07.01.2015 - Hari ke-3....
Pagi ini agak mencabar sikit ceritanya. Amsyar menangis tak nak sekolah. Dari masa pakai baju, Amsyar dah cakap tak nak pakai uniform. Umi ingat cikgu ada pesan suruh pakai baju sukan.. Tapi seingat umi cikgu cakap Isnin-Rabu pakai uniform. Khamis & Jumaat pakai pakaian sukan. Umi pakaikan jugak Amsyar uniform. Tapi umi bawak dalam kereta baju sukan. Mana tahu memang cikgu ada pesan suruh pakai pakaian sukan.
Sampai sekolah, Amsyar dah mula nangis. Cakap " Amsyar tak nak pakai baju sekolah" , "Amsyar nak pakai baju biasa", " Amsyar nak pergi umah Mak".... Aduhhhhh... cabaran lagi buat umi...
Umi pujuk tak jalan. Amsyar mula nangis, cakap " Amsyar lapar", Amsyar nak muntah"...Amsyar mula cipta alasan... Akhirnya umi terpaksa dukong Amsyar n bagi pada cikgu... Umi tinggalkan Amsyar dalam keadaan Amsyar menangis... Sedihnya umi rasa.... Umi menangis dalam kereta... Abah cakap, "umi kena keras hati...kita buat untuk kebaikan die.."....
Umi pergi kete dengan perasaan yang sedih n risau... Tak sabar nak tunggu pukul 12.00.
Pukul 12.18 ummi call cikgu tanya Amsyar dah naik van ke belum... Cikgu cakap dah naik van. Umi pun terus call Mak Mas. Tanya Amsyar dah sampai ke belum. Alhamdulillah, Amsyar dah sampai, n Mak Mas cakap Amsyar sampai terus cari botol susu. Amsyar cakap " Amsyar dah sakit perut ni, Amsyar lapar"...
Tak sabar umi nak balik nak jumpa Amsyar...
Habis hari ke-3.... Mudah-mudahahn esok lebih baik,
Salam Sayang,
Ummi Wawa
Comments
Post a Comment