Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014
Hai...Assalamualaikum... Kembali bersiaran. Minggu ni saya agak bz sikit. Biasalah akhir-akhir  bulan. Sampai deadline untuk submit Tax...   Hari ini saya kongsikan resepi. Sebenarnya saya google resepi ini atas permintaan Amsyar. Amsyar mintak saya buatkan Kuit Tiram... Dengarkan permintaan Amsyar buat ummi nak tergelak. Umi manalah pandai nak buat Kuih Tiram. Tapi hati seorang ibu, memang tak sampai hati dan tak tenang selagi hajat & permintaan anak tak dipenuhi. Saya google & dapatlah resepi ini. Ini saya copy & paste dari  SINI     KUIH TIRAM recipe and photo by resepidaria.blogspot.com Bahan-bahannya:- 3 cawan tepung gandum 150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak) sedikit garam sebiji telur Gula pasir yang dimesin halus secukupnya 1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras) 3/4 cawan minyak masak Cara-caranya:- Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam. Masukkan air sedikit demi sedikit s

Syarat Ibu & Anak Susuan...

Bagaimanakah syarat menjadikan anak susuan itu mahram dengan ibu susuannya?   Rukun penyusuan dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:- 1. Al-Murdhi' iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun. 2. Ar-Radhi' iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari. Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun, maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. 3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut bayi yang disusukan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yan

Petua Bawang Putih Untuk Anak batuk

Petua Bawang Putih Untuk Anak Batuk. Petua 1 :- Panggang / bakar bawang putih dengan kulitnya sehingga masak atau kulitnya hitam. Kemudian lenyekkan pada minyak bayi. Sapukan pada dada anak ketika batuk dan selsema. Petua 2:- Garlic Socks. Pakaikan stokin berlubang. Kemudian, ambil sehelai lagi stokin. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. (Tak perlu lumat). Untuk bayi boleh guna 1/2 ulas sahaja. Jika bayi nampak tidak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih. Sapukan pada tapak kaki bayi. *Bawang putih bertindak sebagai antibakteria &antivirus. P/s : kalau tak berapa nak rajin bakar or tumbuk bawang putih boleh guna #GarlicComplexShaklee . Syazwani Mohd Noh Hp : 0136859903

Jumlah SUSU Yang Diperlukan Bayi

Assalamualaikum... Salam sayang untuk semua, khasnya buat ibu-ibu yang sedang atau bakal menyusukan bayi... Apa khabar? Hopefully sihat & masih & terus dengan semangat BF... Tahniah diucapkan buat ibu-ibu yang baru melahirkan permata hati. Selamat menempuh alam baru, selamat berpantang &selamat menyusukan bayi anda.... Hepy Breastfeeding. Post yang saya kali ini, saya nak kongsikan ini info yang sangat berguna untuk anda & sememangnya WAJIB untuk anda ketahui terutamanya bagi anda yang baru menempuh dunia 'breastfeeding' ini.  Bayi yang baru lahir, perutnya kecil &a antibodinya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dunia luar. Oleh itu, susui lah bayi anda dengan susu ibu tanpa air masak atau apa saja makanan tambahan lain KECUALI susu ibu sahaja sehingga usianya 6 bulan (Eksklusif breastfeeding). Ramai di kalangan ibu-ibu yang gusar & tidak yakin dengan kemampuan sendiri untuk meghasilkan susu yang mencukupi untuk anak yang bakal

Teknik Mengepam

Assalamualaikum..Hai semua... Hari ini ada lagi perkongsian untuk Mummy2 yang bakal menyusukan. Hari ini nak kongsikan pula tentang Teknik Mengepam. Selamat Membaca ye mummy2 sekalian... Teknik Mengepam @ Memerah :- Breastpump Elektrik. Sebenarya ada dua jenis pam elektrik. Single pump & Double pump. Terpulang pada ibu untuk beli yang mana satu ye. Ikut kemampuan & keperluan. Sekarang harga pam elektrik ini pun dah tak semahal dulu. Kalau dulu harga sekitar 600 - 1K. Sekarang untuk ' Double Pump' RM 400 pun dah ada. Saya beli EVE LOVE tahun 2013 RM 450 je.... Breatpump Manual . Yang ni murah sikit berbanding elektrik. Pengalaman kakak saya, manual pump Avent sangatlah best.Lembut, tidak menyakitkan & hasilnya tidak mengecewakan. Tekink Marmet.-  Kaedah ni paling jimat kos, paling terbaik untuk kosongkan breast N lancarkan pengeluaran susu.Walaubagaimanapun teknik ini perlu dipelajari dengan betul baru dapat hasil yang diingini & tid

Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak (Part 2)

Seperti yang dijanjikan kita sambung entry " Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak" ke part 2... Kali ini saya nak berkongsi pulak persedian peralatan untuk menyusukan anak. Sememangnya saya akui persediaan peralatan tersangatlah penting dalam menjayakan penyusuan ini. Pengalaman saya sendiri, masa anak pertama, niat dah ada, ilmu ada sikit tapi peralatan tak lengkap. Akhirnya saya gagal. Alhamdulillah untuk anak kedua, semasa dalam kandungan saya dah plan beli peralatan menyusu. Perkara paling penting bagi saya adalah pump. Alhamdulillah hari pertama Ammar lahir, saya dah dapat 'Breast Pump' yang saya beli secara 'kutu'. Panjangnya saya membebel ye. Ok kita teruskan kepada misi yang utama....hihihihi... Persediaan Peralatan Untuk Menyusu. Buku - "Panduan Menyusu Bagi Ibu Bekerjaya' . Untuk panduan penyusuan, saya ada beli buku ini :- Botol susu untuk simpan susu. Yang ini saya tak beli. Kakak saya bagi yang dia dah tak guna. P

Persediaan Bagi Ibu Yang Bakal Menyusukan Anak (Part 1)

Untuk berjaya dalam penyusuan, ibu-ibu perlu membuat persediaan. Persediaan ini sememangnya sangat penting. Saya sendiri ada pengalaman. Semasa anak pertama, niat untuk menyusukan itu ada. Tetapi persediaan dari segi minda dan peralatan itu tidak cukup. Untuk anak yang kedua, saya memang persiapkan diri dengan mental & sediakan peralatan yang diperlukan untuk penyusuan. Ok, tak nak membebel panjang, jom kita baca apa persedian yang diperlukan untuk ibu-ibu yang bakal menyusukan bayi. Persediaan Dari Segi Minda & Mental :- Ilmu Breastfeeding - banyakkan membaca dan menggali ilmu BF ini seawal kita pregnant lagi. Set dalam minda bahawa SETIAP IBU YANG MAMPU MELAHIRKAN ANAK, INSYAALLAH MAMPU MENYUSUKAN ANAK. Bersiap sedia dengan apa juga cabaran & dugaan yang mendatang. Sebagai contoh :- -Cabaran dari ibu @ ibu mertua/ makcik2/ sedara2/ kawan2 yg tiada ilmu tentang breastfeeding. Mesti akan suh korang top up susu formula gak. Padahal tak perlu walau setit

Power Pumping

Pernah dengar Power Pumping? Bagi ibu yang menyusukan bayi, mesti tahu apa itu 'Power Pumping'. Untuk berjaya dalam penyusuan, ibu-ibu memang perlu ada ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu BF agar dapat mumudahkan perjalanan BF. Ok, hari ini saya akan kongsikan sedikit ilmu tentang 'Power Pumping' Apa itu Power Pumping? Power pumping adalah teknik mengepan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ianya melibatkan teknik mengepam dan setup mengepam yang biasa tetapi dengan cara yang lebih unuk. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat meingkatkan penghasilan susu ibu. Siapa yang perlukan Power Pumping? Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - untuk merangsang penghasilan susu Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak setelah berhanti menyusukan Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk banyakkan susu semula - biasanya kekurangan susu adalah akibat perubahan hormon, period, kurang mengepam &etc

Set Penyusuan Shaklee.

Anda IBU MENYUSU? Adakah anda mempunyai masalah susu cair, sering keletihan dan tidak bertenaga? Saya cadangkan anda Set Penyusuan Lengkap Shaklee ini untuk anda. Inilah yang telah diamalkan beratus pengguna Shaklee dan Alhamdulillah mereka sangat berpuas hati. Apakah kepentingan Vitamin-vitamin Shaklee dalam Set Penyusuan Ini :- a) Vitalea Iron Formula Dilengkapi dengan 12 Vitamin dan 7 galian dan zat besi.  Multivitamin Shaklee a.k.a Vitalea Iron Formula ini telah dilengkapi dengan Iron. Ada sesetengah Doktor menasihatkan agar si ibu yang menyusu perlu memastikan pengabilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas mengepam atau menyusukan bayi. Zat besi amat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun, Vitalea ini tidak disarankan diambil bersama minuman beasaskan susu keran ianya akan mengganggu penyerapan zat besi oleh badan. b) B-Complex Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & prote

Jalan-jalan tengok buaya

Akhirnya dapar jugak saya jejakkan kaki ke Taman Buaya Terbesar Semenanjung Malaysia... Dah lama planning nak pergi. Dari masa Amsyar kecik2, sampai Amsyar dah dapat adik...barulah saya sampai ke Taman Buaya ini. Sabtu lepas, selepas balik kerja kami sekeluarga pergi jemputan kahwin adik 'Mak Mas' di Felda Air Tawar 1. Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke Taman Buaya. Selepas pergi majlis kahwin, kami mulakan perjalanan balik. My hubby nak ikut highway desaru. On the way nak masuk highway nampak signboard Taman Buaya Teluk Sengat. Terus je my hubby cakap, " Jom kita g Taman Buaya"...  Wah ini sudah bagus. Saya pun memang dah lama sangat teringin nak pergi. Amsyar lagilah...bukan main suka nak tengok buaya... Sampai je Taman Buaya nampak signboard ini :- Oooo taman buaya ini rupanya terbesar di Semenanjung Malaysia.... Ada lebih seribu ekor buaya. Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa. Kanak-kanak saya tak pasti. Sebab 3 tahun masih

Kesan Kekurangan Vitamin C

Hari ini saya nak kongsikan pula tentang Kesan Kekurangan Vitamin C. Semua orang tahu, Vitamin C amat penting untuk tubuh badan kita. Tapi bila ditanya kenapa Vitamin C penting, pasti ramai yang tidak tahu. Hari ini saya nak kongsi kesan kekurangan Vitamin C. Kesan Kekurangan Vitamin C    Kulit kering Masalah melawan penyakit /imun Rambut bercabang Mudah lebam Bengkak &perubahan warna pada gusi Pendarahan pada sendi yang akan menyebabkan sakit sendi yang teruk Hidung berdarah Kehilangan gigi Keletihan & badan berasa lemah Penyembuhan luka yang lambat  Banyak kesannya disebabkan kekurangan Vitamin C. Dengan mengetahui kesan kekurangan, secara tidak langsung kita akan mengetahui kenapa pentingnya Vitamin C pada tubuh badan kita.

Kolesterol

Last 2 week saya balik kampung, ipar duai saya bercerita tentang Kolesterol. Mereka bercerita ada kenalan yang kurus tetapi ada masalah kolesterol tinggi. Ada yang badan agak berisi, tapi tak de pulak masalah koleterol tinggi. Saya cuma menjadi pendengar je masa itu. Tup tup mereka ini tanya saya, "sebenarnya apa tu kolesterol? Kenapa orang kurus pun ada masalah kolesterol tinggi? Alamak!!!! saya tak berapa tahu nak jawab....saya pun jawab jelah apa yang saya tahu. Tapi saya pun dah tak ingat apa jawapan saya sebab memang hentam je pun time tu. So, balik je dari kg, saya pun gigihlah men'google' info tentang Kolesterol. Ini sedikit info yang saya dapat tentang Kolesterol. Apa Itu Kolesterol?  Kolesterol adalah satu bahan lekit seakan lemak yang terdapat dalam di dalam darah dan di setiap sel dalam badan. Ianya penting untuk kesihatan kerana ianya diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tisu dan hormon tertentu. Bagaimanapun sekiranya paras kolesterol dalam darah ti

Manfaat Utama SR Vita-C 500mg

Entry sebelum ini saya share tentang fungsi Vitamin C secara umum. Ini saya nak share pulak manfaat utama Vitamin C yang menjadi pilihan saya. Yang lain tak bukan Sustained Release Vita-C 500mg. Manfaat Utama SR Vita-C 500mg ;- Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik Memperbaiki Simptom Pendarahan   - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam, dan kulit kasar. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel daran merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, athma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema. Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, m

Fungsi Vitamin C

Assaalamualaikum... Sempena bulan promosi Sustained Releasa Vitamin C 500 mg, saya nak kongsikan tentang Fungsi Vitamin C. Fungsi Vitamin C  Meningkatkan respon imun Stress akan meningkatkan keperluan Vitamin C Perokok dan mereka disekeliling perokok sangat memerlukan Vitamin C Vitamin C membantu penyerapan Zat Besi (sangat bagus untuk yang mengalami Anemia) Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting untuk mencegah penyakit gusi. Membantu memulihkan luka Memerangi kimia toksik (Nitrat & Nitrit) Banyak lagi info tentang Vitamin C ini. Kalau inginkan kulit yang cantik, mulus, cerah, perlulah konsisten mengambil Vitamin C. Menurut pakar, untuk cantik kita memerlukan 3000mg Vitamin C sehari. InsyaAllah, entry akan datang saya akan kongsikan Testimonial SR Vita C  500mg yang meletupppp!!!! Stay tuned.. Syazwani Mohd Noh Shaklee Independent Distributor ID Shaklee : 888841 Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903 Email: diwa

Promosi December 2014

Alhamdulillah...saya masih lagi dapat update blog. Hari ini saya nak war-warkan Promosi Shaklee bulan December. Promosi yang sangat bestlah..Lagi-lagi untuk orang yang nak kulit cantik mulus... Bulan ni Shaklee buat promosi untuk dua produknya :- - Sustained Released Vita C 500mg - Vitamin E Complex   Tapi yang bestnya bulan ni Shaklee tersangatlah baik hati. Ditawarkan 4promosi. 1. Buy 6 free 1 SR Vita C 500mg 2. Buy 2 SR Vita C 500mg Get 5%Discount 3. Buy 6 Free 1 Vitamin E 4. Buy 2 Vitamin E Get 5% Discount Jika berminat dan ada apa2 pertanyaan, jangan segan hubungi saya ye...   Syazwani Mohd Noh Shaklee Independent Distributor ID Shaklee : 888841 Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903 Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit