Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cerita Cinta Kami.

Jom MenDonut

Petang ni Allah bagi mood rajin. Allah bagi kekuataj nak buat donut. Dalam menahan sakit dada, umi gagah juga menguli donut. Yelah tu menguli. Pada hal, resepi tu tak perlu uli beria. Uli asal kan die jadi doh sudah. Kali ini buat guna gula perang dan unsalted butter. Umi ni sebelum dapat resepi ni memang tak pandai buat donut. Pernah buat tak menjadi. Tak naik pun donutnya. Sekarang dah boleh berbangga sikit lah sebab buat donut menjadi. Ok umi kongsikan resepinya ye. RESEPI DONUT 2 sudu butter. (Cairkan dah sejuk Lps tu masukkan sebiji telur dalam butter tadi. Kacau. Letak tepi) 1 cawan air suam. (Letak gula 4 sudu besar.kacau smpai gula tu larut pastu susu pekat dlm 1 sudu. Kacau lagi. Pastu masukkan 1 paket yis. Transfer la dlm bekas besar sikit sebab yis tu akan naik. Biarkn 10 minit.) 4 cawan tepung Masukkan adunan butter dengan yis tadi tu. Uli smpai jd doh. Kalau lembik sgt tmbah la tepung sikit2. Tp adunan mmg akan lembik sket. Jgn buat keras2 nti lps goreng donut ...

Rezeki

Kita selalu dengar orang cakap "kalau dah rezeki tu tak ke mana", dah memang rezeki die"..... Hari ni saya nak kongsikan cerita tentang rezeki. Hari rabu baru ni (kelmarin), saya, husband & anak keluar. Planning nya nak ke Maidin belanja barang dapur sebab hubby dh gaji. Sebelum ke Maidin kitorang planning makan dulu. Amsyar nak makan roti canai. Fikir2 nak makan kat mane ek roti canai. Akhirnya decide makan dekat restoran depan taman je. ( mawar 46). Senang lepas makan terus pergi Maidin. Nak dijadikan cerita, sampai je kat kedai, enjin kete dh siap mati dah. Tiba-tiba....... "uwwwekkkkk, uwwwekkk,uwwweekkkk" Ammar muntah.... Habis semua baju die. Kalau baju Ammar je tak pe sebab saya kalau keluar memang sentiasa bawak baju spare untuk anak2. Ini dengan baju saya, tudung, seluar semua mandi muntah. Nak tak nak kenalah balik rumah semula untuk salin baju. Saya & husband dah risau ni bila Ammar start muntah,sebab Ammar tengah cirit birit. Takut m...

Jalan-jalan tengok buaya

Akhirnya dapar jugak saya jejakkan kaki ke Taman Buaya Terbesar Semenanjung Malaysia... Dah lama planning nak pergi. Dari masa Amsyar kecik2, sampai Amsyar dah dapat adik...barulah saya sampai ke Taman Buaya ini. Sabtu lepas, selepas balik kerja kami sekeluarga pergi jemputan kahwin adik 'Mak Mas' di Felda Air Tawar 1. Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke Taman Buaya. Selepas pergi majlis kahwin, kami mulakan perjalanan balik. My hubby nak ikut highway desaru. On the way nak masuk highway nampak signboard Taman Buaya Teluk Sengat. Terus je my hubby cakap, " Jom kita g Taman Buaya"...  Wah ini sudah bagus. Saya pun memang dah lama sangat teringin nak pergi. Amsyar lagilah...bukan main suka nak tengok buaya... Sampai je Taman Buaya nampak signboard ini :- Oooo taman buaya ini rupanya terbesar di Semenanjung Malaysia.... Ada lebih seribu ekor buaya. Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa. Kanak-kanak saya tak pasti. Sebab 3 tahun masih ...

Rendang Emak Kesukaan Saya

Hari ini saya nak kongsi resepi Rendang Ayam Emak saya a.k.a RENDANG TOKMI (nama resepi dari anak buah saya). Saya rasa rendang emak saya adalah rendang yang sangat sedap dan paling special...Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap didunia. Teringat lagi masa first time saya nak masakkan rendang resepi mak saya ni untuk suami saya. Mula2 bagitau dia macam reject. Sebab saya inform awal2 dengan die. Rendang mak saya ni tak guna rempah (ketumbar, jintan). Rendang mak saya simple je. Tapi pada saya sangatlah sedap. Bila suami macam reject saya nak masak rendang mak saya tu, saya cakap kat die, " Abang bagi wa masak dulu, & abang rasa dulu. Kalau tak suka wa belajar rendang yang berempah." Ok, husband setuju. Saya pun masak lah.....Dan nak tahu apa yang die cakap? " Wa, sedap sangat rendang ni"..... (ha tulah belum rasa belum tahu)...hihihihi... Bermula saat itu, memang rendang antara menu yang husband sangat suka request. Nak tahu lagi satu ceri...

Muhammad Al Fateh

Assalamualaikum... Hari ini kembali bersiaran. Semalam di kg, tak berkesempatan meng'update' blog. Saya nak ceritakan tentang Muhammad Al Fateh.  Saya ada terbaca sedikit sinopsis buku Sultan Muhammad Al Fateh. Memang nak mencari buku tersebut, tapi belum berkesempatan ke kedai buku. Balik kg tempoh hari, saya bercerita dengan Emak tentang Muhammad Al Fateh. Rupa-rupanya, mak nak namakan Ammar dengan nama Al Fateh sebab mak ade terbaca tentang sejarah Sultan Muhammad AL Fateh. Tapi Emak tak suarakan dengan saya sebab dengar saya dah ada pilihan nama (Muhammad Ammar Hadi).Ohhhh Emak...kenapalah tak disuarakan pendapat itu. Saya pun minta emak panggil Ammar dengan panggilan Al Fateh.. Mudah-mudahan Ammar mengikut keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh. Sedikit ringkasan tentang Sultan Muhammad Al Fateh... Biodata Ringkas Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah h...

Hero2 Umi Berjubah...

Assalamualaikum.... Last week, balik kerja ambil anak2 kat rumah pengasuh. Pengasuh pakaikan anak2 saya jubah..Memang saya bekalkan 'jubah arab' hari itu utk anak2 saya..Pertama kali tengok anak-anak berjubah terdetik dalam hati, "alahai, comelnya anak2 umi ni" (perasan ek umi ni?hihihihi)...tapi itulah yang saya rasa. Semua ciptaan Allah itu indah... Bila hati dah suka tengok anak-anak berjubah, mulalah timbul niat di hati nak menjahit jubah arab sendiri utk anak-anak saya...Makanya hari ni saya men'google' cara menjahit jubah arab kanak-kanak. Saya jumpa satu blog yang tunjuk dari cara ukur,potong dan cara jahit jubah arab. Memang nampak mudah sangat nak buat jubah arab ini. Sesiapa yang punya keinginan macam saya, menjahit jubah arab bolehlah klik link blog ini :-  http://azimadiyshop.blogspot.com/2013/08/tutorial-1-cara-potong-jubah-mekah-size.html  http://azimadiyshop.blogspot.com/2013/08/tutorial-2-sambungan-cara-jahit-jubah.html Ni...

Berhujung Minggu Di Kampung

Hujung minggu lepas kami sekeluarga balik kg. Tak de yang peliknya bila kitorang balik kg. Klu tak balik kg tu yang pelik.hihihihi...Sebab kitorang memang tak betah duduk Pasir Gudang kalau hujung minggu. Memang akan balik kg...Bukan umi n abah je yang suka.Amsyar pun memang suka sgt balik kg. Banyak aktiviti Amsyar bila di kg. Kalau kat umah tokmi Amsyar suka sgt nak jumpa n nak bermain dengan Kakak Qilah. Kakak Qilah ni mmg cam buah hati Amsyar lah....Minggu baru ni Amsyar n Kakak Qilah main lukis2,main water colour...Memang serasi diorang berdua ni. Umi lupa nak snap gambar diorang berdua. Di rumah tok mi memang boleh indoor activity je sebab umah tok mi dekat dengan jalan utama & tak ada laman. Walaupun indoor activity je, namun Amsyar tetap hepy sebab ada kawan bermain. Lain pulak ceritanya kalau di rumah tok ayah Amsyar suka dengan outdoor activity.Rumah tok ayah ada laman.Amsyar suka main kat laman.Main batu...pergi jeti...tolong abah sapu sampah. Kali ini umi dapat s...

Rutin Bulanan Amsyar & Ammar

Assalamualaikum...hai....hari ni saya nak kongsi cerita tentang rutin bulanan hero2 kecik saya.....siapa lagi Amsyar & Ammar lah...   Amsyar n Ammar ni ada rutin bulanannya.Setiap bulan saya mesti akn bawa ank2 syurga saya ni pergi berurut. Mungkin bagi sesetengah orang fikir entah ape2 je saya ni ek. Budak kecik pun nak bawa urut. Sejujurnya dulu2 saya pun berfikiran macam itu.Kenapa nk bawak budak berurut? Nanti dah terbiasa asyik nak urut je....itulah silapnya pemikiran saya dulu.Kalau difikirkn balik secara waras  apalah salahnya bawak urut setiap bulan dari bg ank makan ubt yg kita sndr tahu kandungan ubt tu apa (dadah)....Tapi itu pemikiran saya yang dulu.   Now pemikiran dah waras.Semuanya bermula bila Amsyar sakit...Ye semua kesedaran bermula dari Amsyar. (kesedaran tentang supplement jugak bermula bila Amsyar sakit).Masa tu raya.Sepupu saya datang rumah.Masa tu juga Amsyar bru keluar hospital. Keadaannya msih tak berapa ok.Malam raya kene athma...So...

Jalan2 Zoo Johor

Assalamualaikum... Hari ini saya nak cerita aktiviti hujung minggu saya & family. Last 2 week,saya & husband bawak anak2 pergi Zoo Johor.(of courselah saya & husband yg bawak,klu saya sorang alamatnya tak gerak kete.hihihi)-Bak kata husband saya lesen gntung kat leher-. Ok berbalik cite g Zoo Johor.Sebelum ni dah pernah bawak Amsyar dua kali. Srbenarnya 3 kali kot ,sebab masa sarat pregnantkn Amsyar saya pernah jugak g Zoo Johor. Kalau dulu bila sebut Zoo Johor mmg tak ramai pun yang minat nak melawat. Perkataan yang sinonim dgn Zoo Johor dulu ialah binatang dah tua2, binatang kurus2.....Tapi sekarang Alhamdulillah....dah ok sgt kalau nak bawak ank2 mengenal haiwan.Ada spesies monyet,badak air,buaya,rusa,kerbau,unta,tapir,harimau.kambing pun ada. Jom kita tgk gambar dulu.   Satu benda yang sangat menarik perhatian Amsyar ialah nak naik bot.Amsyar panggil bot...Sebenarnya saya pun tak tahu apa namanya. Yang sa...

Bercuti ke Cameron Highlands....

Day 1 - 26/10/2012 Seawal 6.30 pg kami dah memulakan perjalanan dari Taman Mawar, Pasir Gudang. Berkumpul di ofis n bertolak kul 7.00pg......Bermulalah perjalanan kami yang di jangka mengambil masa 9 jam. Lama tuuuuu.....Dalam kepala ummi ni macam2 fikir.Bermacam2 perasaan yang ummi rase. Gembira sebab dapat jenjalan + risau sebab ni first time Amsyar jalan naik bas di tambah dengan kesihatan Amsyar yang tak berapa baik....Amsyar batuk teruk. Ummi risau sangat Amsyar kena athma kat sana nanti..... Dalam perjalanan anak ummi ni langsung tak nak tido....dah nak sampai Cameron baru Amsyar tido. Hero ummi akhirnya tido kepenatan.(Dari 5.30pg - 5.30ptg berjaga) Perjalanan yang dijangka mengambil masa 9 jam tersasar. 7.30ptg baru smpai Cameron....Lebih 12 jam....Fuhh penat giler. Amsyar mula buat perangai sebab tak cukup tido..... Malam tu kitorang g Pasar Malam....Oklah pasar malamnya. Tapi yang tak syoknya cuaca tak elok...HUJANNNNNN..... Ada satu perkara yang buat ummi n abah ...