Assalamualaikum...
Hari ini kembali bersiaran. Semalam di kg, tak berkesempatan meng'update' blog. Saya nak ceritakan tentang Muhammad Al Fateh.
Saya ada terbaca sedikit sinopsis buku Sultan Muhammad Al Fateh. Memang nak mencari buku tersebut, tapi belum berkesempatan ke kedai buku. Balik kg tempoh hari, saya bercerita dengan Emak tentang Muhammad Al Fateh. Rupa-rupanya, mak nak namakan Ammar dengan nama Al Fateh sebab mak ade terbaca tentang sejarah Sultan Muhammad AL Fateh. Tapi Emak tak suarakan dengan saya sebab dengar saya dah ada pilihan nama (Muhammad Ammar Hadi).Ohhhh Emak...kenapalah tak disuarakan pendapat itu. Saya pun minta emak panggil Ammar dengan panggilan Al Fateh.. Mudah-mudahan Ammar mengikut keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh.
Sedikit ringkasan tentang Sultan Muhammad Al Fateh...
Biodata Ringkas
Baginda
Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah
hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum
kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam
Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh
kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Baginda
menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada
keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula,
baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda
oleh panglima-panglima tentera.Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadian
Baginda
sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,
baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga
ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda
seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat
menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu
berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.Credit : http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1335-sultan-muhammad-al-fateh.html
Memang sangat menarik keperibadian Sultan Muhammad Al fateh ini...
InsyaAllah memang kena cari buku untuk kenali lebih mendalam SultanMuhammad Al Fateh.
salam kenal & follow sini tuan rumah...comelnya anak2 awak..:)
ReplyDeleteTime kasih..Salam perkenalan...
ReplyDeleteAnak2 syurga, semuanya comel2..hihihihi
saya namakan anak dengan nama Fateh pun kerana keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh. moga besar nanti keperibadian dia seiring dengan nama yang kami bagi amin
ReplyDeleteInsyaAllah....kita pun mintak mak panggilkan je Ammar dengan panggilan Al Fateh
ReplyDelete