Skip to main content

Kolesterol

Last 2 week saya balik kampung, ipar duai saya bercerita tentang Kolesterol. Mereka bercerita ada kenalan yang kurus tetapi ada masalah kolesterol tinggi. Ada yang badan agak berisi, tapi tak de pulak masalah koleterol tinggi. Saya cuma menjadi pendengar je masa itu. Tup tup mereka ini tanya saya, "sebenarnya apa tu kolesterol? Kenapa orang kurus pun ada masalah kolesterol tinggi?
Alamak!!!! saya tak berapa tahu nak jawab....saya pun jawab jelah apa yang saya tahu. Tapi saya pun dah tak ingat apa jawapan saya sebab memang hentam je pun time tu. So, balik je dari kg, saya pun gigihlah men'google' info tentang Kolesterol.

Ini sedikit info yang saya dapat tentang Kolesterol.

Apa Itu Kolesterol?
  •  Kolesterol adalah satu bahan lekit seakan lemak yang terdapat dalam di dalam darah dan di setiap sel dalam badan. Ianya penting untuk kesihatan kerana ianya diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tisu dan hormon tertentu. Bagaimanapun sekiranya paras kolesterol dalam darah tinggi, ianya mengundang kepada risiko penyakit jantung.
Jenis Kolesterol
  1. Low Density Lipoprotein (LDL) - Lipoprotein Berketumpatan Rendah
  2. High Density Lipoprotein (HDL) - Lipoprotein Berketumpatan Tinggi
  3. Trigliserida
 Low Density Lipoprotein (LDL) - Lipoprotein Berketumpatan Rendah
  • Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol dalam arteri & kemungkinan meyebabkan penyakit jantung.
  • Lebih tinggi paras Kolesterol LDL, lebih tinggi risiko penyakit jantung
  • Itulah sebabnya Kolesterol LDL selalu dianggap "Kolesterol Jahat"
High Density Lipoprotein (HDL ) - Lipoprotein Berketumpatan Tinggi
  • Kolesterol HDL dipanggil " Kolesterol Baik"kerana dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan dalam darah
  • Paras HDL yang tinggi seolah2 melindungi daripada penyakit jantung / kurangkan risiko penyakit jantung
Trigliserida
  • Ialah satu lagi jenis lemak dalam darah. Seseorang yang mempunyai paras Trigliserida dalam darah yang tingi berkemungkinan juga mempuntai paras LDL yang tinggi dan HDL yang sangat rendah. 
* Adalah penting untuk kita mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan risiko masalah Kolesterol Tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...

Jom MenDonut

Petang ni Allah bagi mood rajin. Allah bagi kekuataj nak buat donut. Dalam menahan sakit dada, umi gagah juga menguli donut. Yelah tu menguli. Pada hal, resepi tu tak perlu uli beria. Uli asal kan die jadi doh sudah. Kali ini buat guna gula perang dan unsalted butter. Umi ni sebelum dapat resepi ni memang tak pandai buat donut. Pernah buat tak menjadi. Tak naik pun donutnya. Sekarang dah boleh berbangga sikit lah sebab buat donut menjadi. Ok umi kongsikan resepinya ye. RESEPI DONUT 2 sudu butter. (Cairkan dah sejuk Lps tu masukkan sebiji telur dalam butter tadi. Kacau. Letak tepi) 1 cawan air suam. (Letak gula 4 sudu besar.kacau smpai gula tu larut pastu susu pekat dlm 1 sudu. Kacau lagi. Pastu masukkan 1 paket yis. Transfer la dlm bekas besar sikit sebab yis tu akan naik. Biarkn 10 minit.) 4 cawan tepung Masukkan adunan butter dengan yis tadi tu. Uli smpai jd doh. Kalau lembik sgt tmbah la tepung sikit2. Tp adunan mmg akan lembik sket. Jgn buat keras2 nti lps goreng donut ...