Skip to main content

Tips Susukan Anak Semasa Hamil

Tadi bersembang dengan adik ipar tentang isu 'menyusukan anak semasa hamil"

Persoalan yang diajukan, "Boleh ke susukan anak, kalau mangandung?, "Cube akak terangkan kat saya"..Alamak nak terang ni yang tak berapa nak pandai...hihihihi..Yang saya tahu memang boleh yang penting kena cukup rehat &cukup makan makan berkhasiat. Saya pun google untuk dapatkan maklumat yang tepat. Yelah ini berkaitan kesihatan, tak boleh lah nak suka-suka bagi pendapat....Ini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat.

Sebenarnya memang boleh ibu yang hamil menyusukan anak asalkan kandungan sihat & stabil. 

Pandangan daripada Dr Zubaidi Ahmad
"Bagi wanita yang cukup  mendapat nutrisi yang lengkap & rehat yang diperlukan, tentu tidak mempunyai masalah untuk menyusukan anak dan hamil pada masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.
 

Namun, ada beberapa keadaan di mana doktor tidak galakkan untuk teruskan penyusuan iaitu :-
  1. Ibu pernah mengalami keguguran
  2. Ibu pernah bersalin anak pra-matang
  3. Ibu mengalami sakit perut yang kuat atau pendarahan, penyusuan patut dihentikan.
Bagi ibu yang tidak mempunyai masalah seperti di atas boleh meneruskan penyusuan.

Tips Untuk Ibu yang Hamil & Manyusukan :-
  • Jaga Pemakanan & ambil makanan berkhasiat. Ibu yang mengdung perlukan 200-400 kalori tambahan untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Manakala ibu hamil perlukan tambahan 600-700 kalori. Jadi pastikan ambil makanan seimbang yang mengandungi semua khasiat pemakanan. Ianya penting utk bayi & kesihatan ibu juga.
  • Apabila mengandung, puting akan berasa sedikit sakit dan sensitif bila anak melekap. Pastikan anak melekap dengan betul bagi elakkan puting melecet.
  • Jika merasa kurang selesa dan tidak sihat, loya pada awal kehamilan, amalkan menyusu sambil mengiring, letakkan bantal di belakang badan untuk posisi penyusuan lebih selesa.
  • Ibu mengandung memang sentiasa cepat letih. Banyakkan rehat & dapatkan rehat yang cukup. Jika perlu minta bantuan suami jaga anak selama 1-2 jam bagi tubuh anda mendapat rehat sepenuhnya/tidur sebentar
  • Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium & vitamin D. Jika perlu, ambillah SUPPLEMENT semasa mengandung.
Wallahua'lam....

credit :MommyIskandar

 Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
HP: 013-6859903
Email:diwanie_mnz84@yahoo.com.my

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...

Muhammad Al Fateh

Assalamualaikum... Hari ini kembali bersiaran. Semalam di kg, tak berkesempatan meng'update' blog. Saya nak ceritakan tentang Muhammad Al Fateh.  Saya ada terbaca sedikit sinopsis buku Sultan Muhammad Al Fateh. Memang nak mencari buku tersebut, tapi belum berkesempatan ke kedai buku. Balik kg tempoh hari, saya bercerita dengan Emak tentang Muhammad Al Fateh. Rupa-rupanya, mak nak namakan Ammar dengan nama Al Fateh sebab mak ade terbaca tentang sejarah Sultan Muhammad AL Fateh. Tapi Emak tak suarakan dengan saya sebab dengar saya dah ada pilihan nama (Muhammad Ammar Hadi).Ohhhh Emak...kenapalah tak disuarakan pendapat itu. Saya pun minta emak panggil Ammar dengan panggilan Al Fateh.. Mudah-mudahan Ammar mengikut keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh. Sedikit ringkasan tentang Sultan Muhammad Al Fateh... Biodata Ringkas Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah h...