Akhirnya dapar jugak saya jejakkan kaki ke Taman Buaya Terbesar Semenanjung Malaysia... Dah lama planning nak pergi. Dari masa Amsyar kecik2, sampai Amsyar dah dapat adik...barulah saya sampai ke Taman Buaya ini.
Sabtu lepas, selepas balik kerja kami sekeluarga pergi jemputan kahwin adik 'Mak Mas' di Felda Air Tawar 1. Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke Taman Buaya.
Selepas pergi majlis kahwin, kami mulakan perjalanan balik. My hubby nak ikut highway desaru. On the way nak masuk highway nampak signboard Taman Buaya Teluk Sengat. Terus je my hubby cakap,
" Jom kita g Taman Buaya"...
Wah ini sudah bagus. Saya pun memang dah lama sangat teringin nak pergi. Amsyar lagilah...bukan main suka nak tengok buaya...
Sampai je Taman Buaya nampak signboard ini :-
Oooo taman buaya ini rupanya terbesar di Semenanjung Malaysia.... Ada lebih seribu ekor buaya.
Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa. Kanak-kanak saya tak pasti. Sebab 3 tahun masih free.
Saya , my hubby n amsyar sgt teruja tengok buaya kat sini. Besar sangat dan memang nampak terjaga buaya kat sini. Tak seperti di Taman Buaya Melaka.
Jom layan gambar2....
Yang bestnya diorang wat demo bagi buaya makan ayam...tapi Amsyar takut. Tak dapatlah nak tengok lama2....
Pengunjung2 yang nak bergambar dengan anak buaya pun boleh. Kena bayar RM2.Anak buaya ini berusia 3tahun. Sebaya Amsyar....hihihihi. My hubby je yang bergambar dengan anak buaya.
Awal2 masuk adik Ammar tido. Dah separuh perjalan kitorang di Taman Buaya baru Ammar bangun. Ammar pun masih tak teruja lagi tengok buaya. Belum faham sangat lagi.
InsyaAllah, abah janji lain kali adik Ammar dah besar sikit kita pergi lagi....
Comments
Post a Comment