Skip to main content

Hero2 Umi Berjubah...

Assalamualaikum....

Last week, balik kerja ambil anak2 kat rumah pengasuh. Pengasuh pakaikan anak2 saya jubah..Memang saya bekalkan 'jubah arab' hari itu utk anak2 saya..Pertama kali tengok anak-anak berjubah terdetik dalam hati, "alahai, comelnya anak2 umi ni" (perasan ek umi ni?hihihihi)...tapi itulah yang saya rasa. Semua ciptaan Allah itu indah...

Bila hati dah suka tengok anak-anak berjubah, mulalah timbul niat di hati nak menjahit jubah arab sendiri utk anak-anak saya...Makanya hari ni saya men'google' cara menjahit jubah arab kanak-kanak.
Saya jumpa satu blog yang tunjuk dari cara ukur,potong dan cara jahit jubah arab. Memang nampak mudah sangat nak buat jubah arab ini.

Sesiapa yang punya keinginan macam saya, menjahit jubah arab bolehlah klik link blog ini :-

Ni gambar hero2 saya berjubah,
Adik Ammar
AbangAmsyar
Masing2  pegang roti...
Walaupun berjubah, main tetap main..hihihi
Ok tunggu entry saya tentang hasil jahitan saya nanti....InsyaAllah akan cuba cari masa menjahit...

Nota Kaki : Baju tokmi suruh potong pun umi belum potong.hihihihihi

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka...

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

BF & Sokongan...

Hari ini saya nak cerita lagi pengalaman BF saya. Ini semua daripada pengalaman saya sendiri tau. jadi mungkin apa yang saya rasa & yang saya lalui tak sama dengan orang lain. Sepanjang 9 bulan perjalanan BF Muhammad Ammar Hadi, saya berpendapat bahawa sokongan & kerjasama daripada orang keliling yang rapat dengan kita sangat2 penting. Paling penting kerjasama daripada yang menerima susu itu sendiri...Siapa lagi kalau bukan si hero kecik saya, Ammar. Teknik hisapan yang betul daripada baby, membantu ibu. Sebab jika salah teknik hisapan, ibu akan rasa sakit, akan menyebabkan 'nipple cracked'. Situasi ini sedikit sebanyak akan membuat ibu2 rasa down, rasa BF menyakitkan &akhirnya boleh membuatkan ibu2 putus asa..NO...NO...NO.... sepatutnya ibu2 kena kuat, jangan putus asa. Teruskan BF. Ajar bayi hisap dengan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berakhir kesakitan itu, dan akan timbul kebahagian bila melihat anak2 minum susu kita sendiri. Alhamdulillah, sep...