteh cakap dari Jumaat dah ade homework. Tapi Jumaat Amsyar cuti. Jadi semalam kali pertama dapat homework. Bila tengok Amsyar buat homework rasa macam tak percaya yang buah hati umi ni dah sekolah... Dah besar rupanya Abang Amsyar... Jom layan gambat Abang Amsyar buat homework.... Salam sayang, UmmiWawa

6th day - Amsyar Di genius Qayyum

12.01.2015 - Hari Ke-6 Hari ini dah masuk minggu kedua Amsyar ke sekolah... Tapi mengikut perkiraan hari bari hari ke-6. Pepagi tadi Amsyar nampak masih tak seronok nak sekolah. Bila cakap pasal sekolah je muka mula 'monyok', tibe2 akan jadi pendiam.... Oh anak, kamu buat ummi rasa sangat bersalah. Ummi cuba satu tips, ummi kena betulkan niat. Betulkan niat bahawa ummi hantar Amsyar sekolah bukan semata-mata untuk Amsyar pandai, tapi sebab umi nak laksanakan amanah & tanggungjawab umi berikan pendidikan yang terbaik untuk Amsyar. Sampai sekolah Amsyar masih muka sedih, tapi tak delah sampai mengamuk. Bila cikgu ambil die dari kereta die ikut je turun. Siap salam dengan cikgu. Bila cikgu pimpin masuk sekolah Amsyar mula nak menangis. Dia nak lambai umi dulu.... Ummi pun lambai tangan, baru Amsyar masuk... Hati ummi betul2 tersentuh & sayu tengok mata Amsyar bergenang... Ya Allah, kuatkanlah hati ummi & Amsyar... Hari ini 'Mak' call bagitau Amsyar...

5th day - Amsyar Di genius Qayyum

09-01-2015 - Hari ke 5 Hari ini sepatutnya hari ke-5 Amsyar di Genius Qayyum... Tapi kesihatan Amsyar tak berapa baik pagi tu. Amsyar batuk teruk sehingga memerlukan Neb. Pepagi tu abah bawak Amsyar ke Hospital Wakaf. n Dr sarankan ambik Neb. Bila tgk keadaan Amsyar macam tu, umi pun ambil keputusan Amsyar perlu cuti hari ini. Bukan sahaja Amsyar cuti umi pun perlu cuti. Ummi memang takkan hantar Amsyar ke rumah 'Mak' bila Amsyar kena athma. Kecian ' Mak' nak menjaganya.... Alhamdulillah sehingga pagi ini nampak Amsyar beransur pulih n nampak hepy sebab nak balik kg.. Satu yang saya nampak pada Amsyar ni selain alah pada kekacang & gula2 yang banyak pewarna, alah pada pewangi, Amsyar juga tidak boleh sedih... ini akan menyebabkan Amsyar mudah kena serangan athma.... Ok, tamat hari ke-5... Tunggu Isnin. Mudah-mudahan Amsyar senang nak ke sekolah Salam Sayang,  Ummi Wawa,

4th Day - Amsyar di Genius Qayyum

08.01.2015 - Hari Ke-4..... Alhamdulillah hari ini hari ke-4 Amsyar bersekolah... Hari ini nampaknya keadaan Amsyar lebih baik dari semalam. Amsyar tak menangis, tapi ada cebikan (ayat apakah ini, umi? di wajahnya.... Semestinya keadaan itu buat ummi rasa sangat teremosi. Walaupun umi cuba tahan, tapi umi kalah...dalam kereta air mata umi tumpah jugak.... Tapi cepat2 umi sedar... Tanamkan dalam hati, Umi & Abah hantar Amsyar sekolah sebab umi & abah nak tunaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan untuk umi abah . Berikan pendidikan terbaik buat Amsyar. Setiap jam umi kira detik nak sampai pukul 12.00pm... Nampak tak kat sini bukan Amsyar je mengira waktu, umi pun sama.... huhuhuhu... umi memang terlebih 'gembeng'... Pukul 12.20pm, umi call 'Mak', nak tanya Amsyar dah sampai ke belum. Alhamdulillah Amsyar dah sampai. Umi pun dapat bergayut ngan anak umi. ... Seronok berbual dengan Amsyar. Amsyar cakap, " Umi, Amsyar nak mainan... Amsyar sekolah tak nan...

3rd Day - Amsyar di Genius Qayyum

07.01.2015 - Hari ke-3.... Pagi ini agak mencabar sikit ceritanya. Amsyar menangis tak nak sekolah. Dari masa pakai baju, Amsyar dah cakap tak nak pakai uniform. Umi ingat cikgu ada pesan suruh pakai baju sukan.. Tapi seingat umi cikgu cakap Isnin-Rabu pakai uniform. Khamis & Jumaat pakai pakaian sukan. Umi pakaikan jugak Amsyar uniform. Tapi umi bawak dalam kereta baju sukan. Mana tahu memang cikgu ada pesan suruh pakai pakaian sukan. Sampai sekolah, Amsyar dah mula nangis. Cakap " Amsyar tak nak pakai baju sekolah" , "Amsyar nak pakai baju biasa", " Amsyar nak pergi umah Mak".... Aduhhhhh... cabaran lagi buat umi... Umi pujuk tak jalan. Amsyar mula nangis, cakap " Amsyar lapar", Amsyar nak muntah"...Amsyar mula cipta alasan... Akhirnya umi terpaksa dukong Amsyar  n bagi pada cikgu... Umi tinggalkan Amsyar dalam keadaan Amsyar menangis... Sedihnya umi rasa.... Umi menangis dalam kereta... Abah cakap, "umi kena keras ha...

2nd Day - Amsyar di Genius Qayyum

06.01.2015 - 2nd day Amsyar bersekolah...  Pagi tu, umi & abah hantar Amsyar. Dari rumah Amsyar ok je.... Bila sampai sekolah, Amsyar mula tak nak. Pujuk2 pun tetap tak nak. Tapi die tak nangis. Puan Linda, owner Tadika Genius Qayyum bagi isyarat pada suami die suruh dukong je Amsyar. Alhamdulillah,Amsyar nak. Amsyar ni kalau dengan lelaki memang senang sikit. Alhamdulillah, lega hati umi... Hari ini hati umi lagi berdebar2... Sebab hari ini Amsyar akan balik naik kenderaan sekolah.  12.00 tghr - Umi dan Abah dah mula tunggu Amsyar depan rumah Mak Mas (baby sitter Amsyar). Nampak tak betapa tak sabarnya umi n abah nak tunggu Amsyar balik. Tunggu punya tunggu sampai pukul 1.00 tghhr, bayang Amsyar pun tak nampak. Hati ummi n Abah dah mula risau. Abah pun call sekolah. Cikgu bagitahu, first day naik van memang lambat sikit sebab cikgu baru nak arrangekan alamat. Umi risau Amsyar lapar.  Lebih kurang pukul 1.30 nampak ada Van Toyota Unser berhenti. Rupa2...

1st Day - Amsyar di Genius Qayyum

5.1.2015... Alhamdulillah... Muhammad Amsyar Hadi Bin Mahadi, Putera sulong ummi dan abah mula melangkah ke alam persekolahan.... Sebelum hantar Amsyar, umi yang agak nervous sebenarnya. Bermacam perasaan umi rasa, Takut, sedih, excited.. Perasaan bercampur baur. Normal kah perasaan ini kepada semua ibu2? Atau umi je yang mengada2...huhuhuhu.. Masa turun kereta, Amsyar pesan kat abah, " Abah, jangan tunggu Amsyar tau, Abah balik je"... WAHHH!!!! Amsyar excited... Lega sikit hati ummi. Sampai pagar sekolah, bila cikgu nak ambik Amsyar, lain pulak jadinya... Amsyar mula nak menangis. Cakap tak nak... " Amsyar nak Aniq"... So, umi pun masuk ke tadika, cari Aniq. Aniq keluar peluk Amsyar barulah Amsyar nak masuk.... First day ni cikgu memang pesan ambik awal. Pukul 10.30 dah boleh ambil. Kalau biasa sampai pukul 12.00. Masa ambil Amsyar tu, umi nampak muka Amsyar banyak menangis. Mata n hidung nampak merah. Saat itu hati ummi Allah je yang tahu... Sedihnya tengo...

Hero2 Umi Berjubah...

Assalamualaikum.... Last week, balik kerja ambil anak2 kat rumah pengasuh. Pengasuh pakaikan anak2 saya jubah..Memang saya bekalkan 'jubah arab' hari itu utk anak2 saya..Pertama kali tengok anak-anak berjubah terdetik dalam hati, "alahai, comelnya anak2 umi ni" (perasan ek umi ni?hihihihi)...tapi itulah yang saya rasa. Semua ciptaan Allah itu indah... Bila hati dah suka tengok anak-anak berjubah, mulalah timbul niat di hati nak menjahit jubah arab sendiri utk anak-anak saya...Makanya hari ni saya men'google' cara menjahit jubah arab kanak-kanak. Saya jumpa satu blog yang tunjuk dari cara ukur,potong dan cara jahit jubah arab. Memang nampak mudah sangat nak buat jubah arab ini. Sesiapa yang punya keinginan macam saya, menjahit jubah arab bolehlah klik link blog ini :-  http://azimadiyshop.blogspot.com/2013/08/tutorial-1-cara-potong-jubah-mekah-size.html  http://azimadiyshop.blogspot.com/2013/08/tutorial-2-sambungan-cara-jahit-jubah.html Ni...

Daftar Tadika Amsyar

Assalamualaikum....Lamanya saya tak update blog. Seminggu dah blog ni bersawang. Hari ni nak cerita tentang daftar tadika untuk Amsyar. Sejak sebulan dua ni saya sibuk survey tadika untuk Amsyar. Nak mencari yang English n Islamic.. Biarlah seimbang akademik n agamanya. Banyak tadika yang termasuk dalam senarai. Dalam pada tu banyak aspek yang perlu saya tengok sebelum buat keputusan. Saya nak tadika english + Islamic. Disebabkan saya rancang untuk hantar Amsyar half day sahaja, makanya saya perlu memilih tadika yang dekat dengan rumah pengasuh Amsyar supaya senang Abah nak ambik Amsyar dan hantar ke rumah pengasuh. Kawasan yang terdekat Taman Mawar & Taman Bukit Dahlia.  Survey punya survey, akhirnya Allah nak permudahkan urusan saya. Kawan saya whatsapp gambar iklan ada satau tadika nak dibuka di Taman Mawar. Alhamdulillah sangatlah dekat dengan rumah. Memudahkan urusan hantar n ambik Amsyar. Saya dah pergi ke tadika tersebut, dah berjumpa pengetuanya. Hati meman...

Hasil Seni Amsyar....

Amsyar dah nak masuk 3 tahun 5 bulan. Sekarang ni Amsyar tengah gian melukis,menulis,mewarna.  Alhamdulillah..anak umi ni nampak minat. Ke mana je mesti nak bawak buku n pensil.  Banyak jugak huruf yang Amsyar dah boleh tulis.Antaranya A,W,I,O,Q... Jom kita layan gambar Amsyar yg busy buat homework. Tekunnya Abang Amsyar Syoknya main water colour Left Handed... Banyak sebenarnya aktiviti yang umi fikirkan untuk Amsyar ni hasil dari pembacaan umi di blog Adlil Rajiah. Mana-mana parents yang berminat nak buat macam2 aktiviti dengan anak-anak sangatlah disarankan baca blog Adlil Rajiah ni. Memang banyak tips yang best-best dari dia. InsyaAllah nanti saya kongsikan lagi aktiviti yang saya cuba untuk Amsyar & Ammar...

Kisah Amsyar & Jajan

Tengok tajuk entri je dalam kepala mesti dah fikir Amsyar ni suka sangat makan ' jajan' kan?...Hihihi... Sebenarnya saya sejak dari kecil saya memang control sangat makanan Amsyar sebab Amsyar tak sama macam orang lain. Dengan sejarah kesihatan Amsyar (2kali warded disebabkan jangkitan peparu, siap package ICU lagi), saya memang sangat-sangat menjaga pemakanan die... 'Jajan' memang saya tak bagi dia makan..Kadang tu bila balik kg, sepupu-sepupu makan 'jajan',   die tgk je.Bila ada yang cuba bagi memang dia tak ambik, dia akan tgk muka saya. Kalau tengok muka dia memang rasa kesian sangat.Semua orang ada 'jajan' kat tangan, dia tak de....Tapi saya mmg sangat tegas masa tu. Memang saya tak kan bagi..... Tapi ketegasan saya tu tak sampai ke mana jugak....Bila Amsyar ambik supplement , & dengan izin Allah, kesihatan Amsyar bertambah baik. Jarang sakit. Saya dah mula tak berapa kisah kalau ada orang bagi die 'jajan' . Bukan lah tak kisa...

19.09.2013....Amsyar dah kenal Aa...Ba...

Alhamdulillah.....rase hepy & syukur sangat. Semalam 19.09.2013, lepas maghrib ummi ajar Amsyar mengaji.Terkejut sangat ummi, Amsyar dah kenal huruf Aa...Ba...n Amsyar dapat baca muka surat pertama IQRA'.Malam ni kita sambung muka kedua pulak ye.Sebagai hadiah utk Amsyar, ummi dah janji nak belikan Amsyar pensel..Tunggu ummi balik ye sayang.... Alhamdulillah....Semoga Amsyar jadi anak yang cintakan Al-Quran & cemerlang Al-Quran.Ummi percaya anak yang cemerlang Al-Quran pasti akan cemerlang yang lain.....InsyaAllah...

Kisah Amsyar bersama Shaklee...........

27/2/2013, ummi & abah bawak Amsyar ke HIS.ade appointment dengan Paed. Setelah hampei 2 jam menunggu, jumpe Paed tak sampai 10minit pun : - Dr : Hi, macammane Amsyar sekarang?Ok, Sihat? Ummi : Alhamdulillah, ok & chat. Dr : Ade kene athma Or ambik neb? Ummi : Tak de lagi… Dr : Die ade semput or berhenti nafas bile main2, lari2 ke? Ummi : Tak de pun.. Dr : Awak rase anak awak ade athma ke? Ummi : Entahlah Dr…Tak de kot. Tengok die ok je. Batuk pn tak de ambik neb. Dr : Sebelum ni memang die ade jangkitan kuman yang agak serius. Tapi kite tgk lagi 4 bulan . Ummi : Ok….(Mungkin dr pn masih keliru…tak boleh cakap ade athma ni…hehehehe) Alhamdulillah, dari 2 bulan sekali kini 4 bulan .Amsyar tak perlu diberi inheller hari2 untuk elak athma.. Apa tandanya tu? Tandanya Amsyar semakin sihat…Syukur tak terhingga. Ni cerita tentang amsyar sebelum ni   & bagaimana ummi mula berikan Amsyar Mealshake & Omega : - Amsyar telah dilahir pada 8/5/2...