PES Mee Bandung

Tadi saya terbaca di FB tentang PES ASAM PEDAS. Tiba-tiba timbul idea nak cuba buat pes asam pedas sendiri & frozenkan. Bila 2 nak masak senaang je kan dah ada. Saya start lah mengoogle... Last2 yang terjumpa bukan PES ASAM PEDAS. Tapi PES MEE BANDUNG. Pun menarik untuk di cuba. Ini saya kongsikan resepi yang saya dapat dari SINI.

Bahan-bahan
(Untuk 8 orang makan)
2 paket mee kuning (dicelur)
1 mangkuk cili kering, rendam dengan air panas dan dikisar
1 labu bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Setengah mangkuk udang kering (ditumbuk halus, boleh juga dikisar)
Telur (bergantung kepada bilangan orang yang nak makan)
Udang (asing kulitnya dan rebus)
3 tangkai sawi (asingkan tangkai dan daunnya, tangkainya diketuk-ketuk)
3 keping tauhu (potong kecil)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (Kitty ganti dengan stok ikan bilis)

Cara membuatnya:
Untuk membuat pes mee bandung.
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum dimasukkan udang kering.
3. Masukkan air udang (kulit udang yang direbus tadi dikisar halus bersama airnya dan ditapis) Masak sehingga pekat di atas api sederhana dan menjadi seperti pes. (Pes mee bandung ini boleh disimpan dalam peti sejuk ataupun disejukbekukan).

Untuk membuat kuahnya
4. Sendukkan pes mee bandung secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk. Didihkan. (Kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing.)
5.  Masukkan batang sawi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan.
7. Akhir sekali masukkan udang dan daun sawi. Tutup api.
8. Bila menghidangkan letakkan telur tadi

InsyaAllah, ada kelapangan boleh mencuba resepi ini....

Salam Sayang, 
UmmiWawa

No comments:

Post a Comment