Skip to main content

Makanan Minda Untuk Amsyar......

Hari ni ummi nak kongsi resepi makanan minda.Thanks Kak Lina untuk resepi yang sgtlah baik ni... Sebenarnya dah lama ummi dapat resepi ni.Tapi masih belum belesempatan nak buat.... Malam ni ummi nak ajak abah cari semua bahan2 nak buat makanan minda ni khusus untuk permata hati umi, Muhammad Amsyar Hadi. Ummi n abah pun boleh makan gak ni..hehehehehe.........

Jom ummi kongsikan resepinya. Apa yang diperlukan untuk resepi ni ada 9 perkara (bahan) : -


 Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.


1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam yang saya beli ni memang dah boleh makan terus. Selalunya orang jual kurma mesti jual badam dan kismis juga selain dari barang2 lain.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi. (Ummi nak tukar minyak ikan ni, semestinya dengan Omega Guard)

4) Kurma

5) Madu

6) Buah Tin

7) Habbatus Sauda

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.


9) Air Surah Taha
Air biasa atau untuk lagi bagus air zam zam... yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 28, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil, mereka yang berhati keras dan ia juga memancarkan kebijaksanaan mereka. Ia adalah doa Nabi Musa memohon kebijaksanaan dari Allah. Kalau nak pekat masukkan sedikit sahaja air sahaja.

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan.Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!



Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..



Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Menyusun Kasut...

Tajuk entry macam...'Eleh susun kasut'. Macam tak ada aktiviti yang lagi best je ek untuk anak2. Sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya aktiviti menyusun kasut dapat merangsang perkembangan minda &fizikal anak-anak. Bagaimana tu ye? Jom kita tengok manfaat daripada aktiviti menyusun kasut untuk anak - anak. Maklumat daripada entry di sini. Manfaat Aktivi Menyusun Kasut Disiplin - Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan daripada aktiviti menyusun kasut. Jika kita biasakan anak-anak menyusun kasut, lama kelamaan mereka akan terbiasa meletakkan kasut masing-masing dengan cara yang lebih tersusun. Koordinasi Tangan & Mata - Kasut yang disusun haruslah selari &elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meningkatkan kemahiran koordinasi mata & tangan masing-masing. Jika kerap melakukannya, mereka akan lebih mahir. Padanan - Kasut harus disusun mengikut saiz, warna &jenis. Dari sini mereka belajar memadankan mengikut kesesuaian. Ianya juga ada ka...

Jom Ambil Tahu Apa Maksudnya Non GMO & GMO?

Sebelum ini saya tak pernah pun ambil tahu pasal GMO or NON- GMO...Sejujurnya dengar pun tak pernah. Tapi lepas jatuh cinta dengan Shaklee & ambil ESP, baru lah saya cuba mencari ilmu tentang Non GMO. Maklumat ini saya baca dari blog , http://ilmansofea.blogspot.com/2014/02/apa-maksud-non-gmo.html .  NON GMO Maksud NON- GMO adalah :- Bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN. Contoh bahan kimia adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lebih-lebih lagi makan yang diproses untuk dijadikan makanan segera. Contohnya kacang soya yang dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan2 dan cara pemprosesannya. Jika ia tidak dari kacang soya organik, ianya mengandungi khasiat yang rendah &kandungan NITRAT yang tinggi. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER. GMO GMO (Genetically Modifie...

BF & Sokongan...

Hari ini saya nak cerita lagi pengalaman BF saya. Ini semua daripada pengalaman saya sendiri tau. jadi mungkin apa yang saya rasa & yang saya lalui tak sama dengan orang lain. Sepanjang 9 bulan perjalanan BF Muhammad Ammar Hadi, saya berpendapat bahawa sokongan & kerjasama daripada orang keliling yang rapat dengan kita sangat2 penting. Paling penting kerjasama daripada yang menerima susu itu sendiri...Siapa lagi kalau bukan si hero kecik saya, Ammar. Teknik hisapan yang betul daripada baby, membantu ibu. Sebab jika salah teknik hisapan, ibu akan rasa sakit, akan menyebabkan 'nipple cracked'. Situasi ini sedikit sebanyak akan membuat ibu2 rasa down, rasa BF menyakitkan &akhirnya boleh membuatkan ibu2 putus asa..NO...NO...NO.... sepatutnya ibu2 kena kuat, jangan putus asa. Teruskan BF. Ajar bayi hisap dengan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berakhir kesakitan itu, dan akan timbul kebahagian bila melihat anak2 minum susu kita sendiri. Alhamdulillah, sep...