Last 2 week saya balik kampung, ipar duai saya bercerita tentang Kolesterol. Mereka bercerita ada kenalan yang kurus tetapi ada masalah kolesterol tinggi. Ada yang badan agak berisi, tapi tak de pulak masalah koleterol tinggi. Saya cuma menjadi pendengar je masa itu. Tup tup mereka ini tanya saya, "sebenarnya apa tu kolesterol? Kenapa orang kurus pun ada masalah kolesterol tinggi? Alamak!!!! saya tak berapa tahu nak jawab....saya pun jawab jelah apa yang saya tahu. Tapi saya pun dah tak ingat apa jawapan saya sebab memang hentam je pun time tu. So, balik je dari kg, saya pun gigihlah men'google' info tentang Kolesterol. Ini sedikit info yang saya dapat tentang Kolesterol. Apa Itu Kolesterol? Kolesterol adalah satu bahan lekit seakan lemak yang terdapat dalam di dalam darah dan di setiap sel dalam badan. Ianya penting untuk kesihatan kerana ianya diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tisu dan hormon tertentu. Bagaimanapun sekiranya paras kolesterol dalam darah ti...