Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Yeayyyy.. Alhamdulillah. Dapat Reward.

Lama nya tak update blog. Rasanya dah lebih seminggu. Busy ke lupa sebenarnya..hihihihi Umi nak share cerita gembira. Alhamdulillah. Umi dah lepas target yang Bonda stokist Rich Ladie Team tetapkan untuk dapat reward. Bonda suruh Umi pilih sendiri nak reward apa. Kali ini Umi pilih reward Flawless Kit Sutrina. Sebenarnya Umi pun memang teringin nak mencuba Sutrina sebab ianya produk berasaskan Essential Oil. Sejak join Puers Kidsdom ni, apa yang berkaitan EO teringin nak cuba. Lepas ni nak beli EO jugak 1, nak try. Bulan ni Umi pun dapat lepas target diri sendiri. 100 balm. Alhamdulillah. InsyaAllah next month nak target lebih lagi. Umi sekarang pun dah ada 3 orang dropship. Ada 2 hari before closing, tapi Umi dah buat target untuk next month. Target September 2017 :- ♡ 150 balm ♡ Recruit 3 orang Independent Seller. Moga target Umi ni tercapai. Amin.

Stok Balm Dah Sampai

Alhamdulillah. Stok balm 30g dah sampai. Lega hati Umi ni bila stok ada dalam tangan. Tak risau bila customer nak. Umi restok 25 botol kali ni. 10 dah di booked oleh Dropship Umi. Laju jugak dropship Umi yanh sorang ni. Ok jom. Umi belanja gambar stok yang dah selamat Umi susun dalam drawer Ikea yang comel tu. Nampaknya kena beli rak besar sikit lah. * Big Boss belanja Umi beli rak ye nanti. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent PuersKidsdom Johor

Buku Sampai Cucu Cicit

Umi hari ni busy balut buku. Tips ini umi dapat dari seorang kakak yang umi kenal dari group Telegram Homeschooling. Kalau beli / dapat buku, kena sampul dulu. Baru lah buku tu tahan lama. Boleh guna sampai anak cucu. Terima Kasih Kak Lin Shahasuzlina Omar atas tipsnya. InsyaAllah umi akan ingat sampai bila2. * Sikit hari tu Umi malas nak balut buku. Akibatnya ada 2 keping buku Dr Bubbles kembang tertumpah air. Padan muka, malas lagi kan?.ok. Insaf terus. Ok. Umi nak Asar dulu. Jumpa lagi next post. Salam Sayang, Ummi Wawa, Agent PuersKidsdom Johor

New Look

Alhamdulillah Yeayyy . Blog dah cantik. Suka sangat umi tau. Tq Sis Siti Awadah tolong makeover blog umi ni. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent PuersKidsdom Johor

Anak Dah Tak Liat Bangun Subuh

Alhamdulillah. Syukur sangat. Gembira tak terkata. Gembira bila customer yang guna Calming Balm bagi feedback positif. Gembira sebab kita dapat bantu masalah orang lain. Customer (nama dirahsiakan atas permintaan) cuba Calming Balm untuk anaknya yang berumur 6tahun. Anaknya mudah marah, tidur lambat, nak kejut bangun pagi pun susah. Alhamdulillah, selepas 3hari guna Calming Balm, nampak perubahan kat anak die. Anaknya dah mudah bangun pagi solat Subuh di surau. Dah tak marah2. * Si Adik, ibunya sapukan Deep Sleep yang umi bagi tester. Alhamdulillah, mudah tidur dan tak meragam. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent Puer's Kidsdom Johor

Favourite Amsyar - Si Kuning Putu Pirinmg

Si Kuning yang menjadi kegemaran Abang Amsyar. Abang Amsyar  ni memang suka sangat makan Putu Piring. Kalau balik kampung hari Sabtu petang, memang kitorang akan singgah Pasar Malam Mawai. Bila ditanya, nak makan apa. Confirm yang keluar dari mulut Abang Amsyar ialah Putu Piring. Makan panas2, sedapppp. Tapi Amsyar ni perangai sama je macam Umi. Tak tahan makan makanan yang panas. Anak umi lah katakan. Hihihi. Kalau beli Putu Piring, paling sikit 3 kotak Abah beli. Yelah nak balik kampung, ramai yang. Makanan perlu dikongsi kan??? Ok. Ini salah satu je favourite Abang Amsyar. Banyak lagi makanan yang Abang Amsyar suka makan. Dan Abang Amsyar ni sangat pandai merasa makanan tau. Jaga2 lah siap jadi wife die nanti. Jumpa lagi the next story,ok. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent Puer's Kidsdom Johor.

Jom MenDonut

Petang ni Allah bagi mood rajin. Allah bagi kekuataj nak buat donut. Dalam menahan sakit dada, umi gagah juga menguli donut. Yelah tu menguli. Pada hal, resepi tu tak perlu uli beria. Uli asal kan die jadi doh sudah. Kali ini buat guna gula perang dan unsalted butter. Umi ni sebelum dapat resepi ni memang tak pandai buat donut. Pernah buat tak menjadi. Tak naik pun donutnya. Sekarang dah boleh berbangga sikit lah sebab buat donut menjadi. Ok umi kongsikan resepinya ye. RESEPI DONUT 2 sudu butter. (Cairkan dah sejuk Lps tu masukkan sebiji telur dalam butter tadi. Kacau. Letak tepi) 1 cawan air suam. (Letak gula 4 sudu besar.kacau smpai gula tu larut pastu susu pekat dlm 1 sudu. Kacau lagi. Pastu masukkan 1 paket yis. Transfer la dlm bekas besar sikit sebab yis tu akan naik. Biarkn 10 minit.) 4 cawan tepung Masukkan adunan butter dengan yis tadi tu. Uli smpai jd doh. Kalau lembik sgt tmbah la tepung sikit2. Tp adunan mmg akan lembik sket. Jgn buat keras2 nti lps goreng donut

"Baru Clear Hidung"

Assalamualaikum. "BARU ClEAR HIDUNG". Apa yang clearnya hidung tu? Ni ha umi nak share testimonial Baby Rub. Rasa tak selesa kan bila kita selsema. Lagi-lagi time nak tidur tu bila hingusnya dah blocked hidung. Kita yang tua ni pun rasa tak selesa, apatah lagi baby. Confirm tidur pun tak lena. " Ok, kita pakai. Semalam buat semua tak boleh. Baring tak boleh, mengiring tak boleh. Last2 teringat Baby Rub. Terus sapu. Barulah clear hidung. Terus tertidur weh. Malam before tak dapat tidur, nose blocked dan perit tekak" Alhamdulillah. Seronok bila dapat feedback macam ni. Seronok bila dapat bantu orang. Yang bestnya Baby Rub ni 100% bebas daripada "Harmful Chemical". Jangan risau sebab KKM approved tau. Semua balm Puer's Kidsdom telah mendapat kelulusan KKM. Ok. Umi nak mengemas jap sementara anak2 umi lena dibuai mimpi. #Puer's Kidsdom #Every Moms Wish Salam Sayang, Ummi Wawa Agent Puers Kidsdom Johor 01110797268

Baby Rub

Baby Rub ********* Baby Rub ni mesti sentiasa ada tau. Lagi - lagi musim tak menentu ni. Ramai yang demam, batuk, selsema. Risaunya bila batuk dan selsema  berpanjangan sampai terpaksa ambik neb. Sebagai persediaannya, kalau nampak anak2 ada tanda2 nak batuk / selsema cepat2 sapu Babu Rub ye. Baby Rub ni sesuai untuk semua. Orang dewasa pun sesuai tau. #PuersKidsdom #EveryMomsWish Salam Sayang Ummi Wawa

Pengganti Ubat Nyamuk

Pengganti 'Ubat Nyamuk'. Macam menarik je kan? Ok,ni umi nak war2kan. Umi sejak jumpa Bugs Away ni memang dah tak guna dah 'ubat nyamuk' ke, penyembur nyamuk ke. Sebelum ni tahu benda2 tu semua tak berapa nak elok pun. Bau nya mak aih. Memang tak boleh tahan. Lagi2 untuk yang ada athma macam Amsyar. Memang sebolehnya elakkan lah guna penyembur nyamuk. Ini umi nak tunjuk. Ada je yang lebih selamat untuk kita gantikan segala jenis ' ubat nyamuk' tu. Dalam bentuk balm. Cuma sapu pada anak2 je. Selesai masalah digigit nyamuk. Nyamuk malu nak hinggap dek bau 'Lemongrass'. Yang bestnya bau Bugs Away ni menenangkan. Memang semerbak bau 'Lemongrass'. Ok cukup dulu kot cerita pasal Bugs Away ni. Banyak lagi nak share. Tunggu the next episode ye. Hihihihi #Puer's Kidsdom #EveryMomsWish Salam Sayang Ummi Wawa

Tantrum

Tantrum ******** Apa itu tantrum? Rata-rata yang dah jadi mak ayah ni mesti biasa sangat dengan perkataan 'Tantrum' ni. 'Temper Tantrum' ni atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak2 kerana ianya salah satu cara mereka berkomunikasi. Yelah anak2 kecil ni masih belum mahir bercakap. Jadi cara mudah diorang nak beritahu atau nak dapatkan sesuatu dengan mengamuk / menangis. Bila kita tak tahu cara kendali anak-anak tantrum ni, mulalah kita ambil jalan mudah. Pukul, jerit dan marah dengan harapan anak2 akan berhenti mengamuk. NO! NO !NO! Cara ini tak elok sebenarnya sebab akan bagi impak negatif pada anak2. Ok, umi kongsikan antara yang boleh kita lakukan nak handle anak2 tantrum ni. 1. BERTENANG  * Ibu ayah dan orang2 sekeliling perlu bertenang ye bila anak2 mengamuk. Jangan melenting atau marah. * Buat muka relax je. Anak2 akan mula pelik. " Ehh takkan umi tak marah?". * Ini namanya reverse phycology 2. CUBA PUJUK * Usaha pujuk dengan

Bisnes Baru Umi

Assalamualaikum. Jam sekarang pukul 1.30 am. Saat orang lain sedang diulit mimpi,umi menulis posting ni. Ok, umi nak cerita tentang bisnes baru umi. Sebelum ni orang tahu umi buat Shaklee kan? Umi masih SID Shaklee lagi. Cuma sekarang umi lebih fokus kepada bisnes baru ni. Umi sekarang agent Puer's Kidsdom. Apa tu Puer's Kidsdom? Macam tak pernah dengar je kan? PK menghasilkan dan menjual produk natural untuk "baby" dan "Kids". Buat masa ni PK fokus kepada Therapy Balm. Ada 6 jenis Therapy Balm keluaran PK :- * Baby Rub - membantu masalah batuk, selsema, athma. * Bugs Away - mengahalang gigitan serangga seperti nyamuk, semut * Lovely Skin - Untuk masalah kulit seperti ruam, eczema * Happy Tummy - pengganti minyak telon untuk kembung perut,sembelit, cirit birit. * Calming Balm - bantu kawal tantrum anak, bantu anak lebih "relax" * Deep Sleep - bantu dapatkan tidur yang lena dan berkualiti. Kesemua therapy balm di atas sesuai digun