Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Rendang Emak Kesukaan Saya

Hari ini saya nak kongsi resepi Rendang Ayam Emak saya a.k.a RENDANG TOKMI (nama resepi dari anak buah saya). Saya rasa rendang emak saya adalah rendang yang sangat sedap dan paling special...Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap didunia. Teringat lagi masa first time saya nak masakkan rendang resepi mak saya ni untuk suami saya. Mula2 bagitau dia macam reject. Sebab saya inform awal2 dengan die. Rendang mak saya ni tak guna rempah (ketumbar, jintan). Rendang mak saya simple je. Tapi pada saya sangatlah sedap. Bila suami macam reject saya nak masak rendang mak saya tu, saya cakap kat die, " Abang bagi wa masak dulu, & abang rasa dulu. Kalau tak suka wa belajar rendang yang berempah." Ok, husband setuju. Saya pun masak lah.....Dan nak tahu apa yang die cakap? " Wa, sedap sangat rendang ni"..... (ha tulah belum rasa belum tahu)...hihihihi... Bermula saat itu, memang rendang antara menu yang husband sangat suka request. Nak tahu lagi satu ceri

Vitamin Tamat Tempoh? Adakah masih selamat untuk dimakan?

VITAMIN TAMAT TEMPOH? ADAKAH IA MASIH SELAMAT DI MAKAN? Soalan menakutkan..Runsing memikirkan jawapan kepada soalan di atas? Jawanpannya cukup mudah!... SELAMAT tetapi anda tidak akan dapat manfaat maximum daripada penyerapan vitami tersebut seperti mula-mula beli . Untuk pengetahuan, FDAtidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin paling terkenal seperti Shaklee akan cuba menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya. Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan untuk tubuh badan kita. Tetapi jika makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya sangatlah merugikan. Yang terbaik adalah buang & beli baru. Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh? Seperti yang telah diterangkan di atas, ianya adalah selamat u

Sustained Released Vitamin C

Hari ini saya nak kongsikan info ringkas tentang Vitamin C Shaklee... Shaklee ada 2 jenis Vitamin C. 1. Chewable Vitamin C Plus 100mg 2. Sustained Release Vitamin C 500mg Tapi hari ini saya nak kongsikan dulu serba ringkas tentang Sustained Release Vitamin C 500mg. Sumber Vitamin C Semulajadi Yang Disalurkan Jam demi Jam Wahhh sangat menarik baca pernyataan diatas. Faham tak bagaimana yang dikatakan disalurkan jam demi jam? Macamni.... Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan. Vitamin C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ianya juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Syazwani Mohd Noh Shaklee Independent Distributor ID Shaklee : 888841 Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903 Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my *Produk ini bukan

Jalan2 Tengok Lampu

Selamat hari ahad...Malam ni saya nak kongsi gambar lampu di Bandar JB. Sebelum ini memang ade keinginan dalam hati nak sangat ke i-city Shah Alam sebab nak sangat tengok lampu... Tapi masih belum berkesempatan ke sana. Sekarang ini dah tak payah pergi icity pun dah boleh tengok lampu cantik-cantik...yeayyy....JB dah ada lampu cantik.. Hari ini husband ajak bawak anak2 tengok lampu di Bandar Jb.. Jom layan gambar lampu...

Wiper Set... Spray Mop

Assalamualaikum... Saya rasa saya ada berhutang satu entry..Saya nak bagi review tentang Wiper Set yang saya beli di Cosway... Sepanjang saya guna, saya puas hati. Rumah jadi macam ber'mop'. Saya ni almaklumlah tersangat 'RAJIN' mop rumah. Hihihihi... Memang saya jarang mop rumah. Tapi sekarang ini anak dah tawaf satu rumah, jadi memang perlu pastikan habuk tak de kat lantai. Dengan Wiper Set, ni mudahkan kerja...Sapu2 je, rumah dah nampak macam baru lepas mop...Saya lupa nak snap gambar. Tapi memang best ar.... Segala habuk, rambut semua lekat. Ha, ini ada satu lagi barang dalam list nak saya dapatkan...."SPRAY MOP". Tengok macam bestkan. Tak perlu bawa baldi ke hulur  ke hilir...Tekan2 boleh keluar air... Lagi best dalam botol air tu saya campurkan dengan Basic H... Tak perlu bilas...Sonang kerja...  Ok, nantikan pula entry saya tentang 'Spray Mop' ini ye....

Manfaat Mealshakes

Ini antara manfaat Mealshakes... - nutrient asas untuk tumbesaran anak - untuk meningkatkan sistem imun - kekalkan kesihatan secara keseluruhan - memberikan tenaga secara konsistensi. Alhamdulillah Mealshakes sekarang dah jadi minuman saya seisi keluarga. Saya inginkan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Buat masa ni saya,husband n Amsyar je yang consume Mealshakes. Ammar belum lagi. Ammar kene tunggu setahun ye...

Muhammad Al Fateh

Assalamualaikum... Hari ini kembali bersiaran. Semalam di kg, tak berkesempatan meng'update' blog. Saya nak ceritakan tentang Muhammad Al Fateh.  Saya ada terbaca sedikit sinopsis buku Sultan Muhammad Al Fateh. Memang nak mencari buku tersebut, tapi belum berkesempatan ke kedai buku. Balik kg tempoh hari, saya bercerita dengan Emak tentang Muhammad Al Fateh. Rupa-rupanya, mak nak namakan Ammar dengan nama Al Fateh sebab mak ade terbaca tentang sejarah Sultan Muhammad AL Fateh. Tapi Emak tak suarakan dengan saya sebab dengar saya dah ada pilihan nama (Muhammad Ammar Hadi).Ohhhh Emak...kenapalah tak disuarakan pendapat itu. Saya pun minta emak panggil Ammar dengan panggilan Al Fateh.. Mudah-mudahan Ammar mengikut keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh. Sedikit ringkasan tentang Sultan Muhammad Al Fateh... Biodata Ringkas Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah h

Gendong Anak Guna Kain Batik Lepas

Saya memang suka sangat google  dan baca tentang Baby Wearing. Seperti yang kebanyakkan orang tahu Baby Wearing Gear ni agak mahal. Tapi saya sangat tertarik bila saya google, saya jumpa satu video yang ajar cara gendong bayi menggunakan kain batik lepas. Video ini dari Puan Rashidah. Pemilik blog Jom Gendong & FB Page Jom Gendong.  Saya cuba pm Puan rashidah di page Jom Gendong. Orangnya sangat friendly. Dulu saya rasa agak rendah diri bila nak bercakap tentang Baby Wearing ini sebab kebanyakan mereka2 ini mempunyai BW gear yang sangat awesome dan harganya yang agak belum mapu saya beli. Tapi bila berpm dengan Puan Rashidah, dia bagi saya satu semangat baru nak Berbaby wearing... Die bagi advise saya boleh cuba guna kain batik lepas. Saya teringat satu kata-kata die, " Yes, kalau larat nak gendong sebelah bahu, gunalah batik selama mana pun. Orang dulu ada batik je, mana ade ssc bagai. Kita ini ibu zaman moden, badan manja, Tak pernah kerja bendang, angkut kayu api,

Balik Kampung!!!!!!!!!!!!!!

Balik kampung...o.o.o.o balik kampung...o.o.o.o Balik Kampung...Hati Girang... Wah tajuk entry macamlah sesuatu yang luar biasa bila balik kg...hihihihi...Sebenarnya kami sekeluarga ni boleh dikatakan setiap minggu balik kg. Kalau tak balik itu lah sesuatu yang luarbiasa. Kebetulan saya dan husband kg sebelah sebelah,  Jadinya memang tak de masalah. Minggu ini turn tido rumah mak saya a.k.a Tok Mi. InsyaAllah minggu ini balik dapatlah jumpa adik Najla...Puteri susuan saya... Orang-orang kg, tunggu kepulangan kami ye...hihihihi...Macam dah setahun tak balik... Ok,...tunggu entry aktiviti di kg ye...

Mesin Jahit Baru...

Hari ini saya tersangat lah busy di ofis..Ini curi-curi jugak masa nak update blog...Minggu ni saya rasa nak berkongsi tentang JAHITAN je...hihihihi..Adakah mood menjahit saya kembali datang? harap-harap begitulah. Ada tugas yang telah diamanahkan untuk saya siapkan...(Potong baju Tok Mi aka Mak)...InsyaAllah, minggu ni perlu disiapkan... Hari ini saya nak tunjukkan mesin jahit yang dihadiahkan oleh emak saya tapi saya lupa nak snap photo. Jadinya saya pun google lah. Jeng...Jeng..Jeng... Sumber Gambar :Google Bukan mesin jahit biasa, mesin jahit 'High Speed' lagi...Macam orang yang dah pakar menjahit je kan?Emak memang sangat menyokong minat saya. Kadang rasa bersalah sangat sebab mak dah belikan, Tapi sejak ada mesin ini, sepasang baju pun saya belum buat untuk emak.. Saya kene paksa diri mula menjahit. Bila dah mula, baru akan datang mood menjahit semula.InsyaAllah, target saya, bulan ni baju emak mesti siap... Kita tunggu ye entry "Sepasang B

Hero2 Umi Berjubah...

Assalamualaikum.... Last week, balik kerja ambil anak2 kat rumah pengasuh. Pengasuh pakaikan anak2 saya jubah..Memang saya bekalkan 'jubah arab' hari itu utk anak2 saya..Pertama kali tengok anak-anak berjubah terdetik dalam hati, "alahai, comelnya anak2 umi ni" (perasan ek umi ni?hihihihi)...tapi itulah yang saya rasa. Semua ciptaan Allah itu indah... Bila hati dah suka tengok anak-anak berjubah, mulalah timbul niat di hati nak menjahit jubah arab sendiri utk anak-anak saya...Makanya hari ni saya men'google' cara menjahit jubah arab kanak-kanak. Saya jumpa satu blog yang tunjuk dari cara ukur,potong dan cara jahit jubah arab. Memang nampak mudah sangat nak buat jubah arab ini. Sesiapa yang punya keinginan macam saya, menjahit jubah arab bolehlah klik link blog ini :-  http://azimadiyshop.blogspot.com/2013/08/tutorial-1-cara-potong-jubah-mekah-size.html  http://azimadiyshop.blogspot.com/2013/08/tutorial-2-sambungan-cara-jahit-jubah.html Ni

Siapa Perlukan Omega-Part2

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi lebih lanjut berkaitan Omega...Entry semalam yang tulis secara ringkas je tentang Siapa Yang Perlukan Omega Guard. Hari ini saya bagi ianya lebih details lagi... Anda Perlu Ambil OmegaGuard Sekiranya Anda : - Ibu Hamil - Untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan, mengurangkan risiko bayi lahir pramatang, dan mengurangkan alahan pada bayi selepas bayi dilahirkan Ibu Menyusu - Untuk perkembangan otak bayi, dan meningkatkan pembentukan sistem imun anak Kanak-kanak - Usia 0-6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan pemakanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3,DHA, dan EPA, dan bagus untuk sisitem imunisasi, asma, eczema. Individu yang ingin mengawal berat badan - Omega-3 meningkat hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat. Individu yang mementingkan kesihatan - memelihara daripada penyakit jantung, stroke, obesiti, kencing manis, dan banyak

Siapa Perlukan Omega - Part 1

Hai semua.... Bulan ni Shaklee Promosi Omega Guard. Jadi saya nak kongsikan siapa yang perlukan Omega Guard :- 1. Ibu Hamil 2. Ibu Menyusu 3. Mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi. 4. Kanak-kanak 5. Mereka yang mempunyai madalah berat badan. 6. Mereka yang sering sakit (batuk berkahak,selsema berpanjangan, asma,) Banyak lagi saya nak kongsikan tentang OmegaGuard ni.... Tunggu di entry akan datang...stay tuned.... Shaklee Ind.Distr Shaklee Id : 888841 Hp : 0136859903

Promosi Nov.2014

PROMOSI NOVEMBER 2014 OMEGA GUARD - Buy 6 free 1!!!!!!!!! Bulan ini Shaklee dah umumkan Promosi Omega Guard. Ini secara ringkasnya tentang Omega Guard :- Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata. Shaklee OmegaGuard ™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard ™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Untuk info lanjut, boleh hubungi saya,  Shaklee Ind.Distr Syazwani Mohd Noh Shaklee ID : 888841 HP : 0136859903 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

BF & Sokongan...

Hari ini saya nak cerita lagi pengalaman BF saya. Ini semua daripada pengalaman saya sendiri tau. jadi mungkin apa yang saya rasa & yang saya lalui tak sama dengan orang lain. Sepanjang 9 bulan perjalanan BF Muhammad Ammar Hadi, saya berpendapat bahawa sokongan & kerjasama daripada orang keliling yang rapat dengan kita sangat2 penting. Paling penting kerjasama daripada yang menerima susu itu sendiri...Siapa lagi kalau bukan si hero kecik saya, Ammar. Teknik hisapan yang betul daripada baby, membantu ibu. Sebab jika salah teknik hisapan, ibu akan rasa sakit, akan menyebabkan 'nipple cracked'. Situasi ini sedikit sebanyak akan membuat ibu2 rasa down, rasa BF menyakitkan &akhirnya boleh membuatkan ibu2 putus asa..NO...NO...NO.... sepatutnya ibu2 kena kuat, jangan putus asa. Teruskan BF. Ajar bayi hisap dengan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berakhir kesakitan itu, dan akan timbul kebahagian bila melihat anak2 minum susu kita sendiri. Alhamdulillah, sep