Skip to main content

2nd Day - Amsyar di Genius Qayyum

06.01.2015 - 2nd day Amsyar bersekolah... 

Pagi tu, umi & abah hantar Amsyar. Dari rumah Amsyar ok je.... Bila sampai sekolah, Amsyar mula tak nak. Pujuk2 pun tetap tak nak. Tapi die tak nangis. Puan Linda, owner Tadika Genius Qayyum bagi isyarat pada suami die suruh dukong je Amsyar. Alhamdulillah,Amsyar nak. Amsyar ni kalau dengan lelaki memang senang sikit. Alhamdulillah, lega hati umi...

Hari ini hati umi lagi berdebar2... Sebab hari ini Amsyar akan balik naik kenderaan sekolah. 

12.00 tghr - Umi dan Abah dah mula tunggu Amsyar depan rumah Mak Mas (baby sitter Amsyar). Nampak tak betapa tak sabarnya umi n abah nak tunggu Amsyar balik. Tunggu punya tunggu sampai pukul 1.00 tghhr, bayang Amsyar pun tak nampak. Hati ummi n Abah dah mula risau. Abah pun call sekolah. Cikgu bagitahu, first day naik van memang lambat sikit sebab cikgu baru nak arrangekan alamat. Umi risau Amsyar lapar. 

Lebih kurang pukul 1.30 nampak ada Van Toyota Unser berhenti. Rupa2nya itu van yang Amsyar naik. Umi terus ke van & ambik Amsyar.... Sedihnya ummi tengok anak umi dalam van.....

Amsyar cakap die lapar... Die tak nak makan dekat sekolah. Aduhh risau umi macamni. Takpe, esok umi akan bekalkan roti untuk Amsyar...Mudah-mudahhan Amsyar dapat serasikan diri di sekolah.

Habis hari ke-2. Apa pula ye ceritanya hari ke-3.

Salam Sayang,

Ummi Wawa.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...

17 Batang Mancis = 17 Rakaat Solat

Pagi ini semasa saya berblogwalking, saya terjumpa satu entry di blog h ttp://rabiasensei.blogspot.com/2013_02_01_archive.html . Entry  sangat menarik untuk dikongsikan. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang membacanya. Ibarat 17 batang mancis bersaman 17 rakaat solat Al - kisah. Ceritanya bermula begini. Ibarat Batang Mancis Ilmi ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat. Caranya seperti gambar diatas : Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.  Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bah...