Skip to main content

ESP & Kanser

Baca tajuk entry menakutkan je... ESP & Kanser? Esp boleh menyebabkan kanser ke? No..No..No... Baca dulu entry sampai habis baru tahu apa ceritanya...Sebelum tu, kita kena tahu dulu serba sedikit fakta tentang kanser.

FAKTA TENTANG KANSER

Angka pesakit kanser telah semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa atau status. Menurut laporan MAKNA, 11 JUTA dewasa dan kanak-kanak mengidap penyakit kanser dan 6 JUTA daripadanya MATI AKIBAT KANSER di seluruh dunia. Di Malaysia dilaporkan 45,000 rakyat Malaysia mengidap kanser setiap tahun. kanser boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat dan mengikut piramid makanan.

APAKAH KANSER
  • Kanser adalah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
  • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas dibawah mikroskop.

Bila dah tahu fakta tentang kanser ni, rasa takut sebab setiap dari kita sebenarnya ada sel kanser. Cuma aktif atau tidak aje. Sebagai langkah persediaan kita kena jaga pemakanan & pastikan makanan yang kita ambik cukup nutrien yang diperlukan.

Disebabkan saya tak yakin yang saya dapat menyediakan makanan yang memenuhi keperluan nutrien diperlukan tubuh untuk mempertahankan diri daripada kanser, saya perlu ambik supplement. SAlah satu pilihan saya ialah ESP sebab ESP ini salah salah supplement Shaklee yang membantu mencegah kanser, selain daripada vitamin2 antioksidan yang lain (Vitamin A-Carotamax, Vitamin E & Vitamin C). Tapi dalam masa yang sama, pemakanan juga perlu dikawal & dijaga. Kita perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat bukan sahaj untuk cegah kanser tetapi juga untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. InsyaAllah dengan cara hidup &pemakanan yang sihat, dapat membantu mencegah kanser.

KENAPA ESP?

Sebabnya ESP SHAKLEE mempunyai ISOFLAVONES terutama GENISTEIN dan DAIDZEIN.

GENISTEIN
  • Berfungsi untuk halang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Jadi sel kanser yang sedia ada dalam badan terbantut dan tidak dapat membesar sebab tak cukup nutrient yang disalurkan kepadanya.
  • Boleh mengurangkan risiko breast kanser & prostat
  • Mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
  • Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser

DAIDZEIN
  • Halang hormon penggalak pertumbuhan sel kanser dari sampai ke sel kanser
  • Bekerjasama dengan GENISTEIN untuk halang enzim yang menyebabkan pertumbuhan tumor
  • Bermanfaat kepada wanita dalam mengawal kesan 'potent estrogens' yang boleh merangsang pertumbuhan sel kanser payudara. 
Credit 

Jom sama-sama kita ubah kepada pemakanan yang sihat...

Syazwani Mohd Noh
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 888841
Call / SMS / Whatsapp: 013-6859903
Email: diwanie_mnz84@yahoo.com.my


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyaki


Comments

Popular posts from this blog

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

Set Perisai

Seminggu dua ni Newsfeed penuh cerita anak-anak sekolah. Seronok membaca. Macam-macam ragam. Ada yang happy, excited nak sekolah. Ada yang menangis, berdrama.Macam2 drama keluar. Dalam sibuk kita hantar dan siapkan anak ke sekolah, ada tak kita sediakan persediaan untuk kesihatan diorang? Yelah. Ada anak yang baru first time ke sekolah. Risiko untuk berjangkit dengan macam2 penyakit. Sebelum ni anak dok rumah je. Tak bergaul dengan ramai orang. Bila ke sekolah/tadika/taska, mereka bergaul dengan lebih ramai orang. Mungkin ada yang tak sihat. Ada yang batuk, selsema, demam. Ini kalau imun tak kuat memang akan mudah dapat sama lah penyakit ni. So, Umi berbesar hati nak suggestkan Ibu2 sediakan balm2 ini untuk anak2. Umi sendiri gunakan untuk Amsyar nak bagi imun die kuat, tak nak die kerap sakit. Kalau kerap sakit nanti, kerap lah MC. Terganggu pelajaran anak. ♡Bugs Away - Membantu upkan imun anak. (Ini dari sejak kenal PK, Umi sapu lat anak2 hari. Sebab Bugs Away jugak bany...

17 Batang Mancis = 17 Rakaat Solat

Pagi ini semasa saya berblogwalking, saya terjumpa satu entry di blog h ttp://rabiasensei.blogspot.com/2013_02_01_archive.html . Entry  sangat menarik untuk dikongsikan. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang membacanya. Ibarat 17 batang mancis bersaman 17 rakaat solat Al - kisah. Ceritanya bermula begini. Ibarat Batang Mancis Ilmi ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat. Caranya seperti gambar diatas : Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.  Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bah...