Hari ni ummi nak kongsi resepi makanan minda.Thanks Kak Lina untuk resepi yang sgtlah baik ni... Sebenarnya dah lama ummi dapat resepi ni.Tapi masih belum belesempatan nak buat.... Malam ni ummi nak ajak abah cari semua bahan2 nak buat makanan minda ni khusus untuk permata hati umi, Muhammad Amsyar Hadi. Ummi n abah pun boleh makan gak ni..hehehehehe......... Jom ummi kongsikan resepinya. Apa yang diperlukan untuk resepi ni ada 9 perkara (bahan) : - Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus. 1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam yang saya beli ni memang dah boleh makan terus. Selalunya orang jual kurma mesti jual badam dan kismis juga selain dari barang2 lain. 2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka bol...