Skip to main content

10th Day - Amsyar Di Genius Qayyum

16.01.2015 - Hari Ke-10

Alhamdulillah, diam tak diam dah 10 hari Amsyar di Genius Qayyum. Hari ini mulanya Amsyar tak nak ke sekolah. Tapi setelah dipujuk dan dipujuk, dipeluk memberi kekuatan, di beri suntikan & kata2 hebat dari pakar motivasi tak bertauliah (umi le tu), akhirnya Amsyar pergi sekolah dengan rela hati.

Umi sebenarnya risau nak tahu keadaan Amsyar kat sekolah. Sekejap tadi umi call cikgu Amsyar. Nama cikgu ni cikgu Amira. Umi nak tanyakan perkembangan Amsyar. Alhamdulillah cikgu cakap Amsyar ok. Masa first week tu memang Amsyar tak ok. Diam seribu bahasa. Tapi sejak Aniq & Amsyar sekelas, Amsyar dah ok, kata cikgu. Dah mula bersuara dalam kelas. Kalau Aniq ada buat apa2, nanti die akan cakap, "Aniq, janganlah. nanti teacher marah"... hihihihi...Kalau kawan2 lain pun sama. Nanti die cakap" kawan, jangan nanti cikgu marah".... Amsyar memang takut kena marah.

Lagi satu yang merisaukan cikgu, Amsyar tak nak makan makanan sekolah. InsyaAllah umi percaya lama-lama nanti Amsyar akan ok & nak makan.

Yang bestnya & yang buat hati umi gembira bila cikgu cakap yang "Amsyar pandai, tangan die pun lembut je..."hihihihi.. " Puan jangan risau"

Alhamdulillah...Umi dah tak risau lagi.... Hepy sangat bila dah dapat tahu Amsyar ok. Semoga Amsyar akan sentiasa hepy untuk ke sekolah.



Salam Sayang,
UmmiWawa

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...

Muhammad Al Fateh

Assalamualaikum... Hari ini kembali bersiaran. Semalam di kg, tak berkesempatan meng'update' blog. Saya nak ceritakan tentang Muhammad Al Fateh.  Saya ada terbaca sedikit sinopsis buku Sultan Muhammad Al Fateh. Memang nak mencari buku tersebut, tapi belum berkesempatan ke kedai buku. Balik kg tempoh hari, saya bercerita dengan Emak tentang Muhammad Al Fateh. Rupa-rupanya, mak nak namakan Ammar dengan nama Al Fateh sebab mak ade terbaca tentang sejarah Sultan Muhammad AL Fateh. Tapi Emak tak suarakan dengan saya sebab dengar saya dah ada pilihan nama (Muhammad Ammar Hadi).Ohhhh Emak...kenapalah tak disuarakan pendapat itu. Saya pun minta emak panggil Ammar dengan panggilan Al Fateh.. Mudah-mudahan Ammar mengikut keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh. Sedikit ringkasan tentang Sultan Muhammad Al Fateh... Biodata Ringkas Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah h...