Skip to main content

Posts

Yeayyyy.. Alhamdulillah. Dapat Reward.

Lama nya tak update blog. Rasanya dah lebih seminggu. Busy ke lupa sebenarnya..hihihihi Umi nak share cerita gembira. Alhamdulillah. Umi dah lepas target yang Bonda stokist Rich Ladie Team tetapkan untuk dapat reward. Bonda suruh Umi pilih sendiri nak reward apa. Kali ini Umi pilih reward Flawless Kit Sutrina. Sebenarnya Umi pun memang teringin nak mencuba Sutrina sebab ianya produk berasaskan Essential Oil. Sejak join Puers Kidsdom ni, apa yang berkaitan EO teringin nak cuba. Lepas ni nak beli EO jugak 1, nak try. Bulan ni Umi pun dapat lepas target diri sendiri. 100 balm. Alhamdulillah. InsyaAllah next month nak target lebih lagi. Umi sekarang pun dah ada 3 orang dropship. Ada 2 hari before closing, tapi Umi dah buat target untuk next month. Target September 2017 :- ♡ 150 balm ♡ Recruit 3 orang Independent Seller. Moga target Umi ni tercapai. Amin.

Stok Balm Dah Sampai

Alhamdulillah. Stok balm 30g dah sampai. Lega hati Umi ni bila stok ada dalam tangan. Tak risau bila customer nak. Umi restok 25 botol kali ni. 10 dah di booked oleh Dropship Umi. Laju jugak dropship Umi yanh sorang ni. Ok jom. Umi belanja gambar stok yang dah selamat Umi susun dalam drawer Ikea yang comel tu. Nampaknya kena beli rak besar sikit lah. * Big Boss belanja Umi beli rak ye nanti. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent PuersKidsdom Johor

Buku Sampai Cucu Cicit

Umi hari ni busy balut buku. Tips ini umi dapat dari seorang kakak yang umi kenal dari group Telegram Homeschooling. Kalau beli / dapat buku, kena sampul dulu. Baru lah buku tu tahan lama. Boleh guna sampai anak cucu. Terima Kasih Kak Lin Shahasuzlina Omar atas tipsnya. InsyaAllah umi akan ingat sampai bila2. * Sikit hari tu Umi malas nak balut buku. Akibatnya ada 2 keping buku Dr Bubbles kembang tertumpah air. Padan muka, malas lagi kan?.ok. Insaf terus. Ok. Umi nak Asar dulu. Jumpa lagi next post. Salam Sayang, Ummi Wawa, Agent PuersKidsdom Johor

New Look

Alhamdulillah Yeayyy . Blog dah cantik. Suka sangat umi tau. Tq Sis Siti Awadah tolong makeover blog umi ni. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent PuersKidsdom Johor

Anak Dah Tak Liat Bangun Subuh

Alhamdulillah. Syukur sangat. Gembira tak terkata. Gembira bila customer yang guna Calming Balm bagi feedback positif. Gembira sebab kita dapat bantu masalah orang lain. Customer (nama dirahsiakan atas permintaan) cuba Calming Balm untuk anaknya yang berumur 6tahun. Anaknya mudah marah, tidur lambat, nak kejut bangun pagi pun susah. Alhamdulillah, selepas 3hari guna Calming Balm, nampak perubahan kat anak die. Anaknya dah mudah bangun pagi solat Subuh di surau. Dah tak marah2. * Si Adik, ibunya sapukan Deep Sleep yang umi bagi tester. Alhamdulillah, mudah tidur dan tak meragam. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent Puer's Kidsdom Johor

Favourite Amsyar - Si Kuning Putu Pirinmg

Si Kuning yang menjadi kegemaran Abang Amsyar. Abang Amsyar  ni memang suka sangat makan Putu Piring. Kalau balik kampung hari Sabtu petang, memang kitorang akan singgah Pasar Malam Mawai. Bila ditanya, nak makan apa. Confirm yang keluar dari mulut Abang Amsyar ialah Putu Piring. Makan panas2, sedapppp. Tapi Amsyar ni perangai sama je macam Umi. Tak tahan makan makanan yang panas. Anak umi lah katakan. Hihihi. Kalau beli Putu Piring, paling sikit 3 kotak Abah beli. Yelah nak balik kampung, ramai yang. Makanan perlu dikongsi kan??? Ok. Ini salah satu je favourite Abang Amsyar. Banyak lagi makanan yang Abang Amsyar suka makan. Dan Abang Amsyar ni sangat pandai merasa makanan tau. Jaga2 lah siap jadi wife die nanti. Jumpa lagi the next story,ok. Salam Sayang, Ummi Wawa Agent Puer's Kidsdom Johor.

Jom MenDonut

Petang ni Allah bagi mood rajin. Allah bagi kekuataj nak buat donut. Dalam menahan sakit dada, umi gagah juga menguli donut. Yelah tu menguli. Pada hal, resepi tu tak perlu uli beria. Uli asal kan die jadi doh sudah. Kali ini buat guna gula perang dan unsalted butter. Umi ni sebelum dapat resepi ni memang tak pandai buat donut. Pernah buat tak menjadi. Tak naik pun donutnya. Sekarang dah boleh berbangga sikit lah sebab buat donut menjadi. Ok umi kongsikan resepinya ye. RESEPI DONUT 2 sudu butter. (Cairkan dah sejuk Lps tu masukkan sebiji telur dalam butter tadi. Kacau. Letak tepi) 1 cawan air suam. (Letak gula 4 sudu besar.kacau smpai gula tu larut pastu susu pekat dlm 1 sudu. Kacau lagi. Pastu masukkan 1 paket yis. Transfer la dlm bekas besar sikit sebab yis tu akan naik. Biarkn 10 minit.) 4 cawan tepung Masukkan adunan butter dengan yis tadi tu. Uli smpai jd doh. Kalau lembik sgt tmbah la tepung sikit2. Tp adunan mmg akan lembik sket. Jgn buat keras2 nti lps goreng donut ...