Kalau Hormon Prolaktin berfungsi untuk pengeluaran susu, Hormon Oksitosin yang dirembes oleh kelenjar pituitari pula berperanan mengawal pancutan susu.
Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan implus yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari merembeskan Oksitosin. Oktitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran Oksitosin merangsang sel mioepitalea mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu.
Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang! - sumber dari Baby centre-
"Menyusukan Itu Indah"
Salam Sayang,
Ummi Wawa
Perkongsian yang bagus. Rindu pula zaman2 menyusukan dulu..
ReplyDeleteTq Puan, saya baru nak hampir setahun BF anak. Ada lbih kurang setahun lagi untuk berjaya. Puan, bolehlah kongsi tips untuk saya jugak.
ReplyDelete